Friday, 10 May 2013

Tip : Cara menarik perhatian orang utk menyertai ga/contest/segmen anda.

Tak dinafikan bahawa semakin banyak giveaway dan contest serta segmen yg dianjurkan oleh para Blogger sekarang . Bukan para Blogger sahaja . Pihak-pihak lain pun ada juga . Kalau nak cakap itu ini memang saya tak boleh lah sebab saya pernah gagal juga . Saya selalu gagal dalam penganjuran segmen . Dah banyak kali . Pertama , segmen blogwalking saya yg pertama kalinya saya buat pada tahun 2011 . Kemudian segmen Doodle yg baru-baru sahaja saya anjurkan . Tapi untuk doodle saya tak batalkan . Saya memang tengah buat pun . Memang saya tak pernah merancang dengan betul bila berkaitan dengan segmen . Saya hanya tahu menganjurkan . Haha . Ok mengarut dah .
Disebalik kegagalan , saya dapat banyak kejayaan juga . Ga saya yg pertama berjalan dengan lancar dan saya tak sangka penyertaan begitu ramai . Seterusnya ga saya yg kedua dimana iannya berkaitan dengan Waterproof Lomo Camera pun turut mendapat sambutan . Selepas itu ini dan itu dan ini . Contest facebook saya yg pertama juga mendapat sambutan yg sangat-sangat memberangsangkan . Contest fb saya yg pertama dimana saya menawarkan hadiah sebuah iPhone untuk pemenang pertama dan kedua dan mp3 untuk ke-3 dan juga barangan lain-lain kepada 4-9 . Ga saya kali ini juga mendapat sambutan kerana saya menawarkan hadiah tabung yg berbentuk kamera dan sekali lagi saya menganjurkan contest yg menawarkan iPhone4 di facebook saya .
Tips ;
Sebelum memulakan ga/contest/segmen , kita perlu tetapkan sasaran kita dan pastikan kita dapat lebih daripada yg kita tawarkan . Katakan lah hadiah bernilai RM100 tetapi dalam penyertaan , korang mendapat 20 peserta , like 19 , follower 12 dan untung RM20 . Rasanya ada yg tak kena . Kita kena fikir betul-betul sama ada benda yg korang jadikan hadiah tu menarik hati orang yg nak join . Gadget yg murah tapi awesome memang akan menarik perhatian orang untuk join .

Elakkan daripada mengambil terlalu ramai sponsor . Saya sendiri tak nak ikut serta dalam ga yg terlalu beribu sponsor . Kalau ye pun ikut , hanya separuh jalan sahaja siap . Mula-mula seronok sebab hadiah banyak . Tapi masa follow like tweet semua , disana masalah datang . Mengeluh sebab banyak sangat syarat . Last-last tekan butang X . Lebih baik anjurkan seorang diri . Itu pada pendapat saya lah .

Pada saya , masa memang penting . Tapi bergantung juga kepada kos hadiah-hadiah . Kalau besar bajet , maka lama lah ga tu akan tamat . Macam sekarang ni saya tetapkan 1 bulan untuk kumpul gambar , dan 1 bulan lagi untuk peserta dapatkan like yg banyak . Kita sebagai yg join tak boleh mengeluh . Kita perlu fikirkan pihak penganjur jugak . Dia tak akan bagi hadiah tu dengan mudah kan ? Mesti ada sebab yg tersendiri kan sebab bagi hadiah sampai macam tu ?
Tajuk ga tu mesti lah lain daripada yg lain . Tapi jangan sampai pelik betul . Haha . Macam miraa guna Giveaway Canon Camera . Menarikkan ? Tapi hadiah sebenarnya tabung camera canon . Kita jugak perlu terangkan lebih pasal hadiah tu kat entry supaya pemenang nanti takde kutuk sebab bagi camera tabung . Dan elakkan daripada memilih hadiah yg diluar kemampuan . Contohnya iPad giveaway . Tapi bila dah lama buat lepas tu tak dapat pula nak hadiahkan . Hui siap kau kene carut tuiter xD

Syarat-syarat pula tak boleh banyak sangat dan menyusahkan . Haha tapi saya selalu je banyak syarat kan ? Hehe . Terutamanya yg ada mengambil sponsor . Jangan lebih dari 10 sponsor . Kalau sepuluh tu tapi syarat 1 takpe . Jangan sampai 10 jugak syarat setiap orang tu . Hancur jari nak mengikut semua syarat tu . Huhuk . Apa yg penting ialah , LIKE dan FOLLOW .

Okay lah . Saya pun tak tahu sebenarnya cara nak tarik ramai orang untuk join . Apa yg saya tahu , memang ramai akan join bila korang bagi hadiah yg lain daripada yg lain . Barangan yg boleh disimpan bukan barangan maya seperti banner . Sebab orang akan kurang berminat . Okay lah . Lewat betul dah ni . Nite
Share:

9 comments:

  1. Nice info dan tip-tip yang dikongsikan berkenaan GA sangatlah berguna untuk para blogger baik baru dan juga lama.

    ReplyDelete
  2. Thanx for the tips yer mira.. its a great help for newbies mcm saya bila nak buat GA nnt. :)

    ReplyDelete
  3. thanx 4 the tips.. tp teman lum lg kot nk buat segmen atau GA.. hee.. im newby.. =P

    ReplyDelete
  4. betul tu mira. setuju. tenet alia selalu wat hal. tu yang segan sikit nak join. wuhuhu.

    ReplyDelete
  5. betul la...setuju sgt... selalu join GA org...

    ReplyDelete
  6. Izni sokong ap yg mira ckp. terlmpau byk bnda nak like fanpages la follow kt tweet is 1 bnda yg menyusahkan. last2 iz jd cm mira la tekan butang X berwarna merah hehehe

    ReplyDelete
  7. Comelnyaaa kucing tu hehe follow sini :)

    ReplyDelete
  8. tulisan mira ni boleh juga dijadikan pendorong buat beginners

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini