Wednesday, 19 October 2011

Bab 5: Kerajaan Islam Di Madinah

Piagam Madinah/Sahifah Madinah.
Latar belakang piagam Madinah.
1. Piagam ini dirangka oleh nabi berpandukan wahyu daripada Allah.
2. Ia mencatatkan tanggungjawab ketua negara dan rakyat.
3. Ia juga hasil persetujuan orang Islam dan bukan Islam.
4. 23 fasal tentang orang Islam dan tanggungjawabnya.
5. 24 fasal tentang tanggungjawab orang bukan Islam termasuk Yahudi terhadap negara Madinah.
6. Perlembagaan ini ialah perlembagaan bertulis pertama digubal di dunia.

Apakah kandungan Piagam Madinah.
1. Politik – nabi ialah pemimpin semua penduduk Madinah, nabi juga ketua hakim berlandaskan musyawarah dan adil.
2. Agama – bebas memilih dan mengamal agama tanpa gangguan penganut lain, dan tiada paksaan memeluk Islam.
3. Sosial – masyarakat Madinah dianggap ummah, bersatu padu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa.
4. Undang – undang Islam – dilaksanakan secara menyeluruh tetapi peraturan keluarga yang sesuai dengan Islam boleh diamalkan. Hukuman dikenakan adalah adil.
5. Ekonomi – riba dan penindasan dilarang, tiada diskriminasi.
6. Pertahanan – semua penduduk diwajibkan memepertahankan Madinah dari ancaman musuh.
7. Kedudukan orang Yahudi mempunyai hak yang sama, hak kebebasan, hak keselamatan, selagi mematuhi Piagam Madinah.

Apakah kepentingan Piagam Madinah.
1. Model pemerintahan berasaskan Islam – agama Islam boleh dilaksanakan dalam negara berbilang agama dan bangsa.
2. Kandungannya merangkumi peraturan dunia dan akhirat.
3. Dari segi ekonomi amalan riba, menipu tidak dibenarkan, sebaliknya sedekah, keadilan ekonomi digalakkan.
4. Nabi berjaya membentuk masyarakat berasaskan ummah, nilai yang ditanamkan ialah ukhuwah Islamiah.
5. Konsep keadilan sosial – Islam menekankan persamaan dan persaudaraan, tiada perbezaan taraf dalam masyarakat.
6. Nabi mempraktikkan amalan positif seperti perpaduan, rela berkorban, Bantu – membantu.
7. Syariah Islam yang adil sesuai diikutioleh semua masyarakat.
8. Nabi menyusun perlembagaan dahulu sebelum membentuk kerajaan.
9. Pemerintahan Islam meletakkan Allah kuasa tertinggi.
10. Orang Yahudi tidak boleh menindas kaum Arab.
11. Semua bangsa mesti mematuhi peraturan.
12. Semua penduduk harus mempertahankan negara Islam.

Apakah strategi negara Islam Madinah dalam menyebarkan Islam.
1. Quraisy Makkah mencari sokongan orang Arab dan Yahudi di Tanah Arab bagi menentang Islam di Madinah.
2. Strategi baginda pula dengan menyebarkan Islam secara meluas seperti di Rom, Parsi, Mesir.
3. Nabi menghantar perutusan ke sana untuk memeluk Islam.
4. Nabi menggunakan kaedah diplomasi dengan mewujudkan persefahaman antara negara disamping menyebarkan Islam.
5. Serangan Quraisy kepada kabilah Islam akhirnya membawa perang, tetapi perang dalam Islam untuk maruah diri, agama dan negara. Perang hanya dilakukan selepas turunnya wahyu Allah menbenarkannya.

Konsep perang dalam Islam.
1. Antara siri perang Islam di Madinah seperti Perang Badar, Uhud, Khandak dan Tabuk.
2. Allah memberi izin perang setelah diserang Quraisy.
3. Prinsip perang dalam Islam ialah berperang apabila diserang musuh, mencari keamanan agar tempat ibadat terjaga, menentang kezaliman dan mempertahankan diri.
4. Sekira musuh Islam inginkan pendamaian, maka umat Islam perlu memilih pendamaian.
5. Perang antara orang Islam dengan Quraisy Makkah tidak memaksa musuh memeluk Islam, penerimaan agama Islam adalah secara suka rela.
6. Dalam Perang Badar, walaupun Islam menang, tawanan wanita dan kanak – kanak dibebaskan, tawanan lelaki dibebeaskan jika berjaya mengajar 10 orang kanak – kanak Islam sehingga pandai.
7. Tentera Islam yang berperang dilarang membunuh sesuka hati termasuk memusnahkan tumbuhan.
8. Kesannya lebih ramai memeluk Islam selepas Perang Badar.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini