Thursday, 20 October 2011

Bab 13 : Lambaian Kaabah

Unit 1 - Kewajipan Haji dan Umrah

Kewajipan Haji Dan Umrah
• Pengertian Haji Dan Umrah
 haji dari segi bahasa bermaksud mengunjungi tempat yang mulia.
 dari segi istilah syarak haji bermaksud mengunjungi Baitullah Haram di
Makkah kerana mengerjakan ibadat tertentu dengan syarat-syarat
tertentu
 umrah dari segi bahasa ialah ziarah umrah dari segi istilah syarak ialah menziarahi Baitullah kerana
mengerjakan ibadat tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat
tertentu
• Upah Haji
 upah haji bermaksud melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain
 hukumnya harus sekiranya seseorang memenuhi syarat-syarat wajib
menunaikan haji tetapi tidak dapat mengerjakannya kerana sebab-sebab
tertentu
• Sebab Diharus Upah Haji
 meninggal dunia
 tidak berkeupayaan fizikal seperti uzur, terlalu tua dan sakit yang tiada
harapan untuk sembuh
• Hikmah Upah Haji
 memberi peluang kepada orang sakit atau orang tua yang terlalu uzur
menyempurnakan haji
 anak atau ahli keluarga dapat berbakti kepada ibu bapa atau saudara
maranya
 orang tua yang hilang upaya dapat mengupah orang lain mengerjakan
haji bagi pihaknya
   Hikmah Haji
• Terhadap Individu
 menghapuskan dosa-dosa kecil
 membersihkan jiwa dari maksiat
 meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah
 malatih diri bersifat sabar
• Terhadap Masyarakat
 dapat saling berkenalan sesama umat Islam
 membantu mempertingkat ekonomi umat Islam
 menjalinkan silaturahim dan membentuk perpaduan di kalangan umat
 menyatukan umat tanpa kira bangsa dari seluruh dunia
Share:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini