Wednesday, 19 October 2011

Bab 6: Pembentukkan Kerajaan Islam dan Sumbangannya

Kerajaan Bani Umaiyah
Latar belakang kemunculan kerajaan Bani Umaiyah.
1. Nama kerajaan ini diambil sempena nama keturunan Bani Umaiyah iaitu Umaiyah b. Abdu Shams (peniaga terkenal).
2. Diasaskan oleh Muawiyah b. Abu Sufyan, selepas peristiwa penyerahan kuasa daripada Saidina Hassan b. Ali untuk menggelakkan perpecahan umat Islam.
3. Tahap 1- pemerintahan berpusat di Damsyik. Menggunakan geralan khalifah, diasakan oleh Khalifah Muawiyah.
4. Tahap 2 – berpusat di Codova menggunakan gelaran amir diasaskan oleh Abdul Rahman al – Dakhil.

Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah – bidang politik.

  • Sistem khalifah – ketua pemerintah pengganti Nabi Muhammad s.a.w.
  • Sistem wazarah – pelantikan wazir yang mengetuai pentadbiran kerajaan pusat.
  • Sistem Gabenor – mengetuai pentadbiran wilayah.
  • Sistem urus setia – pegawai utama dilantik mengumpulkan rekod, mengurus, mengurus surat dan dibahagikan pula kepada beberapa bahagian seperti bahagian cukai, ketenteraan, polis dan kehakiman.
  • Sistem hijabah – menjaga keselamatan dan memeriksa orang yang ingin menemui Khalifah.
  • Penubuhan 4 jabatan – jabatan cukai, surat menyurat, urusan am dan urusan cap mohor pemerintah.
  • Penubuhan Diwanul Jundi (jabatan Ketenteraan).
  • Penubuhan angkatan tentera darat dan tentera laut.
  • Bidang perundangan – hukuman berdasarkan ijtihad berpandu al-Quran, sunnah atau ijmak. Hakim mestilah bebas dan adil

Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah – bidang sosial.

  • Ilmu pengetahuan – Kota Basrah menjadi pusat pengajaran dan penyebaran ilmu.
  • Lahir ilmuan seperti Khalili ibn Ahmad ( bahasa dan filologi Arab ), Sibawayhi (nahu Arab), Jarir (sasterawan).
  • Bahasa Arab dijadikan bahasa rasmi negara.
  • Tanda bunyi atau baris dalam tulisan al – Quran diperkenalkan untuk memudahkan umat Islam bukan Arab.
  • Ilmu agama – Ibn Zihat al – Zuhri (hadis), Ibn Jarith (tafsir al- Quran), Hasan al- Bakri (usuluddin).
  • Hospital pertama- dibina oleh Khalifah al – Walid Abdul Malik di Damsyik.
  • Hospital penyakit kusta – dibina oleh Khalifah Umar Abdul Aziz.
  • Terjemahan pelbagai ilmu ke bahasa Arab – Ibn al – Nafis menterjemahkan buku berkaitan pembedahan.
  • Perkembangan ilmu moden lain – kimia, astronomi.

Sumbangan kerajaan Bani Umaiyah ke – 2 di Andalusia.
  • Pusat pengajiaan tinggi di Carova – diasaskan oleh Abdul Rahman III, kemudian berkembang ke Eropah.
  • Perpustakaan Cardova diasaskan oleh al – Hakam II.
  • Bandar ilmu yang lain – Seville, Toledo, Granada.
  • Pusat penjermahan karya Yunani ke dalam bahasa Arab terdapat di Toledo.
  • Cardova juga menjadi jambatan ilmu antara dunia Islam dan Eropah.
  • Seni bina Islam – masjid Cardova lengkap dengan menara, kubah, dan tiang daripada marmar.
  • Penubuhan baitulmal – mendapat sumber pendapatan daripad kharaj (cukai tanah), jizyah ( cukai perlindungan), usyur ( hasil pertanian), ghanimah (harta rampasan perang) dan zakat ( wajib bagi umat Islam).
  • Cordova menjadi pusat ekonomi dan perdagangn antarabangsa contohnya perusahaan orang Islam seperti tembikar, perhiasan emas/perak, kulit, membuat senjata.
  • Pertanian – sistem saliran dan penyelidikan benih tanaman.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini