Bab 13 : Lambaian Kaabah

Views
Cara Menyempurnakan Ibadat Haji Dan Umrah
• Syarat-Syarat Haji
 Syarat-Syarat Mewajibkan Haji
 Islam
 baligh
 berakal
 berkuasa
 merdeka
 Maksud Berkuasa (Istita’ah)
 sihat tubuh badan
 cukup perbelanjaan pergi dan balik mempunyai nafkah yang mencukupi untuk tanggungan yang
ditinggalkan
 mempunyai kenderaan pergi balik
 terjamin keselamatan pergi balik
 ada kesempatan masa
 mendapat izin daripada suami bagi isteri dan ditemani 2 orang
mahram
• Rukun Haji
 rukun haji ialah amalan yang mesti dilakukan dalam haji, jika tertinggal,
haji tidak sah dan wajib diulang pada masa akan datang
 Rukun-Rukun Haji
 Niat Ihram: niat haji di miqat setelah memakai ihram
 Wukuf Di Padang Arafah: berada di Padang Arafah walaupun
hanya sekejap antara gelincir matahari 9 Zulhijah hingga terbit
fajar pada 10 Zulhijah
 Tawaf: mengelilingi Kaabah 7X dengan syarat-syarat tertentu
untuk beribadat kepada Allah.
 Jenis Tawaf
 Tawaf Qudum: tawaf selamat datang. Sunat kepada yang
baru sampai
 Tawah Ifadah: tawaf rukun yang wajib kepada jemaah
haji
 Tawaf Wadak: tawaf selamat tinggal. Sunat dilakukan
oleh jemaah haji yang hendak meninggalkan Makkah
 Tawaf Sunat: tawaf yang boleh dilakukan bila-bila masa
 Syarat-Syarat Tawaf
 tutup aurat
 suci dari hadas besar
 7X, dimulakan di penjuru hajarul aswad
 menjadikan Baitullah di sebelah kiri
 dilakukan di dalam Masjidil Haram
 Sai: berjalan berulang alik dari bukit Safa ke Marwah 7X selepas
tawaf
 Syarat-Syarat Sai
 dimulakan dari Safa dan disudahi di Marwah
 dilakukan 7X dengan yakin
 dilakukan selepas tawaf rukun
 dilakukan dengan perjalanan biasa, bukan menonggeng
kepala atau melintang
 niat sai ketika di Bukit Safa
 Bercukur: bercukur atau bergunting rambut sekurangkurangnya 3 helai rambut
 Tertib: melakukan rukun-rukun ikut susunan• Hikmah Rukun Haji
 Niat
 dapat tumpukan sepenuh perhatian kepada Allah
 Wukuf
 mengingati semula peristiwa pertemuan Nabi Adam dengan Hawa
 menimbulkan keinsafan bahawa semua manusia sama di sisi Allah
 mengngatkan kita pada perhimpunan agung di Padang Mahsyar
 Tawaf
 memantapkan keimanan kepada Allah dan menumpukan
perhatian terhadap keagungan-Nya
 Sai
 mendidik manusia supaya tabah dan cekal dalam melakukan
sesuatu pekerjaan
 mengambil iktibar peristiwa Siti Hajar cari air untuk anaknya
 Bercukur
 sebagai simbol membersihkan diri daripada segala sifat tercela
 menghapuskan dosa
 Tertib
 mendidik umat berdisiplin dalam setiap pekerjaan

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini