BAB 9 : PERKEMBANGAN DI EROPAH

Views
Revolusi Perindustrian.
Sumbangan Revolusi Pertanian kepada Revolusi Perindustrian.
1. Revolusi Pertanian telah menyediakan modal dalam Revolusi Perindustrian.
2. Makanan pula mencukupi untuk menampung permintaan pekerja kilang.
3. Britain tidak bergantung kepada import makanan luar, maka dana import dapat digunakan untuk pelaburan industri.

Rekaan sains dan teknologi Revolusi Perindustrian.
1. James Watt – membaikienjin rekaan Thomas Newcomen.
2. James Watt & Boulton – mengeluarkan enjin berkuasa wap.
3. R.Arkwright – mencipta alat pemintal benang menggunakan enjin berkuasa wap.
4. J. Hargreaves – mencipta mesin pemintal benang.
5. Produk sebelum Revolusi Perindustrian secara kecil – kecilan menggunakan tenaga manusia kemudian produk bertambah ketika Revolusi Industri kerana adanya rekaan sains.

Pengkhususan pengeluaran Revolusi Perindustrian.
1. Pengkhususan dibuat kerana pemodal ingin mengawal kos.
2. Majikan dan pekerja kian mahir dalam bidang yang dipilih.
3. Kesannya kuantiti dan kualiti barang meningkat sehingga boleh dipasarkan ke luar Britain.

Penggunaan teknologi ketika Revolusi Perindustrian.
1. Sebelum pengenalan enjin berkuasa wap – tenaga manusia, binatang dan air digunakan.
2. Pengenalan mesin berkuasa wap menghasilkan barangan yang banyak dan murah serta mudah ke pasaran luar.
3. Kemasukan ke pasaran antarabangsa akan menguntungkan usahawan, keuntungan ini akan digunakan untuk mempertingkatkan lagi pengeluaran dan perdagangan.
4. Penghasilan tenaga wap melalui proses pembakaran arang batu, Britain amat beruntung kerana mempunyai arang batu yang banyak.
5. Newcomen telah mencipta mesin berkuasa wap yang memudahkan perlombongan arang batu.
6. Kuasa wap daripada arang batu juga digunakan dalam sistem pengangkutan seperti kereta api dan kapal laut.
Kesan Revolusi Pertanian dan Revolusi Perindustrian.
Pertanian sebagai punca ekonomi.
1. Wujud pertanian komensial – gandum, rye, jagung.
2. Peladang menjadi pedagang antarabangsa dengan mengeksport hasil lebihan ke luar negara.
3. Revolusi pertanian menyediakan makanan kepada buruh kilang industri.
4. Kemajuan perindustrian menyebabkan petani menjadi buruh kilang dan pengusaha kilang menjadi tokoh ekonomi menggantikan pengusaha ladang.

Peningkatan perdagangan antarabangsa.
1. Britain amat mudah memperdagangkan lebihan hasil pertanian dan industrinya kerana mereka penjajah.
2. Britain juga memerlukan bahan mentah untuk mengembangkan perindustriannya daripada tanah jajahan seperti getah, bijih timah.
3. Britain turut mengembangkan kapal laut untuk berdagang.
4. Britain juga mengeksport modal ke seberang laut.

Kenjuan pengangkutan.
1. Pada mulanya Britain menggunakan kereta kuda dan baj.
2. Kemudian jalan raya dibina dan kereta api dipekenalkan.
3. Pada mulanya rel kereta api diperbuat daripada kayu kemudian daripada besi dan keluli.
4. Pengangkutan laut pula melibatkan pengenalan kapal laut berkuasa wap.

Kemunculan golongan buruh dan majikan.
1. Ekonomi skala besar menyebabkan munculnya golongan buruh ladang dan kilang.
2. Penggunaan mesin memerlukan kilang seperti kilang tekstil.
3. Peringkat awal Revolusi Pertanian dan Perindustrian para buruh tidak dilayan dengan baik.
4. Kemahiran mereka juga tidak diperlukan selepas penciptaan mesin baru seperti ciptaan mesin membuat stokin, pakaian, yang menyebabkan penenun dan tukang jahit tradisional tidak diperlukan.
5. Pekerja mahir ( penenun dan tukang jahit ) memprotes dan memusnahkan mesin – mesin, contohnya Pergerakan Luddite.
6. Akta Antipenggabungan diperkenalkan untuk melarang pekerja bergabung bagi mendapatkan gaji dan layanan baik daripada majikan.
7. Larangan ini menyukarkan pekerja kerana tidak semua majikan bertimbang rasa kepada pekerja.
8. Kanak – kanak bawah usia 10 tahun pada masa ini dieksploitasi bekerja sebagai pelombong arang batu dan di kilang tekstil. Masa bekerja mereka pula lebih 10 jam sehari.
9. Pada masa ini amalan ekonomi bebas amat berpengaruh, bagi mereka gaji pekerja ditentukan oleh pasaran dan campur tangan kerajaan perlu dihindarkan.
10. Tetapi kemudiannya akta antipenggabungan telah dimansuhkan dan kesatuan sekerja ditubuhkan.
11. Akta baru diluluskan untuk membela nasib pekerja.

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini