Bab 1 : Manusia Perlu Bersyukur

Views
Mensyukuri nikmat Allah
Manusia dilantik sebagai khalifah Allah di muka bumi ini dan Allah menyediakan berbagai-bagai kemudahan untuk manusia senang menjalani kehidupan.
Antara Nikmat Kurniaan Allah
  •          Nikmat iman yg menyebabkan seseorang itu menyebah Allah yang Esa
  •           Nikmat Islam yg menunjuki benar dan memperoleh kesejahteraan hidup dunia dan akhirat
  •           Nikmat anggota tubuh badan yg sihat membolehkan manusia beribadat kepada Allah dan menjalani kehidupan seharian dengan sempurna
  •           Nikmat akal fikiran yg membolehkan seseorang itu berfikir dengan baik dan mengetahui ilmu pengetahuan

Cara Bersyukur

Hati
Sentiasa mengingati kebesaran, keagungan dan kekuasaan Allah yg memberi nikmat
Lidah
Mengucap Alhamdulillah ketika memperoleh nikmat dan kebaikan; berzikir kepada Allah
Tubuh badan
Menggunakan nikmat kurniaan Allah SWT untuk perkara kebaikan seperti bersedekah

Kemusnahan Umat Terdahulu
1.       (a) Umat Nabi Hud A.S (Kaum ‘Ad)
i.                     Tidak beriman kepada keesaan Allah
ii.                   Tidak mempercayai bahawa Nabi Hud A.S adalah seorang rasul yg di utus untuk membimbimg manusia pada jalan yg benar
iii.                  Allah menurunkan angin yg sangat kencang yg telah memusnahkan kampung dan segala harta benda mereka
       (b) Umat Nabi Lut A.S (Kaum Lut)
            i. mengingkari ajaran Allah
            ii. melakukan berbagai-bagai kemungkaran
            iii.  gemar melakukan hubungan sejenis (homoseks)
            iv.  Allah telah menterbalikkan bumi yg menyebabkan Nabi Lut A.S dan segala harta-harta hancur       
                 binasa sebagai balasan
       (c) Umat Nabi Salleh A.S (Kaum Thamud)
            i. tidak mahu menerima ajaran yg dibawa oleh Nabi Salleh A.S
            ii. melakukan perbuatan yg dilarang oleh Allah
            iii.Allah menurunkan angin putting beliung, letupan dan gempa bumi yg dasyat yg melenyapkan 
               seluruh kaum Nabi Salleh A.S
Manusia sebagai Khalifah
  • Menegakkan agama Islam di muka bumi ini
  • Membangunkan dan mengurus alam dengan baik untuk kesejahteraan manusia
  • Mengadakan pelbagai perusahaan, perindustrian, pembinaan dan sebagainya untuk membangunkan Negara
  • Membuat kajian mengenai bahan galian yg bermutu tinggi yg boleh menyumbang kepada pembangunan Negara
  • Mempelajari dan menguasai ilmu pengetahuan kea rah pembangunan manusia dan alam
  • Akibat tidak Melaksanakan Tanggungjawab sebagai Khalifah
  • Syiar Islam tidak dapat ditegakkan di muka bumi ini
  • Pembanguna alam tidak dapat dilaksanakan dengan baik
  • Akan berlaku bencana alam yg akan mengancam dan mengorbankan nyawa manusia
  • Keindahan alam tercemar. Makhluk yg hidup di dalam hutan akan pupus
  • Manusia akan bersengketa, bergaduh dan berperang sesama sendiri
Hikmat Allah memusnahkan kaum terdahulu
  • Dapat menyedarkan manusia tentang kekuasaan Allah terhadap makhluk-Nya
  • Supaya manusia dapat melaksanakan perintah Allah dan tidak menentang ajaran-Nya
  • Supaya manusia sentiasa bersyukur dengan nikmat-nikmat kurniaan Allah

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini