Friday, 31 May 2013

Life ... Ummm .. Aaaa... Uuu -.-

Assalamualaikum dan selamat malam . Hehe ada some entry peserta bookmark tu yg cakap that miraa dah jarang update fasal life . Actually tak tahu apa yg nak di karang . Sebab bila dah ramai pageviewers ni *perasan* , tak semua kita boleh kongsi  . Terutamanya fasal family dan boyfriend . Hehek bila kita story fasal bf , dikhuatiri ada orang bengong akan goda bf kita == tahu lah kan skg ni pantang nampak orang bahagia . Disana lah ada orang akan kacau . "Sedangkan suami isteri pun boleh bercerai, inikan pula bfgf" well kau takde life ke nak cakap macam tu ? Kerrr memang kau jenis yg suka hancurkan hubungan orang ? Haha .

Miraa dengan buah hati miraa tu okay je skg . Dah masuk tiga tahun sebulan lebih dah pun . Siapa tak gembira kan ? Hehek . Tapi kami masih lagi berjauhan . Walaupun miraa sambung belajar , tapi tak cukup jauh lagi . Masih melekat kat pulau Borneo ni . Sarawak je . Hee . Dulu aim kat Adtec . Tapi tak dapat . Takpe lah . Takde rezeki . So stay lah miraa ni kat Sarawak nanti untuk tiga tahun menuntut ilmu . Kalau ada rezeki dan dapat kerja after dapat Dip tu , alhamdulillah . Miraa jemput korang ke kenduri miraa . Haha kenduri pe ? Alaa yg ada kaitan dengan nasi minyak . Hahaha . Terima kasih kat yg doakan hubungan kami berkekalan :') Doa korang sangat bermakna . Eseseh . Hehe .

Blog pula ... Umm miraa tatau kenapa miraa rajin sangat buat segmen dodol dan yg lain . Tapi bila nak pos je , mesti ada masalah dan bila nak upload je dodol tu mesti ada benda menghalang . Miraa ni memang kut suka buat kerja banyak-banyak dan melengah-lengahkan masa . Hahaha . Now ada lagi beberapa belas doodle yg belum siap . A bit sakit hati bila internet ni tak nak bagi kerja sama . Kerja edit blog pula makin slow . Tatau kenapa dan apa dah jadi kat diri ni . Sebelum ni bukan man lagi dalam satu hari dah boleh siapkan . Sekarang ni ambil masa berhari-hari . Omaigashhh == somebody help me . Tapi miraa bersyukur lah yg tempah ni semua sabar-sabar belaka . Kalau nak tengok blog yg dah siap tengok lah kat Gallery ni . Hehe .

Semenjak dua menjak ni blog miraa sikit je perubahan . Haih tatau lah kenapa macam susah betul nak edit . Makin berat pula tu . Lagi tu kan susah jugak bila banyak yg tanya pasal ombak-ombak tu . Miraa mintak maaf sangat-sangat sebab belum dapat buat tutorial untuk tu . Tapi jangan lah pula korang jadi pencuri pegi buka itu ini . Tu dah melampau . Aku tumbuk muka ko nanti . Haha . Okay now like seriously takde idea dah nak taip apa . =_________________________________________=

Tutorial: Buat doodle ala-ala sticker

Assalamualaikum . Harini miraa buat ... ish bosan dengaq ayat tu haha . Ni hah tutorial untuk mereka yg tatau nak edit effect sticker macam dodol kat atas tuuu . How ?. Okay senang je . Yg penting korang kene ada adobe photoshop  Kalau takde ... Korang boleh tekan DOWNLOAD ADOBE PHOTOSHOP . Pada yg dah ada PS boleh mula dengan bismillahirahmanirrahim . Next , korang enjoy lah dan tengok apa yg miraa buat dalam vid ni . Mungkin laju sikit . Hehek maaf naa . Dah terbiasa . Kalau tafaham ask je . Kbai
Btw kalau nak resize tu , korang tekan je kat keyboard (Ctrl+T)

Virtual Piano competition (View me please)

Hok aloh .. Tajuk salah . Hahaha . Representing Malaysia . Ceh slow betul aku main == Sekurang-kurangnya aku jujo tak pakai auto auto xD hahaha view ler . http://www.youtube.com/watch?v=V7eSY9jXtJY haha . I know it sucks . Bukan je slow . Tapi ada salah notes pulak tu . Ish buat malu je xD well hopefully you'll view it . Hagagaha . Takpe lah . Sekadar mencuba pun . Btw Virtual Piano ni lah yg ajar saya main piano . Walaupun masih lagi terkial-kial , tapi saya dapat bunyikan keyboard saya haha . Ok bai . Tu je . Haha

Download/Software: Cara download dan install Adobe Photoshop CS4

Assalamualaikum . Miraa baru je selesai upload Adobe Photoshop Cs4 yg miraa gunakan masa mula-mula berblog dan sampai lah sekarang . Miraa dapat daripada bf miraa . Yg kawan miraa bagi pula dah hilang tatau dimana . Hahaa . So sementara masih ada , miraa upload terus ke 4Shared . So pada yg berminat , boleh tekan Download APS4 ni . Nanti korang boleh download dari web tu sendiri . Btw kalau tak dapat buka , miraa sarankan korang daftar dan login dulu ke akaun tu okay? Pakai Facebook atau Twitter pun boleh . So Pada yg dah download tu , ini yg perlu korang buat . Ikut je apa yg miraa buat dalam video kat bawah ini . Okay ? Kalau tak faham tinggalkan komen dan subscribe . Boleh korang tahu apa balas miraa haha . Pada yg tak tahu nak download macamana , tengok tutorial ini .

Note : Guna Notebook memang boleh . Tapi nanti ada some parts yg tak kelihatan . Contohnya kalau nak save , kene tekan Enter kat keyboard . Sebab button SAVE tu akan terpotong . Hihik .saya tahu sebab saya dah 2 tahun guna notebook . Skg ni baru berubah ke laptop . Haha kbai

Kenapa Allah Ciptakan Kaum Hawa Daripada Tulang Rusuk Yang Bengkok

Duhai Adam,
Tahukah dirimu, bahawa Allah menciptakanku dari tulang rusukmu, dan tulang rusuk yang dicipta itu adalah yang paling bengkok. Kenapa?
Ini kerana
Supaya aku melengkapi segala kekuranganmu,
Supaya  aku menjadi penutup kelebihanmu,
Supaya aku mendampingi dirimu dengan segala yang menjadi fitrahNya atas ku.
Dan,
Supaya engkau meluruskan aku dengan ilmu dan akhlakmu, memimpinku kepada jalah yang diredhai Yang Maha Esa, dan bukan membiarkan aku semakin bengkok. Kerana apabila engkau membiarkan aku terus bengkok, maka aku juga mampu menyeretmu ke dalam api neraka..

Ini kerana apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim dan apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.

Wahai Adam,  mainkan perananmu dengan hak dan saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang harus dipikul. Maka LURUS kanlah aku dgn IMAN dan TAQWA mu kepada-NYA. Agar aku jadi pelengkap separuh agama mu

Kata Cinta :
Rasulullah s.a.w. membuat perumpamaan wanita seperti tulang rusuk bukan bermaksud untuk merendahkan kedudukan mereka tetapi sebagai peringatan kepada kaum lelaki supaya memberi perhatian kepada mereka, melayani mereka dengan baik, mendidik dan menjaga hati mereka. Sama seperti lelaki, wanita sama-sama berperanan untuk menegakkan agama dan menguruskan hal ehwal kehidupan.

Good job Facebook

Assalamualaikum . Nampaknya Fesbuk ni dah banyak buat benda yg aku suka . Dulu tukar jadi timeline . Kemudian tukar lagi ke bentuk sekarang . Kemudian boleh guna simbol kat wall . Now boleh bagitahu pula perasaan kita . Ish ish ish . Memang best . Konon lah . Haha . Tadi buat muka bengong kat fb . Mungkin ada lagi yg tak tahu macamana nak guna tu . Tengok je gambar ni mengikut susunan . Kbai :p

Thursday, 30 May 2013

Bookmark boooookkkmarrrkkk~ Awak ?

Assalamualaikum . Hihik miraa pk takde yg nak join . Yela ada pulak nak kat bukmak miraa niyh . Aish . Pk takde . Terharu k terharu :'D haha gedik nye ayat den . Haha okay . Ni masih dalam proses saringan . Saringan apa ? Entah ah . Haha . Okay ada yg join tapi takde ikut syarat yg nombor enam (6) dan ada yg bagi private dan blog wujud ToT alohh sedih cenggini . Pada yg link takde , cuba korang review dan edit semula entry korang ye ? Ini antara link dan entry yg miraa dah baca dan gelak sensorang baca xD comel k comel . Intai-intai lah dulu . Hihik 
  1. http://amirahamer.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin.html
  2. http://sicomotizati.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin.html
  3. http://aimlesstalkt.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin.html
  4. http://missrochelle1999.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin.html
  5. http://azizmas.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin.html
  6. http://d-doladolly.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin-d.html
  7. http://st0ryab0utprincess.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin.html
  8. http://belogfiqahcheeky.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin.html
  9. http://sweet-like-a-candy.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin.html
  10. http://busyratakiyudin.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin.html
  11. http://nabila-aziz.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin.html
  12. http://ainnadhirah-aien.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin.html
  13. http://khairdaanuar.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin.html
  14. http://nabilaizzati17.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin.html
  15. http://loveletter99.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin.html
  16. http://anis-tikah.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin.html
  17. http://cyanxkamo.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin.html
  18. http://faralalalala.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussins-blog.html
  19. http://malihah-dan-giveaway.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussins-blog.html
  20. http://amirah-mirah.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin.html
  21. http://anafunnies.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin.html
  22. http://cokelatsayasuka.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussins.html
  23. http://cikikanmasin.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin.html
  24. http://my-awesome-simple-blog.blogspot.com/2013/05/bookmark-miraa-hussin.html
Miraa bagitahu pasal siapa dapat apa esok ya ? Sebab belum lengkap lagi ni semua . Takut kata tak adil pulak . Lagi satu , semua yg join ni dan dah bagi link kat entry tu akan dapat bookmark . Small or big it doesn't matter . What's important is "ikhlas" hehehe :p Tapi mahap pos biasa sahaja pakai stamp haha . Okbai lebiu blogger-blogger cumil :* Btw yg atas tu belom potong sebab tu takde bentuk tajam2 hahah

Garam berlebihan | Risiko kanser perut

Penyelidikan baru mendakwa bahawa diet yang tinggi dalam garam boleh meningkatkan risiko seseorang mendapat kanser perut berdasarkan bagaimana ia bertindak balas dengan jangkitan bakteria yang berlaku dalam usus.

Kajian yang diterbitkan dalam Jangkitan dan Kekebalan melibatkan gerbil mendapati bahawa mereka yang dijangkiti dengan jenis Caga positif H. pylori dan diberi makan makanan yang tinggi garam dibangunkan keradangan gastrik yang teruk dan kadar yang lebih tinggi daripada kanser berbanding gerbil makan makanan yang biasa. Gerbil dijangkiti dengan jenis Caga-negatif tidak menghidap kanser, tanpa mengira pemakanan.

Berdasarkan dapatan, ia akan kelihatan bahawa makanan yang tinggi garam mungkin exaberate kesan karsinogenik bakteria itu. Ini menunjukkan kepada penyelidik yang mengurangkan jumlah garam dalam diet seseorang boleh membantu mengurangkan risiko kanser perut H. pylori-berkaitan.

Bookmark Miraa Hussin's blog

Assalamualaikum . Ok fine . Saya sedang berlatih memenat dan menyibukkan diri dengan pelbagai tugas menggunakan komputer . Contest fesbuk , segmen doodle1 dan doodle2 . Sekarang bookmark pula . Saya sedang sibuk lagi edit blog . Tak apa lah . Saya suka pulak buat . Haha . Buat masa ini miraa tengok je brape ramai yg kenal miraa . Ceh gedik ayat ni . ish . So Atas tu lah bookmarknya . Haha macam berus gigi . Haha tahu ah tak comel macam bookmark orang lain :) Nak ? Ok read this carefully .

       Syarat-syarat penyertaan ;
       1. Warganegara Malaysia . Senang lah den nak post .
       2. Ada blog dan facebook. Senang nak mintak alamat.
       3. Tekan JOIN THIS SITE kat sidebar blog Miraa Hussin dan juga  ni .
       4. Klik dan tunggu sampai habis loading semua hati ini →   
       5. Buat satu entri bertajuk Bookmark Miraa Hussin dan tampal gambar atas tu dan backlink terus ke blog miraa.
       6. Dalam entri tu, bagitahu 10 perkara yg korang tahu tentang miraa dan apa yg kurang dalam blog miraa ni.
       7. Publish entry orang dan tinggalkan link entry tu ke ruangan komen dan tunggu miraa msg :3  ahaa

Bookmark adalah terhad . Hihihik . So siapa cepat , dia dapat basis . Untuk yg big tu , ada nama korang yg small tu cuma banner miraa je lah . Mesti menyampah kan ? ToT haha . Okay , untuk yg big tu miraa boleh beri kat 8 orang yg terawal sahaja .Sekali lagi , 8 sahaja . Haha . Habis den muflis kalau bagi banyak-banyak :D Then yg small tu miraa dah sediakan 12 sahaja . Ini mungkin segmen bookmark  yg pertama . Siapa tahu lain kali ada buat lagi kan ? So total semua ada 20 orang . Fwah mati den gini nak cari stamp dengan sampul :3 haha . Anyway kalau nak , join . Kalau taknak takpe . Tiada paksaan . Kecuali syarat nombor 4 tu je dipaksa :p haha . Btw kalau nak iPhone , join lah FSSC ni . 

Monday, 27 May 2013

Saya sedih . Fullstop .

Post entry bagai kerana gembira dapat sambung belajar . Gembira sangat sampai dah siap tempah tiket for this June . Buat pertama kalinya sendiri urus pasal tiket . Bayar guna credit card mummy . Kreng kreng telefon berbunyi meminta pengesahan . Semangat kesukanan muncul dalam diri berlari mencapai telefon mom dan berlari semula ke bilik . Dengan bantuan my aunt melalui facebook , akhirnya siap booking ticket . Duduk di 15A menghadap tingkap . Fwah .. Bagasi sseberat 15KG ... Ermm entah apa lah yg nak dimuatkan nanti . Hihihi . Selesai buat tempahan untuk diri sendiri , kemudian book untuk umi dan abang . Dad dan adi tak ikut . Dad tak brape sihat :'( So ABC me abang mom . Tapi ....
Tiket yg saya tempah untuk diri saya hanyalah oneway . Umi and abang 2 way . Pergi dan balik . Mereka akan pulang pada jam 10 malam . Saya masih lagi gembira sebab semuanya berjalan lancar . Saya kembali ke bilik dan isi borang BJT untuk dihantar . Semangat gile nak menghantarnya . Takut gila tak sempat . Tak pernah pun pakai setem . Then semak-semak-semak . Tertanya-tanya adakah surat lepas tingkatan 5 yg patut ku hantar ? Entah lah hentam sahaje . Belum fotokopi pun lagi . Kalau nak tunggu buka sekolah , memang tak sempat lah jawap nyee ..
Then renung-renung printout pasal flight tu ... Nampak sangat perbezaan .. Mine one way . Them two way .. Disanalah bermulanya otak ini memikirkan yg bukan-bukan . Then dapat pula info that 16hb tu daftar asrama dan terus bermalam dalam asrama . Ya Allah . Hilang senyumku , datang tangisku :'( banyak benda yg terlintas dan yg paling kuat "pisah terus dengan umi?" air mata berderai ... Cuba menenangkan diri then tiba-tiba teringatkan puasa . Lagi "puasa ni tak dapat lah bersahur dan berbuka dengan family kan?" . Sampai lah sekarang air mata masih lagi berderai mengalir bak sungai yg mengalir terus ke pantai .. Adakah ini biasa atau bengong ? Dah pilih , terus kan je la kan ? Ya Allah ... Rasa berat hati ni nak berpisah dengan family :'(

Fyi: Saya tidak pernah tinggal di asrama atau tempat yg jauh daripada keluarga .

Segmen: Doodle Lappy by Miraa Hussin

Assalamualaikum . Bagi memenuhkan 6 hari terakhir Mei ini, miraa nak buat segmen . Ceh ayat sakai . Takde idea dah . Hoho . Miraa perhatikan orang lain lebih arif tentang gabungan warna so kali ini miraa nak korang sendiri yg bagitahu warna apa yg patut kat sana dan sini . Untuk doodle ni . Heee siapa yg minat doodle ni boleh lah join . Ini doodle kedua kut yg ada laptop untuk miraa jadikan freebies . Tapi sebelum tu ikuti syarat berikut;
                      1. Klik JOIN THIS SITE pada sidebar blog Miraa Hussin.
                      2. Tekan button  ni .
                      3. Klik butang hati ni ->         semua dan pastikan habis loading .
                      4. Copy banner atas tu dan paste kat entry korang dan back link ke entry miraa .
                      5. Tajuk entry korang : Segmen: Doodle Lappy by Miraa Hussin
                      6. Tag 2 atau lebih rakan blogger dan pastikan mereka tahu.
                      7. Bagi tahu CODE WARNA untuk yg berlabel ABCDEFGH berdasarkan web ini .
                      8. Publish dan paste LINK ENTRY korang ke entry miraa ni .
Senang kan kan kan kan ? So korang bagi tahu lah segala details yg korang nak haha . Sebab kalau ambil free run freebies , korang terpaksa terima sebab itu warna yg disediakan . Untuk ni korang yg pilih sendiri dan akan lebih matching dengan blog korang hehe . Well selamat bersegmen :-)

Politeknik Kuching Sarawak . Miau -3-

Assalamualaikum . Pagi tadi miraa sibuk pergi ikut dad urus itu ini itu ini . Dan pulang pula miraa drive . Woo wth adik miraa Amir tu dah pucat dudok kat sebelah ahaha and for the first time dia pakai sitbelt sampai ada area tu haha . Kesiang dia . Btw pulang je rumah , terus bukak leptop . Tada ! Masuk terus ke Politeknik punye web . Then klik itu ini . Boom . Dia mintak no IC . Miraa pun masukkan lah macam selalu miraa buat yg sampai berpuluh kali buat tu . Ngeh3
Then dia ask sama ada miraa terima atau tidak . Eh opkoslah ku terima tawaran tersebut . Ngohoho . Buat apa apply kalau taknak terima kan ? Buat malu je . Kukukukui . Tapi masa ni miraa sibuk tanya kawan kat fesbuk . Dia pun dapat kat Kuching . Ehem ehem . Ada lah ni kawan den terbang nanti . Haha . Tapi tatahu bila perlu terbang . Adakah pada hari pendaftaran atau sebelum hari pendaftaran ? Tapi susah lah kalau nak tinggal kat otel lagi . Any idea ? Something ? Anything ? Someone ? Anybody ? ToT
Then dah habis merapu semua tu baru miraa pekse semula tab tadi . Ehem ehem . Sah lah ni . Aishhh . Mula-mula cetak dengan semangat dan dalam hati kata "eleh tiga keping jerr" then masa cetak yg nombor dua tu sampai kelamkabut tambah kertas . Hok aloh banyak rupanya . Isk isk isk . Tapi yg tu nk kne bawa masa mendaftaq je . Ngee . Then habis je semua tu me tunjuk kat mom . Hok aloh . Ketawa mom . Berbelah bahagi pula hati ni skg ni . Sama ada nak teruskan di Sarawak atau pun Selangor . Bukan apa , kat Sarawak syes takde family . Memang lah ada tapi dia sendiri dalam asrama . Kat Selangor kan dekat KL . Kat situ ada my aunt . Ishh . 

Miraa dari tadi hantar soalan kat buah hatii miraa pasal poli ni . Kesian dia diganggu :') umm . Btw siapa yg dapat dan memang stay kat Politeknik Sarawak tu , tegur-tegur lah miraa . Miraa ni sakai sikit bab-bab macam ni . Jangan la maluuww kan miraa :D cepaaaaat lah cepat lah . Nak tahu siapa dapat ni . Over gile eww -3- banyak sangat soalan yg miraa nak tahu skg ni  . so pada siapa yg dapat , mai inbox miraa . miraa nak kemukakan beribu soalan :D hehe okbai .

Sunday, 26 May 2013

Acer | Bookmark | Doodle

Assalamualaikum . Last Friday miraa memang sangat-sangat happy after dapat poli . Then pada petangnya pula keluo dengan mommy and daddy atas urusan itu ini dan itu ini . Then dad ajak pergi Megalong untuk beli laptop . Muhohoho . First of all nak said thank you to Allah for giving me a chance to study lalala and giving me umi & baba yg sangat penyayang . Im so grateful X') Hee then next nak ucap tenkiu kat umi sebab belanje dulu laptop ni . Huhu kene bayar balik ni . Hutang miraa kat mommy dalam RM1500 lagi naggahaha . Then tenkiu jugak kat baba sebab sanggup drive malam-malam walaupun tak berape sihat :') hihi iloveyou umi baba . So , start on the ground until lah tingkat dua semuanya WINDOWS8 . Nasib baik kat tingkat tiga ada WINDOWS7 kalau tak memang miraa akan menangis . huhuk . So I got my new lappy . Selim dan besar . Hoho
Then sampai je kat umah sudah siap pergi download Driver untuk printer . Sebab disk installer dia hilang entah kemana . Puas mengorek semula kotak printer dan yg lain-lain tapi masih tak jumpa . Nasib baik line laju dan tak buat hal . Download kejap then install . Alhamdulillah boleh guna haha . Then sana lah mulanya kerja miraa scan-scan sketching untuk doodle segmen . Dan ambil lagi kesempatan untuk habiskan dakwat printer . Haha . tengok je lah tu banyak macam biskut . Actually nk buat bookmark . Tapi terpendek lah pulak . So tu hah kat atas tu . Motif print banyak-2 ? Entah lah . Rasanya ada ke yg nak ni ?
And now Alhamdulillah kerja doodling semakin lancar sebab memang ok lah kut bagi miraa kelajuan laptop ni . Ehem-ehem . Harum . Hahaha . So now takde lah risau kalau nak buat kerja . Cuma satu ni je yg tasuka . Dia takde Microsoft Powerpoint . Okay wth . Now how am I supposed to make slides for presentation ? Haha kena fikirkan cara lain . Anyway any free download links ? Huhu mai share . Btw comel tak doodle atas neh ? Hehe ini tempahan untuk Iza . Dia tempah sekali dengan edit blog and I was like yeay ! Haha apa aku mengarut ni . Ok doakan saya dapat poli kat Selangor . Why ? My aunt ada kat situ -.-' lebiu bye

Doodle Segmen MH 2013 ...

Assalamualaikum . Just a quick and short update .
Now tengah mewarna doodle . 
And these doodle that Im coloring is for the names below ;
nabilamedan-taipmenaip  
dearcrush-iloveyou
justforcontest
jannahrusdi
mininominomi
cahayapermata
ruzqil31
nabihabatubara
meeraishak
Terima kasih sudi menunggu . Will be uploaded in a moment .
Mwehehehe . Yg lain pun dah habis sketch . Now nak 
warna lagi yg payah ni T.T tak menang tangan .
Maybe korang punya dah siap. 
Cuba cek sini .
Kbai . 

Doodle SUDAH BERTUAN .

Ini merupakan idea warna daripada mereka yg join segmen ni :)
Click gambar tersebut untuk membaca entry mereka yg join dan juga pemilik doodle tu ;)
          

Psst .. Jangan gunakan doodle ini k :)
Ni dah ada orang punya .
Join sini k ?

Saturday, 25 May 2013

Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian)

Assalamualaikum . Yesterday update entry sebab dapat masuk ke Politeknik . Hari ni post entry tentang kos yg akan miraa ambil . Actually miraa nak programming (Pengaturcaraan) tapi kawan miraa si Aini fulak yg dapat . Uhum uhum uhum . Boleh tak nak bertukar dengan dia tu ? Penempatan belum tahu lagi dan harap-harap kat semenanjung sebab sana ada sdre yg boleh tolong hihik . Kat sana ada my aunt , my cousin and hehehehehehehehehehe hahaha . So memang senang . Kalau kat Sarawak ni susah sikit sebab cousin memang ada jugak kat sana tapi dia mungkin kat area lain so mungkin susah sikit untuk miraa mintak tunjuk jalan .
 
Malam semalam pun dah buat sikit research about this . Sebelum ni sekadar skimming je . Then bila ditawarkan itu , mendalam pula miraa pekse heiehehieiei . Dan some of people miraa tanya kata memang okay tapi more to techical apa benda tu semua . So takpe lah . Miraa minat miraa boleh lah tu muncungkan mulut kalau tak faham . Tak an lah tak ada yg miraa boleh tanya lagi kan ? Kalau dulu ICT kat f4f5 miraa okay dengan assignment . Tapi tak tahu pula kali ini akan sama atau tidak . Tapi mana ada benda yg senang kat dunia ni . Korek hidung ? Eh susah ok nak korek haha .
 

So after this tunggu lagi kat mana miraa dibuang . Hehek . Btw miraa ada laptop baruu woo hahaha i5 gitu . Jello terus adik miraa yg dua orang tu  . Siap pergi check memroy graphic ke apa tu semua dan ternganga mereka xD adik miraa yg Amirul tu dalam 200 lebih , adik miraa yg Amir pula dalam 500 lebih . Tapi miraa ? Hahaha 1760 amek kau . Angka dorang gabung pun takleh kalah kan miraa hahaha . So kesian lah notebook bilu bilu tuuu ToT akan kurang dah digunakan . Hehe . Both Acer . Biar lah lama , asalkan senang . Masa pergi kedai tu kan , boleh pula semua Windows8? Hok aloh . Dah lah taley read CD . Haha okay akhirnya baba saya yg baik hati sanggup pergi ke Megalong Penampang untuk beli kan satu-satunya anak perempuan baba ni laptop :3 haha umi pun ada ikut . Umi pun memang suh cari Windows7 . Huhu. Umi dan baba support miraa in this kos . So miraa harap miraa tak akan mengecewakan mom and dad X’) lepas ni semakin kurang lah ni kan miraa online ? huhu kesian kesian . Tapi takpe . Untuk masa depan yg cerah saya sanggup buat apa sahaja . Ehhheeww xD

Jom derma :-)
       
Terima kasih ;*

Friday, 24 May 2013

Politeknik? Alhamdulillah

Assalamualaikum . Mesti ramai lagi yg ingat pasal entry lepas tu bila miraa menangis seharian macam bengong sebab tak dapat tawaran from UPU . Jatuh jantung rasa macam nak terjun Gunung Kinabalu dan kembali . Haha . Dramanya . Okay lah lepas tensyen dengan edit blog orang sebab boleh dikatakan edit blog orang ni masih lagi bidang saya . Ehem ehem . Kemudiannya meneruskan masa seminggu sebagai seorang pelajar Pra-Universiti di SMK Majakir Papar . Boleh tahan lah . Duduk dengan Betty kat depan sekali then kat lakang ada Aini ngan Alin . Kat tepi kiri ada Bibie dan Anis . Konon nak tinggalkan sekolah tu bersama-sama. Me , Aini , Betty . Dan hari ini tepat pukul 12 miraa menghadap laptop.
Alhamdulillah sekali dua kali tiga kali lima kali dan masuk ni kali ke-6 cek tetap sama dia kata TAHNIAH . Sebelum ni dia kata HARAP MAAF . Tuhan saja yg tahu perasaan dalam hati ini . Hihik siwiyusly sakai terus. Tapi tempat dan kos apa belum lagi . Miraa harap bukan pasai Accounting . Tapi tak logik jugak kalau kena bagi pasal Accounting . Miraa bukannya pandai sangat . Takut jugak lah nanti tiba-tiba dia kata "MAAF, kami bergurau je. Awak tak berjaya" ahahhaaha :'D dan pagi tadi tengok-tengok pasal tempat . Konon lah . Dan tersangkutlah dua tiga tempat kat Port Dickson kos yg miraa ambil tu . Rasa macam satu gempa bumi dah tercetus kat dalam hati ni . Si "dia" kan kat sana . OHEMJI OHEMJI ! So apa-apa pun miraa bersyukur sangat . Dan lebih bersyukur lagi kalau dapat kos yg miraa nak kan tu . Ya Allah. Terima kasih :')

Wednesday, 22 May 2013

Memang tak cukup tangan

Photo: Realiti kan ? xD xperia mana ? Dah pulang sebab dah siap exam . HAHAHA
Assalamualaikum . Wah bersarang blog ku ini . Tak tahu lah kenapa tapi makin hari makin pening dengan blog . Makin hari makin sakai pula miraa edit blog . Nak tukar header pun sekarang ni macam bengong kene guna URL . Buang masa disitu sebab ada dalam 6 blog nak siapkan dan sememangnya nak siapkan dalam cuti pertama ! Taknak kacau cuti T.T umm . Dah tu hampir sama ja design blog yg miraa edit sekarang . Takde idea dan takde idea . Kekeringan idea . Lagi tu tadi BM tak dapat nak fikirkan pendahuluan yg menyeluruh . Masih lagi dalaman nya cegu . SEJ pula otak dah berkarat . Lagi-lagi miraa ni yg tasuka sejarah tapi dapat sejarah untu PraU . Ya Allah , makbulkan lah doa hambaMu ini untuk meneruskan pengajian di PTM dalam bidang IT . Arghh betul-betul seteres bila ilmu masih sikit tapi mengada betul edit-edit blog macam pro . Okay now nak fikirkan untuk isi karangan BM lagi . Terima kasih kepada yg masih sudi bersama dengan miraa kat blog ni . Ahaa :'D
Jom derma :-)
       
Terima kasih ;*

Monday, 20 May 2013

Tahukah Anda Bahawa Luvbite Boleh Menyebabkan Lumpuh Dan Sakit Jantung


Menurut Daily Mail, seorang wanita berusia 44 tahun telah lumpuh selepas terkena serangan sakit jantung akibat daripada lovebite yang di lakukan oleh kekasihnya. Wanita itu (nama tidak dinyatakan) dimasukkan ke sebuah hospital di Auckland apabila mendapati dia tidak mampu menggerakkan tangan kirinya selepas kejadian itu.

Pada mulanya, para doktor mengesyaki wanita itu telah terkena serangan sakit jantung. Walaupun mereka tidak mengetahui punca sebenar penyakit wanita itu pada awalnya. Mereka kemudiannya, memeriksa wanita itu dan menjumpai kesan lovebite dibadannya. Dan dari kesan lovebite tu, mereka dapat tahu apa punca serangan sakit jantung tersebut.

Sebenarnya lovebite yang terhasil tu, menyebabkan pembuluh darah rosak dan mengakibatkan pembentukan darah beku. Darah yang telah beku tadi mengalir ke jantung dan boleh menyebabkan strok! So, berhati-hatilah semasa bersama pasangan masing masing. Jangan sampai lupa diri, nanti ada yang merana baik lelaki atau perempuan. Jangan disebabkan expressi cinta, ada yang maut.

Sumber : Fuh.MY

Jom derma :-)
       
Terima kasih ;*

Sunday, 19 May 2013

Hadiah tak post lagi!!!!

Assalamualaikum . Dah masuk seminggu pun hadiah ni masih terperap kat dalam bilik menunggu untuk di tuankan oleh para pemenang . Warghh sakit hati -.-' bila lah boleh berurusan kat pos opis ni . Nak jalan kaki sendiri dari sekolah , jauh . Nak bawak kereta sendiri , takut . Nak suh mummy singgah , takut . Dah tu pos opis penuh je -.-' ish ish ish ! Kalau pakai private lalala mahal . Haha :'( mai datang umah miraa mai ambil hadiah ni . Miraa mintak maaf sebab belum lagi pos T.T

Jom derma :-)
       
Terima kasih ;*