Wednesday, 8 May 2013

Luahan hati seorang yg bergelar anak .

Ini adalah kisah benar . Bukan cerita dongeng atau cerpen :-)

Saya membesar dalam keluarga yg sederhana . Sejak kecil saya didedahkan kepada bisnes . Arwah nenek saya ada sebuah kedai runcit yg memuatkan pelbagai keperluan harian orang kampung . Umi saya seorang guru Prasekolah . Baba saya kini bekerja sendiri . Semasa kecil , baba saya bekerja di Brunei . Umi saya dan saya tinggal bersama dengan nenek . Bilik saya dan umi saya besaaaaaar sekali dan kat dinding ada gambar-gambar kartun yg ayah saya lukiskan . Baba saya sangat baik . Tiap kali pulang dari Brunei , baba saya akan membelikan saya mainan yg super awesome . Kereta *untuk belajar berjalan* dan yg paling saya ingati ialah piano . Baba saya tinggal dalam tidak lebih dari seminggu bersama saya dan umi saya . Bila tidur , saya selalu akan hold jari baba . Sebab saya tahu esok baba akan jalan semula ke Brunei . Dulu tidak ada line di kampung kami . Telefon pun dulu tak ada walaupun mampu membelinya .

Baba saya ambil cuti lama sikit sebab kini saya ada adik . Kami dua beradik . Kami lah cahaya kepada umi dan baba . Kami dibesarkan dengan penuh kasih sayang . Pada masa ini , rumah kami di bukit sedang dalam proses pembinaan dan sudah nampak tangga dan bilik-bilik . Tinggal lagi nak pasang cermin . Bekalan air disana kurang sebab kami tinggal dikawasan bukit . Kami dulu dua beradik akan mandi dalam tab mandi berwarna hijau . Umi akan mandikan adik saya , then saya . Kami tidur dengan nyenyak didalam pelukan umi . Baba dah balik Brunei . Baba bekerja . Masa kat rumah bukit ni , ada line . Dan kami akan berebut untuk bercakap dengan baba . Walaupun terputus-putus kami tetap gembira .

Baba ambil keputusan untuk berhenti kat Brunei . Masa tu tak hairan sangat sebab gembira baba ada dengan kami . Tahun 2001 kami buat lagi rumah disebelah rumah nenek . Dan masa tu adi ada dalam perut umi . Kami tinggal  kat rumah tu tak lama . Kemudian pulang semula ke rumah bukit . Kami tiga beradik asyik tengok Tom & Jerry . Bila adi dah besar , dad ada lagi pergi ke Brunei . Kesian adi . Sekali je merasa dibelikan mainan dari Brunei . Saya dah beribu kali dapat . Macam biasa kami akan dapat call daripada baba . Baba mula berhenti kat Brunei dah lama . Dan baba yg banyak bersama adi . Thats why adi anak emas .  

Dah lama berlalu , kami baru nak sibuk tanya kenapa baba berhenti kat Brunei .. Umi kata "nonong dulu tanya siapa tu bila baba balik" . Saya gelak dan senyum . Masa tu kami dalam kereta . Sampai je rumah , saya menangis sendirian dalam bilik . Bodoh nya saya . Bayangkan betapa hancurnya hati seorang ayah bila anak dia sendiri tanya "Siapa tu?" . Hari tu baba ada cerita that baba akan dihantar ke Vietnam untuk satu kerja ni . Memang gaji lumayan . Kalau baba pergi dulu . Mesti sekarang dah kaya raya . Abang , iaitu adik saya ada tanya kenapa baba tak pergi . Baba kata itu ini itu ini . Tapi bila saya ingat apa yg umi cerita , saya terdiam dan menahan air mata .

Musim durian yg lepas , memang tak dinafikan rezeki baba datang banyak . Bermodalkan puluhan ringgit pada awal-awal , akhirnya beribu untung . Tak putus-putus orang membeli durian . Lebih-lebih lagi durian Sarawak . RM10/kg . Sape tak nak ? Dulu berpuluh-puluh lagi . Berbulan berniaga . Makin lama makin tak sihat baba . Bahu baba mula sakit . Mungkin disebabkan durian berat sangat . Leher sakit . Mungkin salah tidur . Mata sakit ? Bila malam baba tak boleh drive . Sebab tak jelas . Then makin lama makin serius . Bawa berjumpa dengan pakcik tu dan dia kata buatan orang . Wallahualam . Dah nak sembuh , tiba-tiba susah nak mendengar .

Sampai sekarang baba susah nak dengar . Tapi baba masih boleh dengar . Bukan pekak sangat . Mata baba sebelah kiri tak boleh nampak . Bila memandu , baba tutup mata kiri . Dan memandu guna mata kanan je . Cuba korang buat benda sama . Dapat tak ? Sendirian tak apa . Cuba kalau bawak satu keluarga dalam kereta . Besar tanggungjawab . Semua orang yg disayangi . Yesterday pergi beli baju sekolah . Dad drive . Naik proton . Panas . Baba tahan je . Miraa dalam kereta dan tunggu dad urus roadtag ngan benda-benda lain . Ya Allah . Ini ke baba rasa bila tunggu kami pulang dari sekolah bila guna proton ? :'( panas sangat . Then sampai rumah , hidung berdarah . Memang lah berdarah . Panas tu . Tapi dah kerap dah . Suh jumpa doc , tapi baba tak nak . Sama lah macam miraa . 

Apa yg miraa nak skg ni adalah untuk baba sihat semula macam dulu . Miraa bukan jenis yg tunjukkan perasaan kat orang depan-depan . Selama ni miraa banyak cerita kat bf miraa . Dia salu bagitau untuk doa . Dia banyak bagi semangat kat miraa . Minggu depan dah mula sekolah . Miraa cuma harap baba sihat . Miraa banyak dosa dan salah kat baba . Miraa dah patahkan hati baba dari kecil lagi . Pada yg malu dengan ayah sendiri tu , korang ubah lah . Kita yg perempuan , bila tak bertudung ayah kita tanggung dosa kita . Kalau kita sayang ayah kita , pakai tudung . Sayangilah orang tua kita selagi yg boleh . Bila dah tak ada , baru sibuk nak meroyan nangis . Saya sayang keluarga saya :') 

Air mata membasahi pipi ketika entry ini ditaip ...
Share:

9 comments:

  1. sabar kak. Allah bg dugaan kita trima dngan hati trbuka. redha. sy doakan baba akak sihat spt sedia kala. trus brdoa & brusaha untuk family akak ya :)

    ReplyDelete
  2. stay strong,i know you are a strong girl :)

    ReplyDelete
  3. Sabar yaa kak mira.sedih la bce post nih dngn lagu blog akak. Be strong keh :) It's will be fine one day.

    ReplyDelete
  4. insyaAllah everything's going to be just fine :)
    jangan berhenti berdoa sbb ALLAH itu Maha mendengar n maha memahami..
    Mira insan kuat :')

    ReplyDelete
  5. Menitis air mata saya ketika entry ini dibaca. Sabar Miraa sabar. Allah sedang menguji Miraa. Allah tidak akan memberi ujian di luar kemampuan hambaNya. Dia tahu Miraa boleh hadapi semua ni. Be strong, girl !! Doa kami ada bersama Miraa..

    ReplyDelete
  6. be strong k syg..akk doakan baba awk shat sntiasa

    ReplyDelete
  7. mira kena kuat taw. sabar. setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. stay strong dear :')

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini