Thursday, 20 October 2011

Bab 20 : Kerajaan Khulafa Ar-Rasyidin

 Pengenalan Ringkas Khulafa Ar-Rasyidin
• khalifah ialah orang yang memegang jawatan sebagai ketua negara Islam
• tempoh pemerintahan 29 tahun (11-41 H)
• Khulafa Ar-Rasyidin ialah gelaran kepada 4 sahabat yang memegang jawatan dalam negara selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. iaitu:
 khalifah Abu Bakar
 khalifah Umar Al-khattab
 khalifah Usman bin Affan
 khalifah Ali bin Abi Talib
   Khalifah Abu Bakar (11-13H/ 632-634M)
Riwayat Hidup
 nama sebenar Abdullah bin Abi Quhafah
 lahir 2 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
 keturunan Bani Tamim
 digelar As-Siddiq kerana mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. dalam peristiwa Israk dan Mikraj
 orang pertama memeluk Islam
 seseorang yang jujur, pekerti baik dan perangai yang terpuji
 wafat 23 jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan dimakamkan di Madinah berhampiran dengan makam Rasulullah
Pelantikan Menjadi Khalifah
 Rasulullah s.a.w. tidak menetapkan seseorang sebagai pengganti selepas kewafatan baginda. Oleh itu, berlaku perselisihan antara golongan Ansar dengan Muhajirin di Saqifah Bani Saidah
 Abu Bakar mencadangkan Umar Al-Khattab atau Ubaidah sebagai pengganti selepasnya
 kedua-duanya membantah lalu mereka berjabat tangan dengan Abu Bakar dan terus memberi bai’ah melantik Abu Bakar sebagai khalifah
Khalifah Umar Bin Al-Khattab (13-23H/ 634-644M)
Riwayat Hidup
 nama sebenar Umar bin Al-Khattab bin Naufal
 lahir 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah s.a.w.
 berketurunan Bani A’dy
 digelar Al-faruk bermaksud “Pemisah antara kebenaran dengan kebatilan”
 terkenal sebagai seorang yang berani, tegas dan berterus-terang
 memeluk Islam tahun ke6 selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
 wafat akhir bulan Zulhijah tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun setelah memerintah selama lebih kurang 10 tahun
Pelantikan Menjadi Khalifah
 Umar menjadi khalifah melalui wasiat yang dibuat oleh Abu Bakar bagi mengelakkan perpecahan umat Islam
 wasiat tersebut ditulis oleh Usman bin Affan
 pelantikan Umar dipersetujui oleh seluruh umat Islam
Khalifah Usman Bin Affan
Riwayat Hidup
 dilahirkan 5 tahun selepas kelahiran Rasulullah
 berketurunan Bani Umaiyah
 sejak kecil terkenal dengan peribadi mulia, lemah lembut, hartawan, dermawan dan memiliki semangat jihad yang tinggi
 digelar Zunnurain kerana mengahwini 2 orang puteri Rasulullah
 wafat pada 18 Zulhijah tahun 35 Hijrah ketika berumur 80 tahun kerana dibunuh oleh pemberontak
Pelantikan Sebagai Khalifah
 semasa khalifah Umar sakit, beliau mencadangkan 6 orang sahabat sebagai pengganti beliau iaitu Usman, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Waqqas dan Abdul Rahman bin Auf
 Talhah, Zubair, Saad dan Abdul Rahman menarik diri
 berdasarkan pendapat para sahabat dan orang ramai, Abdul Rahman bin Auf mengisytiharkan Usman bin Affan sebagai khalifah
  Khalifah Ali Bin Abi Talib
Riwayat Hidup
 nama penuh: Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim
 lahir tahun ke10 sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
 bersifat berani, tegas dan menguasai pelbagai ilmu dengan mendalam
 kanak-kanak pertama peluk Islam
 wafat 40 Hijrah setelah memerintah kira-kira 5 tahun
Pelantikan Sebagai Khalifah
 beliau menerima jawatan khalifah atas desakan orang ramai bagi mententeramkan pergolakan akibat pembunuhan khalifah Usman
 keluarga Umaiyah tidak setuju dengan pelantikan tersebut termasuk Muawiyah bin Abi Sufian
Dasar Pentadbiran Khulafa Ar-Rasyidin
• undang-undang dan perlembagaan negara berasaskan al-Quran dan sunnah
• khalifah berkuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli syura dan ijtihad
• khalifah bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan memerintah dengan adil
• khalifah adalah ketua negara
• gabenor dan pegawai dilantik berdasarkan kecekapan dan kewibawaan
• pemimpin dan rakyat bertanggungjawab membangun dan memajukan negara• rakyat wajib taat pemerintah yang taat perintah Allah
Pembaharuan Dalam Pentadbiran Negara
Majlis Syura
 ahli syura dikenal sebagai ahli ‘Al-Hallu Wal-Aqdu” yang bermaksud pandai menghurai dan membuat keputusan
 fungsi Majlis Syura pada zaman Rasulullah s.a.w. amat terhad kerana keputusan yang dibuat Rasulullah s.a.w. adalah daripada wahyu kecuali beberapa perkara yang memerlukan pandangan sahabat
 pada zaman khalifah Umar, satu Majlis Syura khas ditubuhkan yang bertanggungjawab menentukan pelantikan khalifah. Majlis ini terdiri daripada sahabat Rasulullah s.a.w.
Pentadbiran Wilayah
 Umar telah mewujudkan jawatan gabenor bagi setiap wilayah Islam yang baru dibuka
 gabenor bertanggungjawab memerintah dengan adil
 jawatan baru diperkenalkan bagi memantapkan pentadbiran negara seperti ketua setiausaha, pegawai polis, ketua hakim, dan pegawai cukai
     Polisi Pentadbiran Khulafa Ar-Rasyidin
Polisi Khalifah Abu Bakar
 memerangi golongan murtad iaitu golongan yang terpengaruh dengan nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat
 menggerakkan tentera Usamah bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghassan yang membunuh utusan Rasulullah s.a.w.
 melantik khalifah selepasnya bagi memelihara perpaduan supaya tidak timbul perselisihan untuk melantik khalifah selepas beliau meninggal dunia
Polisi Khalifah Umar
 beliau menyusun semula pentadbiran tanah yang dikuasai oleh tentera Islam
 tidak membenarkan sahabat keluar atau meninggalkan kota Madinah kecuali mendapat keizinan khalifah
Polisi Khalifah Usman
 memberi peluang terbuka kepada sesiapa yang ingin berjihad demi menyebarkan agama dan memperluas pengaruh Islam
 para sahabat tidak dilarang meninggalkan kota Madinah
 melonggarkan syarat penggunaan harta Baitulmal
 menetapkan al-Quran dibaca menggunakan lahjah Quraisy
 melantik gabenor dalam kalangan Bani Umaiyah tapi masih mengira kelayakan dan kepimpinan
Polisi Khalifah Ali
 menukarkan pegawai yang berketurunan Umaiyah yang dilantik pada zaman khalifah Usman
 meneruskan Majlis Syura walaupun mendapat tentangan daripada golongan Khawarij
Sumbangan Dan Jasa Khulafa Ar-Rasyidin
Share:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini