BAB 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Views
Institusi kewangan atau perbankan.
1. Institusi kewangan berperanan menyediakan kemudahan pinjaman kepada pelabur yang kemudiannya memajukan industri bijih timah dan getah.
2. Bank memperkenalkan kaedah baru yang berorientasikan keuntungan berasaskan kadar faedah yang tinggi.
3. Bank telah menyebabkan dana luar negara dapat disalurkan terus ke Tanah Melayu dengan mudah dan cepat.
4. Bank telah bertindak sebagai ejen pembayar kepada pengeksport dan pengimport dan melicinkan perdagangan antarabangsa.
5. Bank pertama di Tanah Melayu ialah Mercantile Bank.
6. Selepas Perjanjian Pangkor wujud banyak bank lain seperti The Chartered Bank, Hong Kong dan Shanghai Bank.
7. Bank Eropah mengutamakan pedagang Eropah.
8. Pedagang tempatan mendapat perkhidmatan bank Eropah melalaui Komprador (orang tengah) yang terdiri daripada orang tempatan yang diberi kepercayaan oleh bank untuk menjadi penaja kepada peminjam.9. Bank tempatan pertana ialah Kwong Yik Bank di Kuala Lumpur, Bank of Malaya di Ipoh, Ban Hin Lee Bank di Pulau Pinang.
10. Di Sarawak – Kwong Lee Bank, Ban Chiang Bank.
11. Bank orang melayu pertama – Malay National Banking Corporation Bhd.

Perkembangan perkhidmatan insurans.
1. Antara insurans penting ialah insurans maritim, kebakaran, hatrra, perniagaan, kemalangan dan nyawa.
2. Insurans maritim – melindungi dagangan dan kapal pedagang.
3. Insurans kebakaran – penting kerana kebakaran kerap berlaku contohnya kebakaran hampir seluruh Kuala Lumpur tahun 1892.
4. Peringkat awal syarikat insurans di Tanah Melayu adalah cawangan syarikat beribu pejabat di luar negara – contohnya Boustead and Company England.
5. Syarikat insurans tempatan contohnya Straits Insurance Limited di Singapura.
6. Kerajaan British juga telah mengasingkan insurans nyawa daripada insurans kebakaran.

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini