Thursday, 20 October 2011

Bab 9 : Perpaduan Teras Kemajuan

Intisari Hadis
• umat Islam dilarang bersikap yang membawa kepada perpecahan seperti hasad
dengki, menipu, benci-membenci, berpaling muka dan berjual beli atas jualan
orang lain
Huraian Hadis
• Antara Sikap Mazmumah
    dengki (Al-Hasad)
    menipu (An-Najasyu)
    benci-membenci (Al-Ghadab)
    berpaling muka
    jual beli atas jualan orang lain
• Sebab Larangan Dalam Hadis
    bagi mewujudkan suasana muhibah, kasih syang dan harmoni dalam
masyarakat
    untuk semai ikatan persaudaraan yang kuat dan kukuh dalam umat Islam
    bagi menghalang perpecahan dalam masyarakat
Dengki
• dengki ialah perasaan kurang senang atau gelisah melihat kelebihan yang ada
pada orang lain dan berharap kelebihan itu hilang padanya
• Keburukan Dengki
    menghilangkan amal kebajikan yang dilakukan
    menimbulkan pergaduhan
    menyebabkan jiwa dan perasaan seseorang tidak tenteram
Menipu
• perbuatan sama ada melalui tutur kata aatu tingkah laku berkaitan dengan
muamalat yang dijalankan secara tidak jujur seperti pembeli menawarkan harga
yang tinggi pada sesuatu barang sedangkan dia tidak mahu beli
• perbuatan menipu bertujuan menyusahkan orang lain
Benci-Membenci Dan Berpaling Muka
• perasaan marah atau tidak menyenangi orang lain
• lahir dari sikap sombong dan angkuh
• orang yang bersifat ini sering gelisah, tidak tenteram dan marah kepada orang
lain
Jual Beli Di Atas Jualan Orang Lain
• membatalkan jualan atau pembelian orang lain untuk kepentingan diri
• perbuatan ini menyebabkan timbul perasaan marah di kalangan penjal dan
pembeli yang terlibat
• Jual Beli Atas Jualan Orang Lain Dalam Beberapa Situasi
    penjual menawarkan kepada pembeli harga yang lebih murah atau barang
       yang lebih baik sedangkan pembeli sedang berurusan dengan penjual
       yang lain
    pembeli menawarkan harga yang lebih tinggi kepada penjual sedangkan
       ketika itu penjual sedang berurusan dengan pembeli lain
 Perpaduan Teras Kejayaan
• Langkah2 Memupuk Ke Arah Perpaduan
    memupuk kasih sayang antara anggota masyarakat
    amal sikap tolong-menolong dan saling bekerjasama
    memelihara hak orang lain dengan menghormati maruah dan budaya
       mereka
    saling ziarah-menziarahi
• Ciri-Ciri Perpaduan Dalam Islam
    berteras keimanan kepada Allah
    pengamalan akhlak yang mulia
    bertujuan ke arah kebaikan bersama
Pengajaran Hadis
• semua umat Islam adalah bersaudara
• perpaduan sangat penting untuk kemajuan dan kestabilan negara
• kita hendaklah menjauhi perasaan hasad kerana hal ini boleh memecah-belah
umat Islam
Share:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini