Wednesday, 19 October 2011

Bab 1: Kemunculan Zaman Tamadun

Tamadun Indus .
Lokasi
1. Tamadun terawal di India terletak di Sg. Lembah Indus (barat laut India).
2. Sungai ini berpunca dari pergunungan Himalaya mengalir menuju ke laut Arab .
3. Tamadun ini juga di kenali sebagai tamadun Harappa .
4. Ia di kelilingi Bandaran Makran , Pergunungan Baluchisan , Punjab dan Rajasthan ( timur ), serta Kathiawar dan Gujerat ( tengara ) .

Bilakah tamadun Indus berlaku .
1. Muncul 2500 S.M. dan merosot 1800 S.M.
2. Kemorosotannya disebabkan serangan orang Aryan , banjir , kemarau dan gempa bumi .

Proses pembentukan tamadun Indus .
1. Bermula di barat laut India yang didiami oleh orang nomad yang memburu dan mengumpul makanan.
2. Kemudian wajud petempatan kekal kerana sumber air dan tanah yang subur di Lembah Indus.
3. Seterusnya hasil pertanian dan penduduk bertambah menyebabkan perkembangan Bandar seperti Mohenjo –Daro dan Harappa, serta pelabuhan Lothal dan Sutkagen Dor.

Ciri –ciri tamadun Indus .
1. Bandar terancang :
Terbahagi kepada dua bahagian iaitu:
Bahagian utama – mempunyai pusat pentadbiran dan keagamaan, bangunan pentadbiran, tempat mandi awam, dan tempat menyimbah kawasan pertanian .
Bahagian kedua – kawasan perumahan.

  • Kemajuan Bandar ini dibantu oleh kemajuan ilmu geometri dan pembinaan. Ia juga hasil sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba.
  • Bandar di sini berasaskan blok –blok segi empat yang dipisahkan antara blok oleh jalan raya lurus yang bersambung antara satu sama lain
  • Bandar ini lengkap dengan sistem kumbahan.
  • Bandar ini dihubungkan dengan sungai sebagai jalan perhubungan.

2. Organisasi sosial :
Terbahagi dua golongan, atasan dan bawahan.

  • Golongan atasan ialah pendeta, pedagang.
  • Pendeta berkuasa berkaitan hal keagamaan menyebabkan golongan bawahan taat kepadanya.
  • Pendeta dianggap pemerintah kerana tiada bukti wujudnya raja di sini.
  • Golongan bawahan ialah petani dan buruh.
  • Petani menyerahkan sebahagian hasil kepada pihak berkuasa.
  • Buruh menjalankan kerja buruh seperti menjaga kebersihan Bandar, membina tembok dan terusan.

3. Pengkhususan pekerjaan :

  • Kegiatan ekonomi mereka ialah perdagangan, pertanian,pertukangan , dan pembuatan .
  • Perdangangan luar sehingga ke Mesopotamia, buktinya cap mohor masyarakat Indus ada di Mesopotamia.
  • Hasil dagang seperti emas, gading, manik dan pertanian.
  • Petani menanam barli dan kacang.
  • Artisan menghasilkan barang logam dan tembikar.

4. Amalan agama :

  • Patung proto – Siva (seseorang yang duduk bersila dan ada tiga tanduk di kepala) melambangkan dewa Brahma, Siva dan Vishnu. Patung ini berkaitan dengan agama Hindu.
  • Mereka juga percaya Tuhan ibu sebagaimana masyarakat Mesopotamia, Syria, Palestin.

5. Sistem tulisan :
Sistem tulisan mereka berbentuk piktograf tetapi ia masih misteri dan belum dapat ditafsirkan.

Sumbangan Tamadun Indus 
1. Perancangan Bandar :
  • Kepakaran mereka ialah menentukan letakan bandar.
  • Merancang Bandar memerlukan kemahiran ilmu geometri, kesenian, matematik dan pembinaan.
  • Mereka mempunyai bahan binaan bermutu, di mana batu – bata daripada tanah liat dibakar pada suhu tinggi.

2. Sifat keterbukaan :
  • Sikap terbuka menyebabkan mereka berhubung dengan masyarakat Mesopotamia dan Mesir Purba.
  • Hubungan ini membawa kepada pertukaran teknologi yang disesuaikan dengan keadaan tempatan.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini