Views
BAB3 : TAMADUN AWAL ASIA TENGGARA.
Petempatan Awal Asia Tenggara.
Pembahagian kerajaan awal Asia Tenggara.
1. Terbahagi dua iaitu kerajaan di Tanah Besar Asia Tenggara dan Kepulauan Asia Tenggara.
2. Kerajaan di Tanah Besar Asis Tenggara seperti kerajaan Funan, Angkor, Ayuthia.
3. Kerajaan di Kepulauan Asia Tenggara seperti kerajaan Kedah Tua, Langkasuka (di Tanah Melayu) dan Srivijaya.Majapahit (di Kepulauan Indonesia).

Bilakah munculnya petempatan dan kerajaan awal.
1. Sumber bertulis dan artifak arkeologi digunakan untuk menentukan jangka masa kemunculan sesuatu kerajaan.
2. Kerajaan terawal adalah Funan (dikatakan abad ke-2 M), buktinya jumpaan langgam seni arca di sini dipengaruhi langgam seni arca Amravati India.
3. Hubungan awal dengan China berbentuk diplomatik.
4. Hubungan awal dengan India berbentuk kebudayaan.
5. Hubungan perdagangan antarabangsa berlaku sejak zaman logam buktinya jumpaan gendang gangsa di Dongson (Vietnam), Batu Buruk (Terangganu), Sg.Klang (Selangor).
6. Hubungan perdagangan dengan Rom juga berlaku buktinya jumpaan manik di Kota Tinggi dan Muar (Johor).
7. Bijih Timah telah diproses menjadi gendang gangsa di Dongson dan menjadi pelabuhan pembekal.
8. Kebanyakan petempatan awal ini belum boleh ditakrif sebagai kerajaan kerana masih belum menpunyai raja.
9. Walau bagaimanapun perdagangan maritim berkembang seiring dengan kemahiran membuat kapal layar dan perahu.
10. Jumpaan manik dan tembikar membuktikan perdagangan maritime berlaku sejak abad ke –5 SM tetapi kerajaan awal Asia Tenggara hanya muncul pada abad ke –2 M.
Ekonomi kerajaan awal Asia Tenggara
Bentuk – bentuk kerajaan awal Asia Tenggara.
1. Kerajaan Agraria – berasaskan pertanian, penternakan, memungut hasil hutan dan laut.
2. Kerajaan agraria ini muncul di tanah subur seperti kerajaan Dvaravati di Sg Irrawady (Myanmar), Kerajaan di lereng bukit dan tanah gunung berapi – kerajaan Taruma (Indonesia).
3. Kerajaan maritim – berasaskan perdagangan, kelautan dan perlabuhan. Ia terletak di pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan seperti Srivijaya di Sg Musi (Sumatera), Kedah Tua di Sg Mudadan Merbok (Kedah), Tiumah di Pulau Tioman (Pahang).
4. Terdapat juga kerajaan agraria yang berkembang menjadi kerajaan maritim contohnya Funan.

Kegiatan ekonomi kerajaan agraria.
1. Padi sawah di lembah sungai kerana bekalan air cukup.
2. Padi huma di tanah tinggi dan bukit dibuat teres dan relung kerana kurang air.
3. Tanaman sampingan seperti jagung, pisang, keledek.
4. Hasil hutan seperti kayu gaharu, damar, buah- buahan.
5. Hasil rempah seperti cengkih, lada hitam.
6. Sarang burung diambil dari gua untuk perdagangan.
7. Menangkap ikan di sawah, sungai, paya.
8. Kura – kura mendapatkan kulitnya.
9. Menternak seperti lembu, kerbau, kambing, ayam.
10. Bermula dengan sara diri, kemudian terdapat lebihan hasil dijual kepada penduduk Bandar atau kerajaan maritim.
11. Sistem pengairan amat penting dalam pertanian contoh Tasik Tonle Sap dan Sg Mekong di Angkor.

Kegiatan pertanian kerajaan agraria Angkor.
1. Raja Angkor (Indravarman 1) membina dan mengurus pengairan dan baray, kesannya hasil padi menampung keperluan makanan penduduk Angkor.
2. Bekalan air diterima dari Sg Mekong yang mengalir ke Tasik Tonle Sap dan menyuburkan tanah.
3. Tasik ini turut mengairi sawah padi.
4. Tasik Tonle Sap juga membekalkan ikan air tawar.
5. Tasik ini amat penting untuk bekalan air minuman.

Kegiatan ekonomi kerajaan maritim.
1. Kerajaan ini terletak di pesisir pantai dan kepulauan.
2. Peringkat awal – menangkap ikan, memungut hasil laut.
3. Kemudian menjadi perkampungan nelayan.
4. Ada yang berkembang menjadi pengeluar emas, bijih timah.
5. Hasil lebihan telah didagangkan – maka petempatan ini menjadi tempat dagang dan pelabuhan pembekal seperti Klang ( Selangor ), Kuala Selinsing ( Perak ).
6. Pelabuhan ini disinggahi pedagang untuk mendapatkan barangan – emas, timah, rotan, damar, hasil laut.
7. Pelabuhan pembekal maju menjadi pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua, Langkasuka, Srivijaya.
8. Mulanya pelabuhan ini berdagang di kawasan berhampiran kemudian berkembang, contohnya Langkasuka dan Champa akhirnya berdagang dengan Vietnam, China Selatan, hingga ke India dan barat.
9. Pelabuhan entrepot muncul kerana kedudukannya yang strategik contohnya Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda serta menjadi laluan perdagangan atara China dan India. Ini juga mendorong kedatangan pedagang ke dua – dua negara ke situ.
10. Bekalan pelabuhan entrepot seperti emas, timah, hasil hutan, dan hasil dari kerajaan lain di sekitarnya.
11. Emas menjadi tumpuan sehingga Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera dikenali Semenanjung Emas dan Bumi Emas – orang Yunani dan India telah mengetahui tentang kekayaan emas di sini sejak awal abad masihi lagi.
12. Penduduk maritim yang terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan orang dagang luar ini menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca.
13. Orang Melayu terkenal sebagai pelaut, pedagang, peneroka dan mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan kemudahan seperti di Champa dan Srivijaya.
14. Mereka mampu belayar kerana berkemahiran membuat perahu (jarak dekat ) dan kapal layar (jarak jauh).
15. Mereka juga tahu menggunakan kaedah bintang di langit.

Ciri – ciri kerajaan maritim Srivijaya.
1. Terletak di Sg. Musi dan Batang Hari.
2. Memiliki tentera yang besar, terdiri daripada pelbagai golongan rakyat termasuk orang laut. Mereka mengawal keselamatan dan perdagangan di Selat Melaka.
3. Kapal dagang dalam perjalanan antara China dan India singgah di sini kerana kedudukan pelabuhannya strategik di Selat Melaka.
4. Bekalan barang dagang dibekalkan dari kawasan pemerintahannya dan jajahan takluknya.
5. Menurut I Tsing Sivijaya mampu menghasilkan kapal besar.

Ciri – ciri kerajaan Kedah Tua/Chieh-cha/Kataha.
1. Terletak di Sg. Mas (pada abad ke-5 hingga 11 – menganut agama Buddha ) dan di lembah Sg. Bujang (abad ke –11 hingga 13 – menganut agama Hindu).
2. Buktinya ialah jumpaan candi berunsur Hindu/Buddha dan arca Hindu/Buddha.
3. Merupakan pelabuhan enterpot yang banyak dipengaruhi Srivijaya, buktinya jumpaan tembikar China zaman Dinasti Tang, Song dan Yuan, pelita tembaga dan tembikar dari Timur Tengah, manik dari India, Sri Lanka dan Myanmar.
4. Gunung Jerai menjadi panduan kapal dagang ke sini.
5. Kedudukan strategik di laluan Selat Melaka dan terlindung dari angin monsun memajukan pelabuhannya.
6. Pelabuhannya mempunyai tempat menyimpan barang dagang seperti damar, rotan, timah.
7. Barang dagang juga dibawa dari luar seperti sutera, teh, kaca, manik, tembikar.

Konsep saling bergantung dan melengkapi antara kerajaan agraria dan maritim.
1. Penduduk agraria yang ramai penduduk (seperti Sailendra) menghasilkan beras banyak untuk dibekalkan kepada kerajaan maritim, sebaliknya kerajaan agraria memerlukan kerajaan maritim untuk mendapatkan barang mewah China/India seperti tembikar, tekstil, gelas dan manik.
2. Kerajaan agraria membekalkan makanan dan hasil hutan sebagai barang pertukaran.
3. Kerajaan maritim membina kapal dengan mendapatkan kayu yang baik daripada tukang kayu agraria (seperti kayu kerajaan Pegu).
4. Gajah yang menjadi kenderaan raja maritim juga didapati daripada kerajaan agraria di Siam.

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini