Thursday, 20 October 2011

Bab 11 : Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kemungkaran Allah SWT

 Dosa-dosa besar


Pengertian Dosa
    Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan Allah S.W.T. dan
       meninggalkan suruhan-Nya.
    Orang yang akil baligh yang melanggar hukum Allah digelar ‘Asi.
Dua Jenis Dosa:
    Dosa besar:kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan di
       akhirat seperti minum arak, berzina, membunuh
    dosa kecil: kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu
       di dunia atau amaran azab di akhirat seperti bercakap yang sia-sia
Faktor Manusia Melakukan Dosa
    terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
    ingin kehidupan bebas tanpa batasan agama
    angkuh dan saombong kerana harta dan pangkat yang dimiliki
    memandang ringan dengan peringatan azab di akhirat
Dosa-Dosa Besar Yang Mesti Dihindari
    Menghina Dan Menderhaka Ibu Bapa
    Antara Perbuatan Menderhaka Kepada Ibu Bapa
    melawan percakapan mereka
    meniggikan suara ketika bercakap
    tidak dengar nasihat dan teguran mereka
    melayan mereka dengan kasar
Menipu Dan Berbohong
    menipu ialah melakukan helah untuk kepentingan diri sendiri dan
       memudaratkan orang lain
    berbohong ialah tidak jujur atau memalsukan sesuatu maklumat
    menipu boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti
memalsukan dokumen
Mencuri Dan Merompak
    mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan
      di tempat simpanan tanpa izin. Hukuman hududnya dipotong tangan
    merompak ialah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang
      disimpan di tempat simpanannya tanpa izin
Kesan Perbuatan Mencuri Dan Merompak
    masyarakat hidup tidak aman dan tenteram
    dipandang hina oleh orang
    dipulau dan disisihkan masyarakat
    timbul pergaduhan dan permusuhan
    negara tidak aman dan tenteram
Riba
    riba ialah faedah, lebihan atau pertambahan bayaran dalam proses
       pertukaran barang, wang, hutang-piutang dan sebagainya
    Jenis2 Riba
    riba Al-fadl: pertambahan berlaku kerana pertukaran barang yang
       sama jenis seperti pertukaran beras dengan beras
    riba an-nasiah: pertambahan yang berlaku kerana menangguhkan
       tempoh bayaran
    Hikmah Pengharaman Riba
    membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
    mewujudkan kestabilan ekonomi
    melahirkan sikap bantu-membantu dan tolong menolong
    mencegah sifat pentingkan diri sendiri
Makan Harta Anak Yatim
    anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh
    menjaga harta anak yatim adalah amanah dari Allah
    Sebab Dilarang Makan Harta Anak Yatim
    anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
    mengelakkan anak yatim hidup terbiar kerana tiada harta
    mengelakkan berlakunya permusuhan yang memeutuskan
       silaturahim
    mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris harta
Lari Dari Medan Perang
    perang jihad ialah peperangan antara orang Islam dengan kafir bagi
       mempertahankan kesucian agama Islam
    setiap rakyat yang baligh dan berakalserta berkeupayaan menyertai jihad
       wajib mempertahankan kesucian Islam
    orang yang lari dari medan perang adalah berdosa besar
    Akibat Lari Dari Medan Perang
    dipandang hina
    umat Islam ditindas
    balasan neraka
    merendah martabat agama dan umat
Mengumpat Dan Memfitnah
    mengumpat bererti mengata atau menceritakan keburukan seseorang
    semasa ketiadaannya dan boleh menimbulkan kemarahan apabila dia
    mendengarnya
    memfitnah ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti
    Sebab Mengumpat Dan Memfitnah
    ingin lihat orang menderita dan susah
    tidak mahu mengakui kelebihan orang takut persaingan hidup
    sikap buruk sangka terhadap orang
    Akibat Mengumpat Dan Memfitnah
    dibenci dan dipandang hina
    berlaku pergaduhan dan permusuhan
    masyarakat Islam mundur
    hidup menderita dunia dan akhirat
    Cara Mengatasinya
    menyemai kasih sayang sesama Islam
    reda dengan ketentuan Allah
    sentiasa muhasabah diri
    meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan beramal soleh

Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran Umat
Minum Arak Dan Menagih Dadah
    arak ialah minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada buah yang
      diperam
• Faktor Minum Arak
    arak mudah didapati
    terpengaruh dengan rakan yang liar
    . tiada penguatkuasaan undang-undang
• dadah pula ialah sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya
fikir seseorang
• hukuman hudud terhadap peminum arak ialah disebat 40X
• Hikmah Pengharaman Arak Dan Dadah
    menjaga kewarasan akal fikiran
    elak berlaku pergaduhan dan permusuhan
    kekalkan kesihatan fizikal dan mental
    mengelak penyakit berbahaya seperti AIDS dan sebagainya
• Langkah Pencegahan
    menagmbil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat
    iba bapa hendaklah prihatin dengan kehidupan anak-anak
    kempen tentang bahaya arak dan dadah
    amal gaya hidup sihat dengan adakan aktiviti kemasyarakatan, riadah dan
       sebagainya
• Kesan Minum Arak Dan Menagih Dadah Terhadap Individu
    membazir wang, masa, harta
    menjatuhkan maruah diri dan keluarga
    terdedah kepada jenayah
    lalai daripada mengingati allah
    Terhadap Negara Dan Masyarakat
    menjadi mundur dan tidak tenteram
    banyak wang negara dihabiskan bagi sediakan pusat pemulihan
    hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat
    terdedah kepada penjajahan dan penindasan kuasa asing
Zina
• zina ialah melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan
tanpa ikatan yang sah
• Faktor Zina
    kurang pendidikan agama
    pergaulan bebas lelaki dan perempuan
    mengunjungi tempat maksiat
    membaca dan menonton bahan lucah
• Kesan Zina
    menjatuhkan maruah diri dan keluarga
    mendapat kemurkaan Allah dan mengundang bala
    penyakit berbahaya seperti AIDS, siflis dan sebagainya
    lahir generasi keluarga yang tidak jelas keturunannya
• Hukuman Penzina
    penzina yang berkahwin dengan cara sah (muhsin) direjam hingga mati
    penzina yang belum berkahwin disebat 100X sebatan
• Menuduh Zina (Qazaf)
    menuduh seseorang yang baik berzina tanpa 4 orang saksi yang adil
    hukumannya 80X sebatan
• Syarat Dikenakan Hukuman Kepada Penuduh Zina:
    berakal
    baligh
    atas kemahuan sendiri (tidak dipaksa)
    mengetahui haramnya qazaf
    bukan bapa atau datuk kepada yang dituduh
Liwat Dan Musahaqah
• liwat ialah hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki (homoseks/gay)
• musahaqah ialah hubungan antara perempuan dengan perempuan (lesbian)
• Faktor Berlakunya Liwat Dan Musahaqah
    terpengaruh dengan budaya liar
    membaca dan melihat bahan lucah
    tiada undang-undang tegas kurang didikan dan pengetahuan agama
• Akibat Liwat Dan Musahaqah
    institusi perkahwinan runtuh
    dijangkiti penyakit seperti AIDS dan siflis
    dapat balsan azab di akhirat
    maruah diri, masyarakat, agama tercemar
Membunuh Diri
• melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri
• Punca Bunuh Diri
    kecewa dengan rahmat Allah
    anggap bahawa bunuh diri jalan penyelesaian terhadap masalah
    tidak sanggup menghadapi kegagalan hidup
• Cara Mengatasi Bunuh Diri
    hendaklah yakin dengan rahmat Allah
    berusaha memajukan diri dengan syariat Islam
    memberi pendidikan agama sejak kecil
    mengingati bahawa dunia adalah sementara, akhirat adalah kekal abadi
Share:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini