Thursday, 20 October 2011

Bab 7 : Nasihat Luqman Al-Hakim

Intisari Ayat
Luqman menasihati anaknya supaya bersyukur kepada Allah, tidak mensyirikkan
Allah, berbakti kepada kedua ibu bapa, mendirikan solat, melakukan kebaikan
dan meninggalkan kejahatan, tidak bersikap sombong dan bersopan ketika
berjln. Segala amalan baik dan jahat akan dibalas di akhirat kelak
Huraian Ayat
• Luqman ialah hamba Allah yang solah lagi bertaqwa
• beliau dianugerahkan pengetahuan, kebijaksanaan, kefahaman agama yang
mendalam, kemuliaan dan kedudukan yang tinggi
• beliau digelar Al-Hakim kerana kata-kata hikmat beliau. Kisahnya menjadi
pengajaran dan teladan kepada manusia
• nasihat Luqman kepada anaknya
    jgn meakukan syirik
    berbuat baik kepada kedua ibu bapa
    bersabar terhadap bala bencana
    jgn bersombong
    melakukan kebaikan dan cegah kemungkaran
    menunaikan solat
Tidak Melakukan Syirik
• syirik ialah menyekutukan Allah atau menyamakan Allah dengan yang lain
sama ada dari segi zat, sifat atau perbuatan-Nya
• syirik termasuk dosa besar. Orang yang syirik terbatal iman, ibadat tidak
diterima dan mendapat balasan neraka
• bahagian syirik
    syirik jali: syirik terang-terangan seperti sembah berhala, sembah
       pokok dan puja kubur
    syirik khafi: syirik tersembunyi (tidak nampak) seperti percaya kepada
       azimat, tangkal, riak dan takbur
Berbuat Baik Kepada Ibu Bapa
• sebab anak perlu berbakti kepada ibu bapa
    ibu bersusah payah mengandungkan anaknya
    ibu bapa menjaga anaknya hingga dewasa dengan penuh kasih sayang
    bapa cari nafkah untuk anak
    sanggup bersusah payah demi kebaikan anak
• contoh beradab dengan ibu bapa
    merendahkan suara ketika bercakap dengan mereka
    dengar nasihat mereka
    mematuhi perintah mereka yang tidak bertentangan dengan ajaran
       Islam
    sentiasa menggembirakan mereka
• orang yang buat baik kepada ibu bapa akan dapat balasan baik di dunia dan di
akhirat manakala orang derhaka akan dapat azab di akhirat
Menunaikan Kebaikan
• setiap mukmin bertanggungjawab menyeru orang lain kepada kebaikan dan
meninggalkan kemungkaran
• bersyukur dan berterima kasih adalah amalan mulia dan kita hendaklah
berterima kasih kepada Allah dan manusia
Tegahan Bersifat Sombong
• Islam perintahkan kita tegur sapa dan tunjuk wajah manis serta lihat muka
ketika berbicara dengan orang lain
• kita erlu berbicara dengan lembut dan berhemah agar pendengar memahami
jelas dan menerima dengan hati terbuka
Sabar Menghadapi Bencana
• kepentingan sabar
    memperoleh kejayan kerana tidak berputus asa
    reda hadapi dugaan dan ujian Allah
    melakukan pekerjaan dengan cermat dan bersungguh-sungguh
    tidak mudah dihasut syaitan
Pengajaran Ayat
• Allah jadikan kisah Luqman sebagai panduan hidup bagi seluruh umat
manusia
• Islam memberi penghormatan tinggi kepada kedua ibu bapa
• umat Islam hendaklah beradab sopan dan berbudi bahasa dalam pergaulan
Share:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini