Thursday, 20 October 2011

Bab 2 : Rasul Penyampai Wahyu

Peranan rasul
• membetulkan akidah daripada kesesatan kepada beriman kepada Allah
• mengajar cara beribadat dengan betul
• mendidik manusia berakhlak mulia
• memberitahu tentang perkara ghaib
Perkara ghaib
• prkara ghaib hanya diketahui Allah seperti tarikh kiamat, penentuan
rezeki, ajal dan maut seseorang
• perkara yang tlh berlaku seperti kisah Nabi dan kemusnahan umat yang
menderhaka kepada Allah
• perkara yang wujud tetapi tidak dapat dilihat dengan pancaindera seperti
malaikat, syaitan, jin, syurga dan neraka
• perkara yang akn berlaku seperti kemunculan Nabi Isa a.s., dajjal, Yakjuj
dan Makjuj
• perkara yang diketahui melalui ilmu dan kajian seperti petroleum, emas,
dan jenis tumbuhan yang bleh jadi ubat.
Hikmah kewujudan perkara ghaib
• sebagai bukti kebesaran dan kekuasaan Allah
• untuk menggalakkan manusia membuat kajian dan penyelidikan
• dapat meningkatkan keimanan kepada Allah
• supaya manusia sentiasa fikir kebesaran Allah   2.5. Tugas manusia
• mengikut ajaran Nabi s.a.w. untuk dapat kebahagiaan hidup dunia dan
akhirat
• berusaha dan ikhtiar teroka khazanah Allah sama ada di lautan, daratan,
angkasa untuk kepentingan hidup
• mencari kurniaan Allah di samping tidak lupa tuntutan kehidupan dunia
Wahyu Allah
Wahyu adalah pengetahuan yang diperoleh seseorang dengan
keyakinan bahawa wahyu itu semata-mata daripada Allah melalui
perantaraan atau sebaliknya
Cara wahyu diturunkan:
• malaikat memasukkan wahyu ke dalam hati Nabi tanpa
disedari
• malaikat menjelmakan diri sebagai lelaki
• malaikat menampakkan diri yang sebenar
• wahyu didengar oleh Rasullulah s.a.w. seperti bunyi
loceng dan sebagainya
Pengajaran ayat
• para rasul adlh penyampai wahyu Allah kepada manusia
• nabi dan rasul dilantik Allah dalam kalangan manusia
• kita hendaklah berfikir berdasarkan wahyu untuk kebahagiaan hidup di
dunia dan akhirat
Share:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini