AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998

Views

AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998
Kesalahan Dan Penalti Tambahan Seksyen 233.

Penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian, dll.
1.       Seseorang yang ;
  •       Menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar ;

o   membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan
o   memulakan penghantaran apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu orang lain; atau
  •      Memulakan suatu komunikasi dengan menggunakan mana-mana perkhidmatan aplikasi, sama ada secara berterusan, berulang kali atau selainnya, dan dalam masa itu komunikasi mungkin atau tidak mungkin berlaku, dengan atau tanpa mendedahkan identitinya dan dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau mengganggu mana-mana orang di mana-mana nombor atau alamat elektronik,adalah melakukan suatu kesalahan .

2.       Seseorang yang secara sedar ;
  •    Menggunakan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi memberikan apa-apa komunikasi lucah bagi maksud komersial kepada mana-mana orang; atau
  •          Membenarkan suatu perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi di bawah kawalan orang itu untuk digunakan bagi suatu aktiviti yang diperihalkan dalam perenggan adalah melakukan suatu kesalahan.


3.       Seseorang yang melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen ini apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit (RM50000) atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan juga boleh didenda selanjutnya satu ribu ringgit bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Memanglah internet macam segala-galanya untuk orang . Tapi jangan lah pula sampai perkara yg disebutkan tu korang nak buat jugak . Bermacam kes dah dilaporkan terutamanya yg berkaitan dengan retis kan kan kan ? Kita pun ada hak untuk semua ni . Saya masih lagi mendiamkan diri untuk benda ni..

Sejujurnya , hati saya dah sakit dan saya rasa sangat-sangat terganggu . Tolong lah jangan buat begini . Saya tahu awak cemburu kan ? Apa yg nak dicemburukan ? Awak menyakitkan hati saya dengan tu awak dapat apa ? Saya yg untung tau ? Saya tak rugi apa pun . Awak bagi saya duit pulak bila buat begitu . Memang saya masih lagi mentah , tapi saya pun tahu mana yg baik dan buruk . Saya dah tutup komen untuk anon . Jadi , tunjuk je la muka awak yg sebenar tu . Tak payah nak tipu .

Domain dan Hosting oleh Hosting Rajawali - Social blogging in Malaysia Oneblogsocial

2 comments:

  1. Hantar je IP tu dekat polis, settle :)

    ReplyDelete
  2. situasi awk sama dgn saya. ikutkan hati nak report je.. :(

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini