BAB 10 : DASAR BRITISH DAN KESANNYA TERHADAP EKONOMI NEGARA

Views
Dasar – dasar pertanian British.

Dasar – dasar pertanian British.
1. Orang melayu diperkenalkan oleh British dengan tananam yang memepunyai pasaran seperti kopi, tembakau, getah.
2. British telah mengkomersialkan tanaman tradisional seperti gambir dan lada hitam.
3. Tenaga buruh China dan India digunakan untuk memajukan lagi sector perladangan.
4. Undang – undang pemilikan tanah telah diperkenalkan oleh British, bertujuan untuk melindungi tanah orang Melayu daripada diceroboh oleh pemodal asing. Tetapi beberapa daripada aspek undang – undang ada yang menindas orang Melayu.

Pengenalan undang – undang berhubung tanah.
1. Sebelum kedatangan British persoalan tanah tidak menjadi masalah kepada orang Melayu kerana tanah yang luas, penduduk rendah, urusan cukai dan kebenaran mengusahakan tanah hanya dengan pembesar Melayu. Pemilikan tanah amat mudah iaitu pemilik tanah ialah sesiapa yang meneroka dan mengerjakan tanah tersebut.
2. Rekod bertulis adalah elemen penting dalam mengesahkan pemilikan tanah pada masa British.
3. Rekod ini juga digunakan dalam urusan tanah seperti cukai, pajakan, sewa beli, jual dan beli tanah.
4. Tanah juga dilihat sebagai cagaran untuk mendapatkan modal.
5. Undang- undangan tanah pertama ialah Peraturan Tanah Perak. Seterusnya Kanun Tanah Selangor, Peraturan Tanah Sungai Ujong.
6. Tanah dibahagikan mengikut nilai komersial seperti tanah ladang, pribumi dan perlombongan.
7. Kadar cukai tanah bergantung kepada jenis tanah dimiliki.

Kesan pengenalan undang – undang tanah British.
1. Permohonan kebenaran mendapatkan tanah sama ada syarikat atau individu didapati daripada Pejabat Tanah dan bukan dari pembesar Melayu lagi.
2. Kebenaran Pejabat Tanah juga diperlukan untuk mengutip hasil hutan seperti nipah, damar, rotan.
3. Bermakna kuasa residen negeri amat besar untuk menentukan tanah yang boleh diberikan kepada pemodal.
4. Kelulusan tanah pula bergantung kepada modal, teknologi dan bilangan buruh yang akan digunakan.
5. Dasar tanah British juga membawa kepada perkembangan ekonomi wang. Di mana cukai, jual, beli, sewa ke atas tanah perlu menggunakan wang. Mamalh orang Melayu perlu membayar cukai hasil hutan dalam bentuk wang.
6. Kesannya orang Melayu yang tiada wang meminjam daripada orang tengah dan kemudiannya menyelesaikan menjual tanah untuk menyelesaikan hutang mereka.

Undang – undang melindungi tanah bumiputra.
1. Akta Tanah Simpanan Melayu (TSM) diperkenalkan oleh British bagi mengelakkan tanah milik Melayu berpindah kepada orang asing.
2. Residen berhak mengisytiharkan mana – mana tanah orang Melayu sebagai TSM untuk mengelak TSM daripada dijual, dipajak gadai, atau ditukar milik.
3. TSM juga ingin melindungi ekonomi penjajajh, contohnya TSm tidak boleh diusahakan tanaman komersial. TSM tidak subur dan tidak sesuai untuk tanaman perladangan.
4. Land Order di Sarawak diperkenalkan bagi melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi oleh pengusaha China.
5. Di sini jaga diperkenalkan Land Settlement Order bagi melindungi tanah peribumi daripada diceroboh.
6. Di Sarawak pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui perwarisan, bagi mengelakkan pemajakan, pemecahan dan penjualan tanah kepada orang luar.
7. Land Order Sarawak seterusnya membhagikan tanah kepada 3 kawasan iaitu tanah campuran, tanah simpanan dan tanah pedalaman.
8. Imigran hanya dibenarkan memiliki tanah campuran sahaja, manakala tanah simpanan dan pedalaman dilindungi.
9. Di Sabah pula, Proklamasi III Perlindungi Hak Peribumi yang melindungi kepentingan peribumi diwartakan oleh British. Peraturan ini menetapkan hak milik peribumi di bawah kuasa Pegawai Daerah.
10. Segala urusan jual beli tanah di Sabah dengan orang Eropah pula perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi. Penduduk peribumi juga berhak menuntut ganti rugi ke atas tanah yang dijual kepada orang asing.

Dasar British terhadap pekebun kecil getah.
1. Kebanyakan pekebun kecil ialah orang Melayu. British berhasrat mengekalkan orang Melayu sebagai petani.
2. Maka Enakmen Tanah Padi diperkenalkan untuk mrnghalang tanaman getah ditanam di kawasan tanaman padi, sekaligus mengurangkan penglibatan pekebun kecil getah dalam penanaman padi.
3. halangan kepada orang Melayu seterusnya ialah apabila British menaikkan premium tanah baru untuk tanaman getah.
4. Selepas itu British melarang sama sekali pembukaan tanah baru untuk penanaman getah.
5. Pada awalnya penglibatan pekebun kecil Melayu secara kecil – kecilan tidak mendatangkan kebimbangan kepada pengusaha Eropah.
6. Apabila ekonomi meleset dan harga getah jatuh, British terpaksa melindungi pengusaha Eropah.
7. Antaranya dengan memperkenalkan Rancangan Sekatan Stevenson yang menghadkan pengeluaran getah negara pengeluar.
8. Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa pula memberi kuota lebih tinggi kepada pekebun kecil, mereka juga ditekan kerana dianggap mengancam pengusaha Eropah.
9. Tanaman getah yang banyak masalah ini tetap menguntungkan orang Melayu berbanding tanaman padi.
10. Oleh itu, orang Melayu tidak berminat mengusahakan tanaman padi.

Dasar tanaman padi.
1. Minat orang Melayu kepada getah berbanding padi membimbangkan British kerana Tanah Melayu terpaksa mengimport beras dari Thailand, Myamnar, Indo-China.
2. Bekalan import beras ini tidak terjamin, contohnya ketika berlaku kekurangan pengeluaran beras di Myanmar.
3. Maka petani tidak dibenarkan menaman padi di tanah sawah.
4. British menubuhkan Jabatan Parit, dan Tali Air bagi memperbaiki sistem peparitan dan membantu tanaman padi.
5. Ini membuktikan bahawa British tidak memberi perhatian kepada kemajuan ekonomi orang Melayu.

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini