Makna dan Ciri-ciri Tamadun

Views
Bab ini akan membicarakan tentang perkembangan awal pembentukan tamadun manusia. Bermula dengan perkembangan zaman prasejarah, kemudian zaman Paleolitik, zaman Mesolitik dan zaman Neolitik. Kemudian manusia memasuki era zaman Logam dengan dua zaman iaitu zaman Gangsa dan zaman Besi. Secara ringkasnya ia disenaraikan seperti berikut:
  • Zaman Paleolitik
  • Zaman Mesolitik
  • Zaman Neolitik
  • Zaman Logam
Di zaman Paleolitik dan zaman Mesolitik manusia hidup secara nomad iaitu hidup secara berpindah randah. Pada zaman Neolitik manusia mula hidup secara menetap dan berkelompok. Mereka menyara hidup dengan cara bercucuk tanam dan menternak binatang. Malah di zaman ini manusia mula bermasyarakat dengan pembahagian tugas dan tanggungjawab secara jelas
Perkembangan baik ini melahirkan zaman Logam. Zaman Logam terbahagi kepada dua iaitu:
  • zaman Gangsa
  • zaman Besi
Penggunaan alat logam ini membuatkan manusia berkembang setapak lagi ke hadapan iaitu memasuki alam penerokaan. Lalu mencipta alat dan perkakas yang membolehkan mereka meneroka lautan. Keadaan ini menyebabkan perkembangan kegiatan perdagangan maritim. Lantaran itu, masyarakat semakin maju dan memperlihatkan perkembangan tamadun.

Makna Tamadun
Tamadun berasal dari perkataan Arab iaitu madun dan madain yang membawa dua pengertian iaitu ketinggian budi bahasa dan pembukaan bandar baru.
Manakala dalam bahasa Inggeris ialah civilization berasal dari bahasa Greek civitas yang membawa maksud bandar.
Selain daripada perkembangan lahiriah seperti di Barat, Islam juga menganjurkan pencapaian keperibadian rabbani dan kehidupan luhur dalam sesebuah masyarakat agar melahirkan masyarakat yang harmonis. Kesimpulannya, konsep tamadun bukan sahaja menitikberatkan perkembangan berbentuk lahiriah semata-mata tetapi juga menekankan perkembangan aspek rohaniah. Perkara ini amat penting bagi melahirkan individu dan masyarakat yang memiliki keperibadian dan moral yang tinggi.
Ciri-ciri Tamadun
Petempatan kekal
→Pertanian
→Penternakan
→Menangkap ikan
→Menampung pertambahan penduduk dalam sesuatu tamadun
Kehidupan berorganisasi merangkumi aspek sosial, ekonomi dan politik. Mampu mengatur cara hidup yang sistematik bagi menjamin kehidupan yang stabil dan makmur. Organisasi sosial membawa maksud kehidupan berkeluarga. Kemudian kehidupan bermasyarakat yang lebih besar dan kompleks. Sistem masyarakat lebih berbentuk piramid dan bersusun lapis
Susun Lapis Masyarakat
Raja merupakan orang yang berkuasa dan menguasai pemerintahan. Golongan pembesar menguasai upacara dan hal ehwal agama. Mereka merupakan golongan yang dihormati dalam masyarakat dan bertindak sebagai ketua keluarga atau ketua kumpulan, para pentadbir dan ilmuan serta golongan yang memiliki kepakaran dalam bidang-bidang tertentu seperti kesenian, keagamaan dan kemahiran. Golongan rakyat biasa merupakan golongan terbesar dalam sesebuah masyarakat. Mereka merupakan kumpulan yang mendasari kegiatan ekonomi seperti pertanian, penternakan dan perdagangan. Golongan hamba pula merupakan golongan paling rendah dan bergantung hidup kepada golongan lapisan atasnya.
Pengkhususan Pekerjaan 
  • Kelangsungan kehidupan
  • Keperluan kehidupan yang tetap
  • Kemakmuran
  • Kestabilan politik
Pengkhususan pekerjaan → Penghasilan pengeluaran → Petanda produk → Sistem barter
Sistem barter : Perdagangan bedasarkan pertukaran produk
Sistem barter → Proses pembinaan & pertukaran ilmu pengetahuan → Perkembangan & pertukaran ilmu pengetahuan → Perkembangan Tamadun

Agama dan Kepercayaan
manusia perlukan satu kepercayaan untuk dipegang
→Mendapatkan pengiktirafan
→Pengiktirafan kedudukan sosial
→Perkembangan ilmu pengetahuan
→Perkembangan kesenian
Alam sekitar seperti batu , matahari dan pokok menjadi simbol penyembahan mereka serta percaya ianya memiliki kuasa ajaib


Bahasa dan Sistem Tulisan
→Hieroglif
→Cuneiform
→Idoegram

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

2 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini