Azfa Hanani oleh Halis Azhan Mohd Hanafiah

Views
Sinopsis
Azfa Hanani ditawarkan oleh Tengku Mazran untuk menyamar sebagai adiknya Tengku Murni, anak perempuan tunggal Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah yang terkorban dalam satu kemalangan jalan raya. Datin Maziah yang turut terlibat dalam kemalangan itu tidak dapat menerima hakikat bahawa anak gadis kesayangannya telah meninggal dunia.

Tengku Mazran secara kebetulan telah terlihat gambar Azfa Hanani yang seiras dengan wajah arwah adiknya ketika mengunjungi rakannya di Kampung Merpati. Tengku Mazran menawarkan Azfa Hanani menyamar sebagai adiknya supaya ibunya tidak mengalami tekanan jiwa. Tawaran tersebut diterima oleh Azfa Hanani setelah memikirkan bahawa dia akan terlepas daripada hukuman pihak sekolah akibat kesalahan mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan Sekolah Menengah Sri Dian. Tengku Mazran turut berjanji untuk menanggung kos perubatan anak pak longnya, Zuraini yang lumpuh itu.

Azfa Hanani diberi tunjuk ajar tentang perwatakan Tengku Murni. Penyamarannya berhasil berkat tunjuk ajar daripada Tengku Mazran. Dia dihantar bersekolah di Sekolah Menengah Taman Sari tempat Tengku Murni bersekolah dahulu. Azfa Hanani telah membaca diari Tengku Murni untuk memahami perwatakannya. Melalui diari itu juga, Azfa Hanani mengetahui hubungan cinta antara Tengku Murni dengan Ekran terputus disebabkan oleh halangan Tengku Muzaffar, iaitu abang Tengku Murni. Azfa Hanani bersemuka dengan Tengku Muzaffar untuk mendapatkan penjelasan. Tengku Muzaffar mengakui dia menghalang perhubungan mereka kerana Ekran berasal daripada keluarga miskin. Azfa Hanani berasa terhina. Dia bertengkar dengan Tengku Muzaffar. Pertengkaran itu telah didengari oleh Datin Maziah. Penyamaran Azfa Hanani akhirnya terbongkar. Dia telah dimarahi dan ditampar oleh Datin Maznah kerana menipu. Azfa Hanani kemudiannya diusir dari banglo tersebut.

Azfa Hanani pulang ke rumah pak longnya di Kampung Merpati. Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah datang ke Kampung Merpati untuk memujuk Azfa Hanani supaya kembali semula ke banglo mereka. Datuk Tengku Makmur menjelaskan bahawa dialah yang menyebabkan kematian ibu bapa Azfa Hanani 16 tahun lalu. Dia telah memandu kereta dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan teksi yang dinaiki oleh Azfa Hanani sekeluarga jatuh ke dalam gaung. Hanya Azfa Hanani yang terselamat. Datin Maziah yang kasihan akan Azfa Hanani menyusuinya . Akhirnya Azfa Hanani kembali ke rumah Datin Maziah dengan identitinya yang sebenar. Sewaktu ke rumah Ekran, Azfa Hanani telah mengetahui bahawa Ekram bukanlah berasal daripada keluarga miskin, sebaliknya ibu bapa Ekran merupakan seorang pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia, tetapi sekarang masih menyambung pelajaran di Amerika Syarikat.

Tema
Penyamaran yang dilakukan oleh seorang gadis demi menyelamatkan seorang ibu daripada menghadapi tekanan jiwa kerana kehilangan anak kesayangannya dalam kemalangan jalan raya.

Persoalan
Pengorbanan dalam menempuh kehidupan
Azfa Hanani sanggup menerima tawaran Tengku Mazran bagi menggantikan tempat Tengku Murni. Kesanggupannya itu juga membolehkan sepupunya mendapat rawatan bagi penyakit lumpuh sebagai balasan.
Azfa Hanani berkorban dengan meninggalkan rakan-rakan dan keluarga di kampung.
Azfa Hanani sanggup mengorbankan perasaannya yang tidak selesa tinggal di rumah Datin Maziah. Hal yang demikian kerana Azfa Hanani dapat merasakan bahawa Tengku Muzaffar dan Datuk Tengku Makmur seakan-akan tidak suka kehadirannya di rumah itu.

Berani mengambil risiko
Azfa Hanani walaupun baru berumur 17 tahun, tetapi berani mengambil risiko dengan menyamar sebagai Tengku Murni.
Azfa Hanani berani mencuba suasana yang baru, iaitu di rumah baru, sekolah baru,dan kawan-kawan baru.

Kegigihan dalam menjalani kehidupan seharian
Azfa Hanani yang berasal daripada keluarga miskin tetap gigih belajar bertujuan memperbaiki masa depan keluarga dan hidupnya.
Selepas dihalau oleh Datin Maziah dan kembali tinggal di kampung, Azfa Hanani masih bersikap optimis dan tidak berputus asa.

Sikap yang mementingkan darjat atau pangkat
Datuk Tengku Makmur menganggap Azfa Hanani sanggup menyamar sebagai Tengku Murni kerana dia tamakkan harta.
Tengku Muzaffar tidak membenarkan arwah adiknya Tengku Murni berkawan dengan Ekran kerana Ekran berasal daripada keluarga susah.

Berpegang kepada janji
Datuk Tengku Makmur menunaikan janji untuk membayar upah kepada Azfa Hanani kerana menyamar sebagai arwah Tengku Murni.
Tengku Mazran menunaikan janjinya dengan membiayai kos perubatan anak pak long, Zuraini.
Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah berpegang pada janji mereka 16 tahun yang lalu untuk menjaga Azfa Hanani dengan penuh kasih sayang sebagai menebus kesalahan mereka.

Watak dan Perwatakan

Azfa Hanani / Aku
• Merupakan watak utama dalam novel ini.
• Berumur 17 tahun.
• Secara fizikalnya merupakan seorang gadis yang cantik, wajahnya lembut.
• Kehilangan kedua orang tuanya semasa masih lagi bayi.
• Bersekolah dalam tingkatan Lima Kenanga di Sekolah Menengah Seri Dian dalam aliran sains setelah mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan SRP, kecuali dalam subjek Bahasa Inggeris.
• Dibesarkan oleh bapa saudaranya dalam kemiskinan.
• Gigih dalam menuntut ilmu. Buktinya dia sanggup berulang-alik dari rumah ke sekolah sejauh 30 kilometer dengan menggunakan bas sekolah.
• Taat kepada pak long dan mak long. Buktinya, dia meminta keizinan mereka terlebih dahulu sebelum bersetuju untuk mengikut Abang Mazran dan Kak Finaz ke Kuala Lumpur.
• Penyayang. Beliau amat sayang akan anak-anak pak longnya.
• Bertanggungjawab. Tetap mengepos buku-buku rujukan SPM yang “dipinjamnya” itu kepada Cikgu Zamin.
• Bijak bergaul. Dia tidak kekok untuk bercampur dengan pelajar-pelajar di sekolah barunya, iaitu Sekolah Menengah Taman Sari.
• Pemaaf. Dia sudi memaafkan perbuatan Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah.

Tengku Murni / Murni
• Anak perempuan dalam keluarga Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah
• Wajahnya seiras dengan wajah Azfa Hanani.
• Meninggal dunia akibat kemalangan.
• Anak manja. Tengku Murni akan mencium pipi ibunya sebelum keluar ke mana-mana.
• Peramah. Tengku Ellina memberitahu Azfa Hanani bahawa Tengku Murni baik dengan hampir semua pelajar di Sekolah Menengah Taman Sari.
• Tidak mudah mengalah. Melalui perbualan antara Abang Mazran dengan Azfa Hanani, Murni dikatakan tidak mahu beralah apabila bergaduh dengan abang-abangnya.

Datin Maziah
• Isteri Datuk Tengku Makmur.
• Anak-anaknya Tengku Murshadad, Tengku Mirzan, Tengku Mazran, Tengku Muzaffar dan Tengku Murni.
• Hidup bermadu setelah suaminya bernikah dengan seorang gadis muda.
• Ibu yang penyayang. Dia sangat menyayangi dan memanjakan Tengku Murni.
• Mengalami tekanan perasaan. Tidak dapat menerima kematian anaknya.

Tengku Mazran / Abang Mazran
• Anak Datuk Tengku Makmur dan Datin Maziah.
• Isterinya bernama Syafinaz.
• Anak yang bertanggungjawab. Berusaha untuk menyembuhkan ibunya dengan mencari penawar, iaitu meminta Azfa Hanani menyamar sebagai adiknya.
• Mengambil berat. Sentiasa mengambil tahu akan keperluan Azfa Hanani.
• Berpegang teguh pada janji. Setiap janjinya pada Azfa Hanani akan cuba ditunaikan.
• Berpendirian terbuka. Dia tidak begitu kisah dengan statusnya yang berasal daripada golongan elit.

Syafinaz / Kak Finaz
• Isteri Tengku Mazran.
• Kakak ipar yang baik hati. Banyak membantu Azfa Hanani sepanjang dia tinggal di rumah banglo Datin Maziah.
• Sanggup berkorban. Dia sanggup berhenti kerja kerana hendak mengurus keluarga mentuanya setelah Datin Maziah koma dan sakit.
• Bijak mengurus diri. Setelah Azfa Hanani dapat menyesuaikan diri, kak Finaz menyambung tugasnya sebagai arkitek semula.

Ekran
• Ayah dan ibunya merupakan pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia dan kini sedang mengikuti kursus doktor falsafah di Amerika syarikat.
• Ekran pengerusi Persatuan Pelajar Tingkatan Lima di Sekolah Menengah Taman Sari.
• Ingin menjadi akauntan. Perniagaan burger diusahakannya bagi mempraktikkan apa-apa yang dipelajarinya di dalam kelas.
• Cekap. Projek Hari Sumbangsih telah berjaya membuat kutipan yang tinggi hasil kecekapannya sebagai pengerusi.
• Merendah diri. Dia tidak berasa malu untuk berniaga burger sungguhpun dia berasal daripada keluarga berada.
• Mempunyai hubungan istimewa dengan Tengku Murni. Diari Tengku Murni yang dibaca Azfa Hanani mengesahkan hubungan mereka.

Datuk Tengku Makmur
• Isterinya Datin Maziah.
• Anaknya Tengku Murshadad, Tengku Mirzan, Tengku Mazran, Tengku Muzaffar dan Tengku Murni.
• Mempunyai dua orang isteri.
• Angkuh. Menilai pertolongan yang diberikan oleh Azfa Hanani berdasarkan pertimbangan wang ringgit semata-mata.
• Berpegang teguh pada janji. Buktinya selama 16 tahun beliau dan Datin Maziah mencari Azfa Hanani namun tidak berjumpa. Tujuannya untuk menunaikan janji mereka untuk memelihara Azfa Hanani.

Watak-watak lain
• Falina, Kamilah, Aini, Nordin, dan Rozlan merupakan pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian.
• Pak long dan mak long yang memelihara Azfa Hanani sejak kematian ayah dan ibu.
• Zuraini anak pak long disahkan lumpuh akibat terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah.
• Pak Haji Arshad merupakan bapa Nordin dan jiran yang banyak membantu keluarga pak long.
• Tengku Ellina ialah rakan sekolah yang banyak membantu Azfa Hanani di Sekolah Menengah Taman Sari.
• Laili, Syafikah, dan Fauzana merupakan pelajar di Sekolah Menengah Taman Sari yang menggelarkan diri mereka Budak Glamor.
• Laili pelajar di Sekolah Menengah Taman Sari yang sering berkonflik dengan arwah Tengku Murni dan kini dengan Azfa Hanani pula.

Latar

Latar tempat
Makmal kimia.
Di sini Azfa Hanani bimbang kerana mengesyaki perbuatannya “ mencuri “ buku-buku rujukan dari perpustakaan telah terbongkar.

Bilik Tuan Pengetua.
Azfa Hanani bertemu buat pertama kali pertama dengan Tengku Mazran dan Kak Finaz.

Rumah pak long.
Tempat Azfa Hanani dibesarkan

Hotel Universe.
Azfa Hanani diberi tunjuk ajar oleh Kak Finaz tentang cara Tengku Murni makan, bercakap dan lain-lain lagi.

Banglo kepunyaan Datin Maznah.
Tempat tinggal Azfa Hanani.

Sekolah Menengah Taman Sari.
Perjumpaan yang diadakan oleh pelajar-pelajar tingkatan lima bagi berbincang tentang projek Hari Sumbangsih yang akan diadakan.

Institut Lingua Franca.
Tempat di mana Azfa Hanani belajar Bahasa Inggeris dan Jepun.

Rumah Tengku Ellina.
Azfa Hanani dan para pelajar lain berlatih dan berbincang tentang pertandingan Forum Remaja.

Dusun Pak Haji Arshad.
Datuk Tengku Makmur sekeluarga datang menemui Azfa Hanani.


Latar masa
• Latar masa bagi novel Azfa Hanani mengambil masa beberapa bulan sahaja ,iaitu semasa Azfa Hanani menuntut di Sekolah Menengah Sri Dian dan kemudiannya meneruskan persekolahannya di Sekolah Menengah Taman Sari selepas berpindah ke rumah Datin Maziah.
• Peristiwa dalam novel ini berlaku pada waktu siang, petang dan malam. Azfa Hanani menjalani kehidupan sebagai pelajar pada waktu pagi. Latar petang pula, ketika Datin Maziah mengadakan sambutan hari jadi Azfa Hanani / Tengku Murni yang ke- 17. Latar malam pula adalah semasa Azfa Hanani membaca dan mengkaji diari Tengku Murni.


Latar masyarakat
Masyarakat yang sanggup berkorban dengan tujuan membantu orang lain.
Azfa Hanani sanggup menerima tawaran menyamar sebagai Tengku Murni dengan tujuan untuk menyelamatkan Datin Maziah daripada mengalami tekanan jiwa.

Masyarakat yang mengutamakan kasih sayang.
Sungguhpun kehidupan Pak Long susah namun mereka kaya dengan kasih sayang.

Masyarakat yang bertanggungjawab.
Azfa Hanani yang melaksanakan tugas sebagai Pengerusi Hari Sumbangsih yang dipertanggungjawabkan kepadanya dengan cemerlang.

Masyarakat elit yang bongkak dan sombong kerana statusnya.
Datuk Tengku Makmur yang memandang rendah dan menghina Azfa Hanani kerana berasal dari kampung dan miskin, malah mancampakkan wang ke atas katil sebagai upah penyamaran Azfa Hanani.

Masyarakat yang berpegang pada janji.
Tengku Mazran berusaha sedaya upaya membantu sepupu Azfa Hanani mendapatkan rawatan bagi menyembuhkan penyakit lumpuhnya dengan menghantar Zuraini ke Indonesia.

Masyarakat pelajar.
Pelajar di Sekolah Menengah Sri Dian tempat Azfa Hanani melanjutkan pelajarannya dalam tingkatan Lima Kenanga. Selain itu, masyarakat pelajar di Sekolah Menengah Taman Sari yang sibuk menjayakan Hari Sumbangsih di sekolah mereka.

Plot
• Pada peringkat permulaan cerita, pembaca diperkenalkan dengan watak Azfa Hanani yang berasa takut setelah mengetahui bahawa orang yang selalu mencuri buku-buku rujukan di perpustakaan telah dikenal pasti dan akan ditangkap. Dia kemudiannya dipanggil ke bilik pengetua. Wajahnya dikatakan seiras Tengku Murni dan diminta oleh Tengku Mazran untuk menyamar sebagai Tengku Murni.
• Perkembangan cerita bermula apabila Azfa Hanani diajar cara bertutur, makan, dan bergaul seperti Tengku Murni. Azfa Hanani dihantar ke sekolah di Sekolah Menengah Taman Sari.
• Bahagian perumitan cerita berlaku apabila Azfa Hanani menerima bungkusan hadiah daripada Ekran sempena sambutan ulang tahun Tengku Murni yang ke-17. Azfa Hanani mencari Ekran untuk mendapatkan penjelasan tentang hubungannya dengan Tengku Murni. Ekran membuat pengakuan bahawa hubungan mereka memang istimewa tetapi tidak disenangi oleh seseorang.
• Klimaks cerita ini berlaku apabila Azfa Hanani mengetahui bahawa Tengku Muzaffarlah yang menjadi penghalang perhubungan Ekran dengan Tengku Murni. Berlaku pertengkaran antara Tengku Muzaffar dengan Azfa Hanani. Datin Maziah begitu marah kerana berasa ditipu selama ini. Azfa Hanani ditamparnya dan dihalau dari rumah.
• Peleraian cerita menyaksikan Datuk Tengku Makmur memberitahu Azfa Hanani bahawa beliaulah yang melanggar teksi yang dinaiki oleh ayah dan ibu Azfa Hanani hingga mengakibatkan mereka terbunuh. Azfa Hanani kembali tinggal di banglo Datin Maziah. Kali ini menjadi dirinya. Pasukan Forum Remaja Sekolah Menengah Taman Sari telah menjadi johan forum remaja peringkat negeri. Azfa Hanani pula terpilih sebagai Pengerusi Terbaik. Azfa Hanani juga dapat mengetahui siapa sebenarnya Ekran dan berjaya mendapatkan kepastian daripada Ekran tentang hubungan mereka berdua.

Gaya Bahasa
Antara gaya bahasa dalam novel ini ialah:

Diksi
Mengutarakan kisah yang berlatarbelakangkan kehidupan seorang remaja sebagai pelajar dan dalam masa yang sama menyamar menjadi anak orang yang berada demi membantu meredakan tekanan perasaan seorang ibu. Pengarang memilih kosa kata yang sesuai dengan latar tempat dan masyarakat pelajar yang terdapat di dalam cerita. Antara kosa kata tersebut termasuklah sekelas, perpustakaan, buku-buku rujukan, pengetua dan pejabat sekolah.
Menggunakan bahasa remaja dan bahasa Inggeris, termasuklah glamor, backdrop dan disket.
Penggunaan bahasa Arab termasuklah, Quran, Allah Taala dan Insya-Allah.
Menggambarkan bahasa Inggeris bagi menggambarkan bahasa pertuturan di bandar. Termasuklah, special boy friend dan you look like Murni`s twin,but she`s very good in English.
Menggunakan bahasa daerah Perak seperti libang libu bagi mencantikkan bahasa dalam novel ini.

Peribahasa
Peribahasa yang digunakan dalam sesebuah novel lazimnya ialah perumpamaan, simpulan bahasa, pepatah, dan bandingan.
Antara contoh peribahasa termasuklah ringan mulut, kelabu mata, berdiri tidak sama tinggi, dudukpun tidak sama rendah, bagai aur dengan tebing, sambil menyelam minum air, hujan emas di negeri orang, dan hujan batu di negeri sendiri, baik di negeri sendiri.

Ayat
Pengarang menggunakan ayat pendek, sederhana, dan panjang.
Contoh ayat pendek yang banyak diselitkan dalam dialog termasuklah:
“ Kenapa takut ” Dia bertanya. ( hal. 22 )

Simile
Simile atau perbandingan ialah gaya bahasa yang membandingkan sesuatu dengan sesuatu yang lain.
Perbandingan itu pula menggunakan perkataan seperti, bagai, bak, laksana, umpama, macam, dan ibarat.
Antara contoh penggunaan simile termasuklah:

Personifikasi
Personifikasi ialah pemberian sifat manusia kepada benda-benda mati seperti objek dan sebagainya.
Antara contoh penggunaan personifikasi dalam novel ini ialah ;

Nilai
Click to enlarge
Pengajaran

Click to enlarge

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

2 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini