Saturday, 16 February 2013

Empat ratus empat puluh hari . Apa perasaan korang? #AnswerPLEASE

Assalamualaikum sebagai pembuka entry . Hello dan hai cara saya menyapa . Dah lama tak berjiwang-jiwang . Minggu lepas diri saya diselubungi oleh kesedihan dan buat pertama kalinya saya ceritakan masalah saya ni kat kawan baik saya Najihah . Selama bertahun-tahun saya menjadi “kekasih” untuk buah hati saya En. Z , saya tak pernah ceritakan apa-apa kat sesiapa . Semua bermula awal cuti CNY tahun 2013 ni . Saya merasakan si dia … susah nak diungkap dengan kata-kata dan pemikiran . Hanya hati dan perasaan saya sahaja yg faham . Tiada siapa akan faham kerana iannya hati saya bukan hati orang lain .


Hari demi hari perasaan rindu menguasai diri . Setiap pagi saya bangun dan bercakap sendirian bersama panda saya . Saya ceritakan macam-macam kat panda iaitu patung saya dan akan gelak serta menangis di dalam satu masa yg sama . Awal CNY saya tidak begitu baik disebabkan oleh faktor kesihatan yg kurang baik . Saya cuba untuk bersuara dan buat dia faham yg saya sangat memerlukan dirinya . Pada malam hari , saya akan bercakap bersendirian dan menangis berjam-jam lamanya . Siapa peduli ? Siapa sedar ? Tak ada siapa – forever alone.

Beberapa hari yg lalu semuanya kembali seperti biasa . Dia call saya pada waktu pagi dan petang begitu juga dengan malam . Saya merasa sangat bahagia dan saya tersenyum sepanjang hari . Saya mula gembira dan mula sihat . Saya juga dapat makan dengan baik . Kegembiraan tu tak bertahan lama . 15Feb13 , yes it’s Friday . Saya faham dia akan mengerjakan solat jumaat di masjid pada setiap hari jumaat sama seperti lelaki  yg lain . Saya boleh bertahan sehingga pukul 4 petang tadi sahaja . Perasaan saya berubah . Hati saya tak senang . Senyuman yg dia ukirkan dibibir saya mulai hilang sedikit demi sedikit – saya sedih.

Seribu satu persoalan muncul di fikiran saya . dimana dia? Apa dia buat? Dia dengan siapa? Dia dah makan? Ada apa-apa berlaku kat dia? Semua tak terjawap. Saya … hmmm :’) hanya senyuman serta air mata yg saya boleh berikan . Tinggal lagi sehari waktu yg boleh kami kongsikan . Ahad dia akan pulang semula ke n9 . Sememangnya kami akan msg pada waktu dia free sahaja . Seminggu cuti CNY ini tak banyak masa saya bersama dia . Kami hanya bersama didalam telefon .

440 hari ialah jumlah hari saya tidak f2f dengan dia . 24 November 2010 lah tarikh terakhir kami berjumpa dan saya berada di Petaling Jaya … Kadang-kadang saya merasa cemburu dengan pasangan lain . Selang seminggu atau sebulan mereka akan keluar bersama-sama . Saya? Hari ini dah 16 February 2013 . Sudah lebih setahun kami tidak bersua muka . Rindu ? Apa sebenarnya yg dimaksudkan dengan rindu ? Hanya Allah yg tahu perasaan saya sebenar . Nak jumpa dia bukan senang .Duit dah cukup untuk beli flight ticket . Tapi macamana pula dengan keluarga saya ? Macamana pula dengan saya ? Umur masih lagi dikategori bawah umur . Keputusan SPM pun belum lagi keluar.

Sayang .. saya terlalu merindui diri awak . Saya harap awak akan setia bersama dengan saya . Saya harap awak sihat selalu dan tak sakit macam diri saya . Saya doakan  awak mudah untuk menjawap semua test/quiz/exam awak yg akan datang nanti dan nanti . Saya akan belajar bersungguh-sungguh bila saya ada rezeki masuk ke IPT/IPTA/Kolej yg saya minati tu . Saya janji akan tunggu awak . Saya sayangkan awak sangat-sangat . Saya harap awak akan baca :’)

Ngee ! :’D mengalir dah air mata ni … saya harap hubungan kita akan terus kekal dan kalau lah awak jodoh saya , saya sangat-sangat bersyukur :’) terima kasih sebab pilih saya jadi bakal isteri awak .. 
Share:

6 comments:

  1. sabar dik.. awak muda lag. jangan hanyutkan diri awak dengan cinta yang tak pasti.. mungkin bg miraa , dia satu-satunya yang memahami miraa, dapat bg miraa senyuman . miaa tahu tak, nanti di iptaada lagi banyk lelaki yang dah terjamin masa depan. akak bukan nak melemahkan kamu tapi akak xnak kamu mudah mengikut perasaan perjalanan kamu masih panjang. jangan terlalu melebihkan dia sangat. cuba jual mahal. kalau dia boleh buat endah tak endah, adik pun boleh. sibukkan diri adik engan buat perkara lain k. akak tahu adik sudah matang. dah besa kan/ boleh fikir yang mana keputusannya>> ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. :) terima kasih kak ... miraa masih boleh kawal lagi :'D miraa takde lah hanyut sangat hehe masih boleh berenang agi xD ehehe .

      Delete
    2. haluuu c comel :) sabar ya. hubungan jarak jauh mmg banyak dugaan.. sy pn mcm adik jg situasi yg sama , sy d sabah c dia jauh di pahang. tp, tu xjd masalah. yg penting saling memahami dan percaya..xsalahkn klu mira yg contact dulu tnya khabar ?.. mira masih muda lagi, jauh lagi perjalanan mira perlu lalui. yang penting,jgn lupa kejar cita-cita., Gud luck dear :)

      Delete
  2. Sabar kak, mohon pertolongan pada-Nya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ty ^_^ mmg sabar laa ni ... belom gile lagi hhe

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini