Thursday, 20 October 2011

Bab 16 : Akikah

Pengertian Akikah
• menyembelih binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang lahir sebagai tanda kesyukuran kepada Allah
• hukumnya sunat muakkad dan wajib jika bernazar
• Sebaik-Baik Akikah:
 2 ekor kambing untuk bayi lelaki
 1 ekor kambing untuk bayi perempuan
• akikah afdal dilakukan pada hari ke 7 tapi boleh dikemudiankan asalkan belum baligh. Jika sudah baligh boleh melakukan akikah untuk diri sendiri
Syarat-Syarat Akikah
• niat akikah ketika menyembelih
• menyembelih binatang ternakan yang halal dan tidak cacat
• menyembelih binatang yang cukup umur
• memenuhi syarat-syarat sembelihan
Daging Sembelihan Akikah
• tidak wajib disedekahkan kepada fakir miskin• sunat dimasak manis dan dibuat jamuan
• sunat tidak mematah-matahkan tulang akikah
• . mencukur rambut bayi selepas penyembelihan binatang akikah
• dilakukan hari ke7 kelahiran bayi
Hikmah Akikah
 tanda kesyukuran kepada Allah atas kurniaan zuriat
 mengeratkan silaturahim di kalangan masyarakat
 mendekatkan bayi yang baru lahir dengan penghayatan Islam
 menghebahkan kepada anggota masyarakat tentang anugerah yang dikurniakan Allah
Share:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini