Tips keselamatan Blog : buat dan jangan buat

Views
Hello guys ! TwT miraa tak pegi scola harini sebab demam tetibe . haiyerr inguss miraa banyak ni . nak ? haha pengotor betul . bebaru ni miraa ad beli buku A-Z about blogging and miraa rse nak share jugak kat korang ^///^ jom tengok !

Buat 
         Tulis tentang perkara yang anda minat seperti hobi, masakan, resepi dan anak-anak serta percutian dan sebagainya.

         Masukkan gambar-gambar berkaitan dengan kandungan pos anda. Barulah da ‘kick’ dan tidak bosan orang membacanya.

         Pelajari cara memasukkan klip video untuk memberi kelainan kepada Blog anda.

         Dapatkan komen daripada rakan mengenai Blog anda. Ini membantu Blog anda lebih menarik.

         Tulis tentang sesuatu yang dapat dimanfaatkan oleh semua orang. Ini sekali gus membantu meningkatkan ‘rating’ Blog anda.

         Luahkan isi hati di Blog anda. Siapa tahu anda boleh berkenalan dengan kawan baru.

         Jual kebolehan diri sendiri di Internet untuk menambah portfolio atau mencari peluang kerja tambahan.

Jangan buat
         Jangan tulis terlalu mendalam tentang maklumat peribadi seperti sekolah anak, nama dan pekerjaan suami, alamat rumah, nombor-nombor peribadi seperti nombor akaun, telefon dan lain-lain lagi.

         Jangan sesekali masukkan gambar yang boleh mendorong individu lain untuk mengancam, memalukan atau membahayakan anda seperti gambar yang mendedahkan tubuh, gambar lengkap berseorangan dan gambar yang dilarang.

         Jangan masukkan video yang tidak dibenarkan atau video yang berunsur lucah dan rakaman klip video anda sendiri yang mungkin berisiko disalahertikan sesetengah individu.

         Jangan tulis tentang perkara-perkara yang boleh membawa kepada risiko disaman, berbaur perkauman dan penghinaan terhadap individu mahupun organisasi.

         Jangan masukkan resume atau maklumat lengkap anda seperti nombor telefon dan pengenalan diri. Sebaliknya biar individu dan syarikat yang berminat dengan bakat anda meninggalkan nombor kontrak di bahagian komen Blog untuk anda hubungi semula.

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

1 comment:

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini