Resepi Jus Peria ( Hey tak pahit lah )

Views
اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ ♥



Hari ni miaa nak kongsi resepi Jus Peria . Hah mesti korang fikirkan tentang rasa pahit right ? Haha tapi syes takde rasa pahit lansung . Korang tahu Peria Katak kan ? Alaa tu hah peria yg terpahit lah tu . Miaa dah cuba trice dalam minggu ni dan perut miraa dah kempis sikit XD ! Another way to kurangkan berat badan laa katakan . Okay meh miaa ajar :p 

Bahan-bahan
1 biji epal hijau
1/3 lobak merah
3 biji limau nipis
¼ peria katak
1 sudu gula pasir
200ml air sejuk

Cara buat
1. Buang biji epal hijau tadi serta peria dan hiris menjadi kecil .
2. Potong lobak merah menjadi kiub agar mudah diblender .
3. Blender epal hijau , peria katak , lobak merah dan perah limau tersebut . Pastikan takde biji terikut tau :D
4. Masukkan air serta gula kemudian blender sampai menjadi jus .
5. Hidang ke dalam gelas . Kalau nak letak ais batu pun boleh .

Okey miaa tau korang mesti ragu-ragu nak minum kan ? Ap kata korang suh orang lain cuba dulu . Muekeke . Miaa stakat ni cuba sendiri sebab yg fes mom buatkan tak pahit pun . Tapi , hehe jus yg miaa buat jadi kaler oren sebab terlebih lobak . Tapi takpe laa sebab boleh tambahkan selera korang minum sebab dia warna oren XD semoga berjaya !

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

1 comment:

  1. ohh, menarik, sbb salu orang buat tambah madu ngan epal je. lobak merah pun boleh rupernye. skrang msty dah makin kempis kan. bestnyer :)

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini