Thursday, 20 October 2011

Bab 10 : Perkara-Perkara Yang Membatalkan Iman

Pengertian Iman
• iman dari segi bahasa bererti percaya. Menurut istilah ahli sunnah wal jamaah
ialah membenarkan di hati, mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota
• Kepentingan Dan Keperluan Iman Dalam Kehidupan
    membentuk keperibadian Muslim sejati
    berani tegakkan kebenaran
    sabar dan reda menghadapi rintangan dan dugaan
    pencetus semangat jihad
Perkara Yang Membatalkan Iman
• syirik
• kufur
• riddah
• khurafat
• sihir
• nifak
Syirik
• syirik ialah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan perbuatanNya
• syirik boleh berlaku melalui pemujaan, penyembahan atau permintaan kepada
sesuatu selain dari Allah
• bahagian syirik
    syirik jali: perlakuan syirik terang-terangan seperti sembah berhala, bulan
dan sebagainya
    syirik khafi: tidak meletakkan Allah sebagai yang mutlak dalam niat atau
syirik secara sembunyi seperti percaya kepada tangkal, riak, ujub, takbur
  Kufur
• kufur bererti tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang
disampaikan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
• orang yang melakukannya adalah kafir
• Bahagian Kufur
    kufur hakikat: ingkar atau menafikan rukun iman dan menolak syariat
       yang dibawa Rasulullah. Contoh: tidak mengakui adanya balasan di
      akhirat, tolak hukum yang ada dalam al-Quran dan menyatakan solat
      membuang masa
    kufur nikmat: mengingkari pencipta atau Allah sebagai pemberi nikmat
       kepada maknusia dan makhluk ciptaan-Nya seperti guna nikmat ke jalan
       maksiat, tidak keluarkan zakat/sedekah dan sebagainya
• Faktor2 Kufur
    pegangan agama lemah terpengaruh dengan hawa nafsu tg ingin keseronokan dan kebebasan
    terlalu mengejar kesenangan dunia hingga ketepikan agama
    kesempitan hidup menyebabkan seseorang sanggup melakukan
       perbuatan kufur untuk memenuhi keperluan hidup
Riddah
• riddah bererti berpaling atau keluar daripada agama Islam. Orang yang keluar agama Islam dihukum murtad
• Murtad Boleh Berlaku Dalam 3 Perkara:
    iktikad (hati): berniat hendak keluar Islam
    perkataan: mengisytihar keluar Islam
    perbuatan: menganut agama selain Islam
• Faktor Riddah:
    lemah pegangan agama
    jahil tentang akidah dan hukum-hakam Islam
    terpengaruh dengan tawaran kebendaan
    tidak bimbingan memahami Islam
• Kesan Riddah
    perkahwinan terbatal
    haram menerima harta pusaka daripada waris beragama Islam
    hartanya haram dipusakai oleh ahli waris beragama Islam
    menjadi penghuni neraka selama-lamanya
• Cara Menangani Orang Murtad
    memberi nasihat supaya bertaubat dan kembali kepada Islam
    memberi perlindungan atau bantuan sekiranya dia golongan muallaf
    melaksanakan hukum hudud (bunuh)
• Hikmah Hukuman Bunuh Kepada Orang Murtad
    memberi amaran bahawa Islam tidak boleh dipermainkan
    menghindar masyarakat Islam daripada huru-hara dan berpecah-belah
    menghalang perbuatan yang mencemarkan kesucian Islam dan perkaraperkara yang memburukkannya
Khurafat
• khurafat ialah kepercayaan karut yang bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam
• Contoh Perbuatan Khurafat
    mempercayai azimat atau tangkal boleh memberi kesan kepada
       pemakainya
    membuang anjak bagi menghalau hantu
    mempercayai suara burung hantu boleh membawa tuah atau sial
    mempercayai kubur yang dianggap keramat
• Faktor Khurafat Masih Berterusan iman kurang matap terhadap Allah
    terpengaruh dengan masyarakat yang biasa amalkan khurafat
    ambil langkah mudah cepat kaya
    wujud tempat pemujaan khurafat
• Cara Mengatasi Khurafat
    menggiatkan usaha dakwah dan majlis ilmu
    mengenakan hukuman berat terhadap pihak yang terlibat
    memberi kesedaran tentang keburukan khurafat
    mengawasi dan menghapuskan tempat yang dianggap keramat
• Kesan Buruk Khurafat
    menyebabkan syirik dan terbatal iman
    membazir masa, tenaga, harta
    masyarakat mundur dengan khayalan sia-sia
    menyekat akal berfikir logik dan sistematik
Sihir
• sihir ialah ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan jin dan syaitan
• sihir bertujuan memudarat dan mengelirukan manusia
• Akibat Sihir
    merosakkan akidah dan membatalkan iman
    memecah belah masyarakat dan menimbulkan fitnah
    pengamal sihir takbur dan berani berlaku zalim
    membazir wang, masa, tenaga
Nifak
• .nifak bererti berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah
• orang yang melakukannya digelar munafik
• Ciri-Ciri Munafik
    bercakap bohong
    khianat apabila diberi amanah
    mungkir janji
    melampaui batas apabila bertengkar
• Akibat Buruk Munafik
    menghilangkan sikap percaya-mempercayai
    melemahkan perpaduan masyarakat
    menghancurkan kekuatan umat Islam
    menghalang usaha pembangunan masyarakat Islam
Share:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini