Bab 15 : Korban Amalan Mulia

Views
Pengertian Korban
 menyembelih binatang ternakan (Al-an’am) yang dilakukan pada hari Aidiladha atau hari Tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah
 hukumnya sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar
 waktu menyembelih adalah lepas naik matahari pada pada hari raya korban dan berakhir apabila terbenam matahari pada hari 13 Zulhijah.
• Sunat-Sunat Korban
 membaca basmalah atau bertakbir.
 Membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
 Menghadap binatang ke arah kiblat.
 memilih binatang yang gemuk.
 menyembelih sendiri bagi lelaki
• Syarat-Syarat Sah Korban
 mengorbankan binatang yang cukup umur
 melakukan sembelihan pada waktu korban
 sembelihan oleh orang Islam
 mengorbankan binatang yang sihat dan tidak cacat
 niat korban kerana Allah
 binatang ternakan halal dimakan
• Binatang Yang Dijadikan Korban
 biri2 atau kibas berumur 1 tahun atau lebih
 kambing, sapi, lembu, kerbau berumur 2 tahun atau lebih
 unta berumur 5 tahun atau lebih
• Pengagihan Daging Korban
 daging hendaklah dibahagikan kepada orang Islam terutamanya fakir miskin setempat
 sebahagiannya boleh dimakan oleh orang yang berkorban
 daging korban haram diberikan pada orang kafir
• Cara Pengagihan Daging Korban Yang Sebaik-Baiknya:
 1/3 disedekah kepada fakir miskin
 1/3 untuk orang ramai
 1/3 dimakan oleh orang yang berkorban
• Hikmah Berkorban
 mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail
 menimbulkan rasa kesyukuran atas nikmat Allah
 memupuk perasaan muhibbah dan silaturahim
 fakir miskin berpeluang bersama-sama menikmati daging korban

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini