Saturday, 8 June 2013

Somewhere Over The Rainbow - Miraa Hussin | Virtual Pianist


Assalamualaikum . Korang nak mengimbau kembali alam persekolahan korang ? Hehe mengada je miraa ni . Btw miraa baru pun bergelar lepasan SPM bukan lama . Tapi dah macam bertahun-tahun tak jumpa kawan . Apa yg miraa maksudkan ? Korang boleh baca kat sini atau kat entry ni je . Tapi sebelum tu , korang tekan pause kat sidebar miraa ni dan tekan play kat video yg atas ni . Hehe baru ada feel nak baca :3 Okay semua ni bermula macam ni ...

Dulu mula-mula masuk kelas tu memang tak dinafikan yg saya malu . Rasanya saya yg paling tak bijak . Sebulan dua bulan dan seterusnya , kami mula rapat . Kami pula dapat guru-guru yg awesome . Terutamanya guru kelas kami . Cikgu Ainul dan Ustazah Noor Aini . Memang tak sah kalau tak ada gelak-gelak dalam satu hari bila cikgu-cikgu ni masuk .  Then kami sambut birthday cikgu Ainul, 'kenduri' before Ramadhan , 'kenduri' raya dan jamuan akhir tahun. Tapi saya tak masuk pun dalam gambar jamuan akhir tahun 2011 tu ToT saya sibuk dengan benda lain .

Tamat tingkatan 4 , masuk lah kami tingkatan 5 . Macam-macam ada . Ada yg patah kaki , ada yg makin kurus , ada yg makan bambam , ada yg makin putih dan lain-lain. Masa tu pula ada orang baru . Wee . Macam-macam persoalan yg bermain kat kepala hotak masing-masing . Woo woo woo tung tang tung tang nak tahu itu ini . By the end of the day , okay . Haha . Masa ni kurang sikit lah bermain sebab nak SPM . Hari SPM pula , semuaaaaaa duduk berjauhan . Takdo lah jauh sangat . Tapi .. entah lah .

Dah tamat SPM , semua dudok umah , kojo , bercuti , tanam anggur , PLKN , itu ini itu ini . Dah sebulan dua tiga empat , masing-masing kat wall ada perkataan RINDU . Jeng jeng jeng . Masa ambil keputusan SPM semua woa woa woa . Rindu makin berkurangan . Tapi sekarang ...

Masing-masing bawa haluan masing-masing . Ada yg masuk PRA-U di sekolah sama , ada yg kat sekolah lain . Ada yg dapat Matrikulasi , UiTM , Kolej dot3 , Politeknik . Yg masih satu kelas , satu kolej , satu semua-semua memang best . Tapi yg jauh pula ? Mungkin masa ni kita senyum , ketawa and anggap benda ni lucu ngan mengada-ngada . Tapi ada satu masa bila kita baca balik and ingat alek , air mata akan jatuh juga .

Dear 5 Technology 2012 student , I'm really hoping that you guys will never forget about me . Even though that I didn't do anything that can make you proud or satisfied . I know that I've made so many mistakes and 'error'. Saya juga tahu saya si pelik yg jarang ceritakan sesuatu bila saya tiba-tiba menangis . Maaf kalau saya ada buat kamu sakit hati . Maaf kalau saya ada ter-hutang , ter-maki , ter-pukul , ter-curi , ter-ambil dan lain-lain ter lagi . Maafkan saya untuk segalanya :']

Yg Benar ;
Miraa Hussin 

*Jangan lupa yg cegu Ainul suh jumpa X')

Sebenarnya kita akan anggap yg ni takde apa-apa pun sekarang . Tapi bila dah meningkat umur kita dan makin lama kita akan mula ingat semula apa yg  pernah berlaku kita masa kat bangku sekolah . Bukan tu je . Kita sendiri akan cuba ingat semua yg berlaku . Me mom n me dad sampai sekarang masih ingat cerita sekolah masing-masing . Tak an kita yg masih muda ni nak terus lupakan kisah kita dibangku sekolah kan ? Cinta monyet ? Semua ada . Ada yg dah berkahwin pun . Ada yg seumur dengan saya dah pun ada anak . Ohemji . Haha . Jangan lah kita lupakan saat-saat kita kat sekolah . Kita mungkin masuk ke ipt tapi pengalaman tu tak sama macam masa kita kat sekolah . Hehe kongsi lah cerita sekolah korang dulu macamana :) Tadi akak Qaleshya Humairah dah ceritakan pasal waktu sekolah dia X') hehe
Share:

1 comment:

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini