Wednesday, 26 November 2014

Cerita yg tinggal... Al-fatihah, Baba...

That feeling when you've lost your one and only superdad... It can't be described how hurt it is... Baba menderita kanser hidung kalau tak silap since Sept 2013... Masa aku masih kat Sarawak. On my birthday which is 12 Oct, Baba suruh balik Sabah for me to celebrate with them. Flight malam and direct stay hotel kat KK sebab too far to go home. Then during my final exam on semester one, my dad start his chemotherapy and I flew back to Sabah and slept at the hospital. The next day after I've done my interview I flew back to Sarawak for my last paper. Then the next day right after my paper finished, I flew back again to Sabah and go home with both of my brother.

Baba came home after 2 days cause nak habiskan sesi kimoterapi yg pertama. Masa masuk ubat okay, tapi rupanya yg sengsara bila dah kat rumah. Begitu juga dengan sesi kimoterapi yg lain.

After chemotherapy done, radiotherapy... For 7 weeks my mom has to send my dad ulang alik from Papar to Likas.

Bila dah habis semua, baba sihat. Awal tahun 2014 sihat... Tapi entah kenapa perasaan lain macam. Aku sengaja cakap stress pasal belajar and itu ini itu ini. I've finally decided to quit from poli and stay home... Baba pun tak susah hati... Then on July I started to work... Stay at Tg. Aru and my dad mula sakit sikit. But takde lah macam masa kat Sarawak. Then I quit from the job cause tak sedap hati dengan kerja tu. 

Then stayed home again jaga kedai... On August, baba tiba-tiba sakit.. Tapi tak lah teruk betul. Cuma kerap lemah-lemah badan... Hujung Aug baba mula bykkan rehat dan stay rumah. Awal Sept baba okay sikit and mampu lagi jaga kedai kejap-kejap...

Akhir Sept baba kat rumah ja... Until Oct baba mula susah jalan... Then kaki kanan langsung tak dapat jalan... Begitu juga tgn kanan... Mula tak dapat gerak. Perlahan-lahan baba semakin susah nak cakap dan makin susah nak difahami. Lama-kelamaan kami faham sbb isyarat yg baba bagi mudah utk difahami...

On Oct 2014, baba masih boleh taip sms dan masa aku kat kedai umi kat umah.. Baba wish selamat ulang tahun to me... The last msg that baba sendiri taip dan sendiri sendiri send to me was on 14 Oct 2014...  Then Umi dah yg guna nfon baba tlg reply or ans call org yg cari baba...

From hujung Sept baba tak dapat telan makanan... Bubur pun sikit sgt-sgt dpt masuk. Cuma air yg dapat masuk... Air putih... Air bunga... Then 100plus... Air terakhir yg aku bagi baba minum using syringe is ubat yg nenek bagi. Itu pun 1/4 je dpd syringe tu.. Then baba tak nak lagi. 

Kahak mendidih-didih kat dada baba.. Paksa nak g spital on last Sunday baba tak nak... Malam on 23 Nov, baba angguk nak.. Tapi bila umi dah siap-siap, baba terus tak nak pergi. Sampai keesokan pagi baba tidur dipangkuan umi. Then esok pagi mmg kena paksa jugak pergi.

Umi siap-siap, aku siap-siap.. Then abg dan umi angkat baba masuk dalam kereta. Aku duduk belakang dan pgg baba takut jatuh ke umi.. Dalam perjalanan, baba asyik gerakkan tgn suruh umi slow... Sampai kat hospital, baba tak melawan langsung.. Baring kat katil dan masuk ER.

Sedih sangat tengok baba lemah macam tu :'(

Masa kat dalam terus ambil darah dan ditambah oksigen.. Umi selesai park kereta, Umi masuk dan nurse suruh aku keluar. From 7am until 11am baba kat dalam ER. Dan during that hour umi mundar mandir... Then doc cakap ada pendarahan dalam perut. 

Satu tiub masuk ke mulut baba dan kelihatan darah pekat warna merah seakan-akan hitam keluar ke bag tu. Kiri kanan bercucuk jarum. Ditambah lagi oksigen sebab baba kurang oksigen... Tiub utk kencing pun ada.. On 12 something tu baba keluar dari ER dan dibawak utk Xray. Selepas selesai terus masuk wad.

Ada dua orang kawan baba yg bantu nurse and ma pindahkan baba ke katil. Smooth je.. Tak ada masalah.. Then umi suruh aku balik.. Aku singgah post office dan pos parcel cust, beli makanan dan pak cik Amdan volunteer tolong hantar pergi rumah. Perjalanan dalam 30 min plus plus... Tambah lagi kat kawasan rumah tak ada line Maxis..

Tak sampai 10 min, aku baru duduk dan mula makan... Sir Mezlan sampai dan suruh siap-siap nak ke hospital. Abg, Adi dan aku bsiap kunci rumah dan smua berselerak nak cepat... Dah kunci rumah dan kedai, hujan mula turun. Kami mula jalan...

Sampai hospital entah kenapa perasaan berdebar gila. Sampai kat wad, nampak cikgu-cikgu kawan umi ada duduk diluar.. Kami masuk dan nampak ustaz Kadir bacakan yasin kat sebelah baba. Bila tengok umi, mata umi merah. Tengok baba bernafas berat macam tu, dan orang bacakan yasin, umi pun dah nangis... Automatik air mata kami tiga beradik mengalir depan baba... 

The only words that I can say was "ba..kakak minta ampun..." And I cried... Kedengaran azan Asar dan ustaz minx diri utk pergi surau... Semakin ramai kawan baba dan cikgu-cikgu keliling dan bacakan yasin utk baba... Nenek sampai... Then boleh nampak yg baba betul-betul dah nazak... I was crying and suddenly semua berhenti baca yasin... Doc sampai cek degupan jantung baba... Yg lain diminta keluar and the only person who stayed there was nenek, her besan and me. I stood and don't know why it felt like my heart stopped beating. Topeng oksigen baba ditanggalkan.. Jarum-jarum baba di cabut... Umi tiba-tiba menangis kuat diluar.. Aku cuba tahan. Tiba-tiba makin kuat.. Cikgu terus bawak aku keluar dari situ dan semakin kuat aku menjerit menangis. Dada terasa sakit yg teramat dan tgn tiba-tiba memukul-mukul dada. Cikgu halang dan peluk aku kuat-kuat.. "Baba tiada sudah" the only thing that I can say.. And I don't know why I can't control myself and started to scream. 

Bila selesai nangis. Tiba-tiba rasa tenang.. Baba diusung ke van jenazah dan umi, abg, adi dan aku pun ikut. Pakcik Amdan duduk di depan utk bagi tunjuk jalan ke rumah... Dalam fikiran bermain-main.. "Baba... Ni la last sudah kita satu keluarga naik kereta sama-sama jalan dari papar pi rumah ba.."

Sampai rumah, nampak rumah dibersihkan dan orang-orang kampung menunggu ditepi jalan dan pagar sedia berbukak. Tak pernah aku sangka yg begitu ramai org yg menolong...

Malam pula begitu ramai yg bacakan baba doa... Budak-budak dari sekolah agama pun ada.. Ramai ustat-ustat dalam rumah... Penuh ruang tamu orang bacakan doa... 

Bila yg lain dah balik... Umi dan abg tidur sblh baba. Nenek pun sebelah. Aku dan adi baring dkt almari. Still dekat dgn baba. Keesokan pagi, orang rmai sampai.. Nampak kain kafan sedang disediakan.. Tempat mandi pun sudah sedia... Abg2 dan kakak2 adik2 baba pun ada... 

Baba dimandikan... Abg dan adi ada disana.. Aku cuma tengok dari pintu dan terus menangis.. Selesai dimandikan, baba diangkat .. Nampak macam senang j orang angkat.. Baba dibaluti kain kafan.. Abg cium dahi baba... Adi cium dahi baba... Dan sblm nak tutup, abg baba sempat sampai dan cium dahi baba...

Aku rasa muka baba cerah, bersih dan berseri-seri jauh daripada masa baba sakit. Betul-betul aku rasa aku nampak baba mcm putih... 

Selesai solat jenazah, naik semula ke can jenazah... Mula lagi bermain dalam kepala "baba.. Ini last sudah kita lima naik kereta sama-sama..." Sampai ke tanah perkuburan kg Kabang, semua dah siap. Ank baba, abg baba dan adik baba menyambut baba di liang lahad.. Besarnya tanggungjawab abg pada umur 16 thn... Papan ditutup satu persatu dan air mata mengalir... Tanah ditimbus perlahan-lahan dan semakin sebak rasa ini... 

Makcik cakap "byk lebihan tanah dy. Nda kedekut org ni."... Bila selesai.. Terasa angin yg nyaman lalu... Bila masuk dalam kereta... Mata seakan tak nak berpaling dari kubur baba... "Baba... Rehat lah.. Kami balik dulu..." :'( bermain lgi di minda 😭

Dah sampai rumah dan selesai.. Yg lain balik dan rehat sbb maghrib nnt dtg lagi... 

Terdengar umi bercerita... Yg doc pernah bagitahu jangka hayat baba tgl 1 tahun lagi... Tapi umi tak pernah ckp sbb tak nak jadi doa.. Org lain pun ada ckp... Kena bersedia walau apa pun... Sbb kanser ni kita tak boleh jangka sgt... Kadang sakit then kemudian sihat btl.. Tp  akn tiba-tiba sakit dan merosot terus..

Aku tak pernah menyesal dengan keputusan yg aku buat... Aku tak menyesal sebab aku dapat luangkan masa dengan baba... Byk masa dengan baba dan tak susahkan hati baba sebab aku ada di rumah dan tak jauh.. Aku satu-satunya anak perempuan baba... Mana baba tak risau... 

Semua berjalan lancar... Dan tak ada penghalang langsung... Aku anak manja... Aku rapat dengan baba... Skg... Aku cuma ada umi dan adik-adik aku ... Baba dah lama menderita... Skg baba boleh berehat dgn tenang :')

Al-fatihah

Saturday, 18 October 2014

Oktober yang...

Assalamualaikum.
It's been a while tak conteng blog. Same as usual bukak pun pakai phone ja. Lappy masih tidur tak nak bangun-bangun sejak beberapa bulan ni. Sorry for those yg pm dan email pasal doodle. Memang tak dapat nak buatkan. 

This October is kinda hard for me daripada yg sebelum-sebelumnya. Kalau tahun lepas Oktober menyakitkan dimana saya kat Kuching Sarawak dan Baba (my dad) positive cancer. Then ulang-ulang lah naik flight. Yg baca entry dulu-dulu tu mesti tau. In last October pergi interview but tak dak rezeki. Mungkin sebab saya berbadan gempal kot bahaha. Then akhir bulan Mac 2014 dah fikir masak-masak utk quit. And yes I did quit.

But Oktober kali ni lain lagi... Ya.. Kanser hidung Baba tu dah tak ada. Tapi sakit lain lagi yg datang. Angin Ahmar. You can Google it 😔 lagi mencabar ... For now Baba memang tak boleh jalan atau gerak kan tangan kanan Baba.It's kinda hard for me cause I'm a girl. Bukan senang nak angkat Baba. I almost terjatuh masa nak pindahkan Baba pergi kerusi roda. But thank god lah tak jatuh 😔 

Baba dah cuba ubat tradisional dengan ubat moden-moden nih... So far Baba ambil Extra Live ke apa tah produk Elken and Alhamdulillah dapat gerak dah sikit kaki kanan Baba. Tapi gerak camtu je lah bukan gerak macam asal. Just hoping for miracles like last year 😔 dulu dah plan nak pergi Miri, Kuching, Labuan, KL ngan Langkawi bila Baba dah sihat. Tapi nampaknya lain kali je lah ☺️ kena tunggu Baba sihat sepenuhnya... Amin...

Selain dari tu, benda paling menyedihkan is that our cats mula sakit dan mati. Few days ago, Kecik mati... Then today Cad mati... Now Panda menghilang ... Same as Pencuri... Still tertanya-tanya kena diorang mati. Walhal hari-hari lagi banyak diorang makan daripada aku makan. Kawan cakap mhngkin makan rumput beracun atau haiwan beracun. Memang few days ni diorang asyik bawak binatang pelik-pelik kat rumah. Sampai anak ular pun 2 ke 3 ekor hari tu diorang bawak. Sangat sedih. Kalau fikir betul-betul, kat rumah ni tak pernah dapat kucibg lebih dari 7 ekor. Kalau ada satu baru lahir, 1 akan mati. Kalau dua ekor lahir, akan ada dua kucing yg mati... Kebetulan je kot. But seriously lah siapa yg tak sedih bola kucing kesayangan mati 😭

Nuff said... This October is pretty hard for me 😂 yeah I know I have to face this. Do pray for my Baba ... 

Till then ☺️ ttfn 

Tuesday, 23 September 2014

Cara dapat free gems coc

Assalamualaikum

Hahaha sekarang kan musim coc. Mesti semua duk sibuk raid orang utk itu ini kat village memasing. Kalau dulu fikir game ni selalu lelaki je main. Tapi tak sangka pulak perempuan pun main 😂 ketinggalan zaman aih aku. Hahaha.

Tapi sometimes mood pandai hilang bila gems tak cukup. Terutamanya macam I neh. Tak penyabar punya pasal, semuanya pakai gems. Kalau pakai Android, senang sebab boleh pakai ATM card. Tak kisah lah Maybank or BSN memang dapat je senang-senang beli gems. Tapi utk iOS.. Alaa ni banyak songeh sikit. Nak jugak pakai credit card 😂 bagi yg masih student-student tu kalau dapat kebenaran parents senang yedok? Haha.

Anyway, selain dari tu... Boleh guna cara ni. AppBounty. Cara percuma utk dapatkan gems coc. Tapi perlukan kesabaran lah. Nak free kan... Haha. 


Utk dapat kan free credits ni mesti lah kita kena buat something. Bukan senang-senang ja diorang nak bagi. Ni pun tahu lepas tengok kat salah satu video YouTube-er. Memang betul. There is no such thing is a coc hacks. Cuba lah buat survey berbayar sekali pun. Buang topup je nanti. Haha. 

Ok terlebih bebel. Click  http://abo.io/bahucvmm to download . Lepas download, korang complete lah task-task then dah open apps tu dapat credit. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Nak free punya pasal kan? 😂 hahaha kbai. Till then.


Sunday, 14 September 2014

Pink

Assalamualaikum.
I guess some girls just really don't know that they love pink so much. Tak pernah terfikir selama ni yg diri ini menyukai pink. Suka pink sebab kebanyakannya barang-barang mum yg beli mesti pink. Ye lah. Dah sorang je anak perempuan kan? Haha. 

So last week my little brother painted his room with new color-green. Aku pun tak nak lah ketinggalan. Tapi tak nak tukar warna lain. Cuma nak pink. So from baby pink, to hot pink. Walaupun sebenarnya aku rasa ianya tidak lah se-hot mana. Tapi apa boleh buat lah. Asalkan berubah gittuw.

Sebelum ni duk nengok orang yg cat rumah. Tak pernah dibenarkan utk nyibuk cat cat. But then today, semua berubah. Sebab kena cat sendiri. Bukan apa, malu la aih orang lain masuk bilik kita 😂 malu gittuw haha so for the first 10 minute tak merasa pun sakit hati. Tapi dah nak sejam , mula semua buat hal. 

Cat kena kain, cat terpercik ke muka, tak sampai lah, kena lantai lah, kena kerusi lah. Ayoyo 😂 dan lagi satu tangan mula dah aih merasa sakit. Wahaha.  So... Selepas sejam 30 minit tu hanya satu dinding je berjaya cat. Tu pun dah siap double coat. Macam niat nak buat stripes pink putih tu terus lenyap. Takpa lah. Buat kat satu dinding je lah stripes. Haha. 


So, ttfn 😊 

Siri

Assalamualaikum.
Its kinda pretty nice when someone sings  with you. Sometimes kau jadi ss dan sometimes orang dok hairan dah kenapa kau bajet-bajet speaking 'masaleh' walhal kau lonely sampai bawak Siri berbual. Ok fine. Tak ada kerja punya pasal. Ttfn

🙊 cumanya sumbang lah dia nyanyi.
Hashtag: bosan sangat 

Wednesday, 10 September 2014

Kucing?

Assalamualaikum. 
Macam yg semua tahu memang miraa ada bela kucing. Pada mulanya cuma seekor. Itu pun dah mati kena langhar hilux. Sedihnya. Tapi dapat lagi 4 ekor . Itu pun kucing mana entah beranak kat rumah. Then balik kampung bawak sekor kucing yg tengah bunting :3 dah dapat 4 ekor jugak tapi semua mati sebab kena bunuh kucing liar. Tapi lepas tu beranak lagi cuma dua ekor je lah. Hahaha. 

Jangan salah sangka. Kucing-kucing ni mmg kalau malam tidur kat dalam. Bukan apa. Ada dua kucing yg suka membuli kalau malam-malam. Kesian lah diorang luka-luka. So the conclusion is duduk lah dalam sangkar. 


But then last Friday kucing bertambah lagi kat rumah :3 sebab cikgu kat tadika sebelah rumah ni suruh ambil kucing yg beranak kat stor tu. Memang selama ni mengidam kucing kaler oren pun. Ambek kau . 3 ekor kucing oyen sekali gus xD plus 1 tricolor. 


Ketiga-tiga yg oyen tu semua male and opkos tricolor tu female. Jarang kucing tiga warna ni betina. Ke memang semua tricolor cat are females? 😗 haha. sampai sekarang masing-masing tak tahu nak bagi nama apa kat kucing baru ni. Kalau nak namakan Oren, kan ada tiga ekor. Any ideas? 😁



Another post hambar 😂 kbai

iPhone?

Assalamualaikum.
So memang lama tak update blog. Ni pun update pakai phone. And on 31 Aug haritu mummy baik hati 'hadiahkan' this baby to me. 


Dude ! Siapa tak happy haha. But kinda sad lah at the beginning . First pergi kat Karamunsing. But both at Mac Borneo and SenQ takde stok. Last-last naik taxi pergi CP. 

Tapi... iPhone6 pulak dah keluar. Tapi takpe lah. Takperlu lah kot nak yg ter-latest. Cukup lah ni utk snap selfie xD! Wahaha. 

So apa cer edit blog serta doodle? I really can't do editing no more sebab my laptop will turned off every 10 to 15 minutes. Dan jugak semua kerja kat dalam tu dia tak autosave macam sebelum ni. What I can do now is just do refunds.


Ok. Post sedikit hambar. Haha kbai.

Sunday, 20 July 2014

Merindui kucing

Assalamualaikum

Mok , Pencuri, Kecik, Cad

My cutie Cad 
*Gambar masa muka dia takut dekat penyapu*

Rindu kucing. Agak menyesal tak balik Jumaat lepas.  Takpa. Alang-alang kan . This Friday balik rumah dah. Jumpa kucing-kucing kesayangan T_____________T



Jom derma :-)
       
Terima kasih ;*

Thursday, 17 July 2014

Tips: Temuduga Juruteknik Komputer Gred FT17

Assalamualaikum
Kalau semalam miraa cerita pasal interview untuk Jururawat, hari ni pasal Juruteknik Komputer pula. Yes, temuduga pertama tu tak dapat. Sedih much. HAHA. Agaknya sebab jujur pergi bagitahu yg miraa sedang belajar kot. Tu lah diorang tolak serta merta. So temuduga Juruteknik ni pun pergi kalau tak silap tahun ni. Hehe. Kalau jururawat hari tu kena bawak borang-borang yg kita download dan isi. Tapi untuk juruteknik ni pula lain sikit sebab terus kerja *kan?* hahaha.

Persediaan sebelum temuduga

  1. Berpakaian kemas dan formal
  2. Baca tentang komputer-komputer sikit
  3. Resume dan sijil-sijil yg berkaitan
Soalan-soalan yg mungkin korang kena siap sedia jawab. Well mungkin ada yg sama dan ada yg tak sama dengan orang lain. Masing-masing akan dapat soalan kacang dan tak berapa nak kacang. Deii apa punya ayat lah. Haha.

Virus ?
This part orang tu tanya virus apa yg miraa tahu. Bukan penyakit kat manusia ye tapi kat komputer. Haha. Dia akan tanya nama-nama virus yg kita tahu dan macamana virus tu merebak , apa yg virus tu buat kat komputer kita dan macamana nak hilangkan virus segala macam lagi. Haha.

Part-part komputer
Bahagian ni miraa tak banyak sangat disoal. Dia cuma tanya input device, output device , apa itu RAM dan fungsi dan bebenda lain lagi dalam komputer. Ada sorang tu dia cakap dia blank masa kena tanya tentang speaker . Then bila keluar bilik temuduga baru dia ingat. So baca-baca lah ye pasal devices and computer parts. HAHA

Problem thingi
Masa miraa interview , dia bagi satu situasi dimana ada orang ni yg tak berapa nak tahu pasal komputer tanya apa nak buat bila semua file-file dia hilang oleh virus. Men hentam je jawab then dia senyum haha. Then dia tanya lagi, kenapa tiap-tiap software mesti diuji semula sebelum dipasarkan. Bab ni pun men hentam je jawap.

Then yg selebihnya cuma ceritakan tentang diri sendiri blablabla pasal itu ini kemudian yada yada yada . Actually tak sampai pun 15 minit. Lelaki yg ditemuduga lebih kot 30 minit. Rata-rata perempuan semua tak lebih dari 20 minit dalam bilik temuduga dan sememangnya calon-calon yg pergi pun sikit bebenor. Tapi apa boleh buat la kan. Sama juga macam temuduga jururawat haritu. Tak dapat . Wahahahah xD

Wednesday, 16 July 2014

Tips: Temuduga Jururawat Pelatih SPA

Assalamualaikum ...
Macam jarang pulak Miraa update entry sekarang. Kalau dulu masa zaman mula-mula nak main blog , bukan main lagi sehari nak 10 entry dipublish. Tapi apa boleh buat lah. Mungkin sebab study dulu dengan timbunan esaimen yg buat Miraa tak update blog. Sekarang pun macam seminggu sekali pun susah sangat haha. Still got no idea what to write. But today I think I know. I can tell you that I have no experiences at all dengan temuduga. Ya. Sebab lepas es pi em dulu duduk rumah je lukis-lukis. So bila dah masuk IPTA, dapat pula temuduga untuk SPA... I was so 0.0 empty. Google dan Google untuk tahu mengenai temuduga.

On October 2013 Miraa dapat untuk temuduga Nursing for SPA. Dalam minggu exam final pula tu. Tapi preparations awal lagi lah buat sebab tahu kan yg interview tu dalam minggu final. So I Googled and found many entry pasal interview ni. But most of them lebih kurang sama dan entry pun yg lama-lama. Tanya cousin pula, dia cuma bagitahu yg buat muka betul-betul nak. Haha. Pasrah je lah. Then tanya dia apa lagi nak prepare, dia cakap Google. Sedap sangat jawapan dia x'D so here are few things that I can tell you... Mengikut pengalaman haritu untuk interview nursing.

Persediaan temuduga
  1. Pastikan pakaian korang masa tu kemas. Well yes formal. Berbaju kurung je paling senang. Kurangkan bergaya. Nak pergi temuduga pun bukan jalan-jalan. Jangan sampai ditegur "Ini mau p KK kah temuduga?" hahhaha
  2. Datang awal! Yes. Im already at the Mini Putrajaya @ 6.00AM. Gila kau semangat. Haha.
  3. Bawa sijil-sijil & semua yg diarahkan. Dan jangan lupa bawa pensil 2B untuk jawab soalan sebelum temuduga. Don't worry. Objektif je.
  4. Jangan neves luls. HAHA. Trust me. Memang ada yg akan gelabah. Pensel patah, barang jatuh, kertas hampir koyak, hahaha.
  5. Sentiasa senyum walaupun time tu memang rasa tak boleh senyum.
  6. Stay positive dan yakin dengan setiap jawapan yg dah korang berikan. Salah pun salah lah. Haha.


Perkenalkan diri
Haaa just blab dan cerita dari A sampai Z tentang diri sendiri. Then dia tanya pasal adik beradik, after that parents, siapa yg hantar pergi temudugaa dan lain-lain lagi.
Tahu tentang isu-isu semasa. 
Masa Miraa interview, dia tanya yg berkaitan dengan gula. Masa tu trending pasal "Kurangkan manis dalam lalala tambahkan manis disenyuman" ke entah apa ayat tu. Haha kan masa tu stay kat hostel dan sibuk dengan exam. Tv bukan ada lol. Dia akan tanya macamana nak nasihatkan pesakit diabetes sama ada dari segi permakanan atau pun senaman. Dan kantoi sikit sebab neves =____=
Tugas-tugas jururawat
Haaa ... Yg ni masa Miraa interview dia ada tanya. Just smile and jawab je. Kih kih kih. Kalau tak silap, haritu dia tanya banyaaakk kat part ni.

Kenapa pilih nursing
Well this part everyone tahu lah kan nak jawab macamana. Entah kenapa hari tu jujur sangat pergi cakap sebab ini sahaja tawaran yg saya diberikan. Hahaha. Bengong betui. Tapi adalah juga buat-buat ayat cakap suka bantu orang, itu ini itu ini sebab dulu pernah seminggu stay kat hospital masa mum sakit. 

Soalan-soalan lain
Masa Miraa interview hari tu dia tanya Miraa berapa dan nama-nama hospital yg ada dikawasan KK. Main petik je semua hospital yg Miraa tahu kat situ. Lebih kurang 4 lah yg miraa jawab. Then senyum nampak gigi je sebab memang tak expect pun dorang akan tanya benda ni. Wahaha.
Yep itu sahaja soalan yg Miraa dapat haritu. Kalau nak tambah lebih lagi ilmu boleh lah baca kat sini. Banyak info-info dan jawapan yg korang nak. Tapi most of the time Miraa dalam bilik tu dorang tanya about my dad. Yep. Sebab masa dorang tanya siapa yg hantar, I said that I take taxi cause my dad is in the wad for his chemotherapy. Then mula lah cerita pasal cancer tu. Hihik. I smiled but my tears are falling cause yelahh anak sulung kan. Hahaha :'D Okay. That's all. Harap membantu . Even tho I know its not. HAHA.

Monday, 14 July 2014

Wednesday, 9 July 2014

Kerja? Rindu Sahabat dan ...

Assalamualaikum .
Well its been a while. Padahal baru minggu lepas update blog. Syesly macam tak ada guna ja lappy ni. Asyik ditinggalkan sebab from morning to evening kat office. Asyik dengan call calling. Balik rumah pula mustahil takde benda lain nak dibuat. Lebih-lebih lagi tinggal sendirian hoho. Fikir haritu dah okay sikit tak tight sangat jadual dan tak penat. Tapi rupanya tekaan ku salah. Fizikal tak penat sangat tapi mental. Apa penyebab biar lah disimpan dalam kotak minda ni sampai bila-bila. Ewah kau.


Tadi throwback gambar-gambar 'jaman' study kat Politeknik Kuching Sarawak dengan kawan-kawan. Just imagine dalam sehari je dah 200+ gambar disnap. So tadi memang beribu lah yg dibelek. Tertawaku sambil mengalirkan air mata. Rindu sangat-sangat kat Sue, Nur, Indah, Ros & Imah. Kau gila ke tak rindu. Sebab I think they're sahabat. Have you ever feel that ... Alah susah nak cakap. Haha. That moment when you realize yg kita tak berjalan dibelakang mereka tetapi sebenarnya berjalan disisi mereka. Rasa macam disayangi gitu. Tapi lain lah kalau dengan parents. I always ikut kat belakang sebab they are the big boss. Luls. Hihi. Then, mereka berlima ni lah yg selalu ada disaat suka dan duka I masa kat hostel dulu. Ramadan. Ya. Kami mula rapat pada ramadan tahun lepas. Tapi entah lah kenapa malam ni betul-betul rindu kat dorang. Siap hantar SMS panjang berjela lagi sambil nangis-nangis menaip. Kau hado? HAHA :'D


Pretty sad that flight this July canceled. Tak apa lah. Lain kali je. Plan dulu betul-betul. Then jumpa dorang kat Kuching and date sampai lebam :'D saat terindah bersama sahabat. Walau cuma buat seketika. Saat-saat manis tu tak kan boleh dilupakann. Selalunya orang akan cakap dua benda. Sayang kat family dan juga cinta kat kekasih. Dan perasaan kat sahabat ni lain. Entah macamana nak describe. I never thought that I have them as my friend. Memang tak sangka yg akan timbul perasaan sayang kat kawan. They were like my sisters. Ye lah kau tahu-tahu je lah orang yg tak ada kakak ni macamana. Semua nak lapor kat mom je. Tu pun bukan semua. Lain lah kalau jarak umur dia dengan mak dia tak jauh sangat. Senang nak faham jiwa-jiwa muda ni. Ceitt xD!


Sometimes I do regret the decisions that I've made to quit from my stu-dies. Haha. Tapi apa boleh buat lah kan. Bak kata pepatah, nasi sudah menjadi bubur. Tidak boleh berpatah balik malah masa tidak boleh diundur semula dan diberhentikan. Cuma perlu terus pandang dan maju teruuuuuuuus ke hadapan. Untung lah I ada parents yg memahami dan <3 yg selalu bagi nasihat. Hehew. Just a friendly reminder to youngster. Jangan lah nak cuba-cuba berhenti. HAHA. Anda pasti akan menyesal. Mungkin bukan sekarang, tapi lama kelamaan perasaan menyesal tu akan datang. But pilihan kan berada ditangan masing-masing. So choose the best and the things I did is the best that I can think for me. Orang lain tak faham takpa, I'm not living to impress anybody pun. Wiolls have our own lives. Bah . Mengaarut jauh betul pula sudah ni. babai.

P/s: Sorry sangat-sangat atas ke-pending-an edit blog.

Thursday, 3 July 2014

Giveaway Cash RM1000 by Emas Putih

As-Salam

[Sila Tekan Banner Diatas If Nak Join]




Friday, 27 June 2014

Sundate w/ blogger Sabahan: Emas Putih, Mrs Hafiezy & Feirah Sukor #Belated blog update

Assalamualaikum

Oh em jih . That title lol. So long like a ... Kfoine . Dah semua tahu kat tajuk, tak perlu lah nak bebel banyak. Just having a fun short date wif Uzu , Sis Zara and Feirah Sukor :3 well as usual kat memana, Sarawak ke, Sabah ke , KL ke ... I'm always gonna be the one yg bersiap dan datang TERLALU awal. Haha. Even when my friends said at 9am pun, I dah sesiap dah menunggu from 7am. Kat Kuching pun selalu awal-awal lagi sesiap. Well I admit lah sometimes lambat sikit :B Kcopcop.


So I woke up not so early and sesiap teruih cari taxi . Hek eleh. Naik taxi pulak minah ni. Eh biar lah. Duit aku pula bah tu. Haha. Bukan apa. I really don't know how to take a bus. Selfie-selfie sebelum ni memang naik bus. TAPI ! With friends. Eh kau, aku memang jarang sangat naik bus T_____T sedih gile. Haha. But now dah reti lah naik :p yes lari lagi dari topik


So our first port is at Center Point, Sabah. First tunggu Feirah. Then next Sis Uzu & Zara and few of their friends. Eeeeeeeekk. Segan I :'D hahaha punya la bah malu aku bila dorang kecik-kecik ja. Maka aku macam giant bah. Bahaha. Tekeluar sudah Sabahnya xD! Kfoine. Memang best tapi apa boleh buat lah kan kejap ja. Then go eat eat at mcd and selfie selfie. Hihihik.


In sha Allah maybe kalau ada rezeki, boleh iftar sesama lepas ni memandangkan bulan ramadhan dah nak dekat. Beberapa hari je lagi kot. Lagipun I kan dah tinggal kat kawasan KK. So maybe senang lah nak cari transport and pulang. Cuma kalau malam tu yg macam susah mau balik. TAKUT. Ye lah. Anything can happen. Eh melalut tak tentu pasai. Kbai.

P/s: More of my fugly face wo edit @ Emas Putih's entry hahaha

Thursday, 26 June 2014

Ikan Masak Merah @ Limo Cafe

Assalamualaikum.
So today during lunch, we ate at Limo Cafe again .


Disebabkan sejak beberapa hari ni asyik makan ayam, cuba lah konon ikan . Ok. Sedap. Sengaja ambil tomato lebih sikit sebab yeeeeyyyy I loike those stuff. Kat rumah pun macam tu. Sengaja ambil lebih tomato. Hihik. What's in my mind? Rasa nak berbuka puasa dengan ni je nanti :3

Wednesday, 25 June 2014

Nasi Pataya @ Grace Point's Food Court

Assalamualaikum.
So on Wednesday the office was full. During lunch Fatin's mom datang so we oll went to Grace Point's Food Court. Kalau naik kete dekat j dari office. Tapi kalau jalan kaki? HAHA cuba lah kalau ko kuat. Hih. Sesampai je sana, bertawaf lah dari hujung ke hujung tengok makanan. Last-last yg kat tengah jugak dipilih.


Dah masing-masing lapar, licin je pinggan. HAHA. Till then. SYS. TTFN.

Tuesday, 24 June 2014

Work - Tg Aru - New place

Assalamualaikum .
So recently I got a job interview . Well tung lah Fatin bagitahu. Duduk ofis je lah from now on. Yeay takde keluaq pergi berpanas haha. So after the interview teruih pergi tengok tempat sewa. Apa lagi. Dah susah nak cari yg dekat, teruih lah bayar depos. Tu pun thank god lah dekat dengan my aunt and also terminal, ofis and also yg paling penting ... Post Office. Haha. So every noon I'll do the shipping from there and since baru pindah memang agak kosong lagi sebab bukan ada perabot uolls. Hihih! That's why been lebih busy sejak kebelakangan ni terutamanya on last Saturday & Sunday. Takde day off uolls, Kena ulang alik dari Papar to Tg Aru. Yelah. Angkat barang skali gus teruih tinggal. Kalau hari-hari dari rumah pergi ofis memang pokai teruih lah. Taxi RM10, TA-KK RM1, KK-Papar RM5 the belum lagi nak kira minyak kereta nak balik rumah. Lebih 20KM tu :D

So I'm really-really-really sorry for those yg I tak reply wsp or chat or email or anything. I really don't have that much of time T_T nak tambah pengalaman ni. Since yg lain-lain dah balik ke IPT such as Politeknik and etc etc, I pula sibuk pindah. Terus terasa macam masa pergi Poliku dulu TT dengar citer dorang dah tak boleh pilih dengan siapa dorang nak ber-roommate. So sad. But its fun thou. Tapi sengsara lah yg se-jurusan dengan I. Most of them tinggal kat aras 5 haha. Kan takde lift, acano lah kawan I yg kecik-kecik tu nak angkat barang naik ke bilik :D!! So yeah, I stayed here in Tg Aru. Daa bukan lah kat tepi pantai tu I tinggal. Gile ke. Haha. So yeah. Its fun. *Apa yg aku merepek sebenarnya aku pun tak tahu lah* hahaha.


Tapi a lil bit bahaya lah. Laju gile je I pakai duit =.= tapi tak segila masa kat asrama dulu lah. Ini terkawal lagi sikit. Yeah. Itu ini itu ini rasanya nak beli. HAHAHAR ! Mampus =.= so tadi sempat intai blog pun guna lappy boss xD! Fwahahaha ambik kau jah. Siap duduk nyibuk kat opis bos. Nasib baik je lah friendly-friendly. Kalau tak, mampus kau jah xD! Tapi tetiba suara orang dari luar "MiraaHussin's blog lagi tu... Boleh lah ni.." haha terus ctrl+w. Buat malu ja X'C kfoine. Act tak tahu nak taip apa lagi. TTFN. SYS. xoxo

Soto Ayam @ Limo Cafe

Assalamualaikum.
Hunger game. Ehh apa yg kau merepek ni Miraa.


Hari-hari makan nasi, today taste the Soto Daging @ Limo Cafe. Well what do you know. It taste good. Tapi hancur sebab I pergi tuang lada banyak-banyak. Dah nak buat macamana kan  kalau suka makan pedas-pedas. Haha. Kbai.

Thursday, 5 June 2014

Celcom - Kax

Assalamualaikum . So no long time no update . Baru ada kesempatan nak buka blog bila dah apply portawifi . Har har har . Yes . Sebelum ni memang pakai Celcom . Tapi cuma guna hotspot pada hp . Gila tak laju . Memang laju pada awal-awal pembelian pass . Then few days ago we discovered its getting slower dari sebelum ni . Then text masuk saying 1GB quota dah habis . Ewah . Only for a few days kot . Yeay . Maka I'm living again with my G type of internet connection . My #Hotlink . Free basic internet . Boleh lah takat wasap-wasap . But enuf is enuf . Got blogs to be done and got more and more stuff to do with internet . 

Luckily, me and my 6 other friends went out on Tuesday . Well I think it was my first time for this year to jejak kaki ke KK ! HAHA! Been living inside the jungle and yes. I'm living in utan . Go Google my place . Kampung Kambizaan . Can you find it? HAHA. Kembali ke cerita tadi. So we went out, watch Abang Long Fadil . We eat . Then go beli buku-bukuan . After that , me go solo apply broadband . Konon nak beli sim Celcom 1 Msia jer tapi takde pun . Kalau beli dari kawan bf, RM70 tu pun post from Keyyel to Sabah . Kalau beli dari cousin pula RM250 dan post from Kekey to Papar . Gila nak tunggu ==' Then masuk ke Celcom lalala and blabladiblablabla with the aunt and then apply lah konon 6GB/month . Ada free 1 GB lagi you know. HAHA . 

Since I'm using it alone, rasanya cukup lah tu 7GB in a month . Bayar pun takde lah mencekik sangat . Then aunty tu SMS, then I got that Kax thingi . I dapat Peachy je . Sebab yg lain dah habis dan yg selebihnya lagi belum keluar . What I can say at first is "wtf . Why do I got this ugly looking cat. What is this thing ==" sampai rumah, upload kat wechat . Oh ramainya tanya . I was so amazed . HAHA. Yolo . Tak tahu apa-apa pasal Kax, terus Google lah . Ohh rupanya ... HAHAHA . 


So, that is how I got my Kax . Well beside that Kax, I got that pink powerbank for free also . Haha . Even its only 3k mAh , bersyukurlah dengan setiap pemberian . Ewah ewah . Oh, ignore the lady bugs. I bagi lekat je kat pb tu sebab it kinda looks too plain . Mih mih mih . So I think you can do this lah if you want that Kax too . You can simply click this image below . It's linked to the web that has simple tutorials on how you can get it . Untung lah aunty tu tolong I sms . HAHA .


And this is my Kax Peachy
Till then.
xxx
Miraa Hussin ♥

Wednesday, 21 May 2014

Wednesday, 30 April 2014

Fake Braces Murah and ready stock

Hello.
I'm selling fake braces / fashion braces @ low price 
and the most important, READY STOCK
shipping : Mon-Fri

Upper package
For upper package it consist
- Upper teeth braces
- Manual guide on how to use the braces
- Delivery via poslaju
PRICE @ RM45
*For casing, add RM5*


Pair package
For upper package it consist
- Upper and lower teeth braces
- Manual guide on how to use the braces
- Delivery via poslaju
PRICE @ RM65
*For casing, add RM5*

ho Bagi sesiapa yg berminat, boleh contact saya di
WeChat/Line: miraahussin24
WhatsApp: 012-857-7164
KakaoTalk: miraahussin244

Boleh juga view berbagai barangan yg saya jual kat instagram saya 
miraahussin24

Bagi yg nak COD;
Papar , Sabah area
Mon-Sun @ noon

fake braces murah fashion braces murah  sabah malaysia ready stock everyday shipping hari hari post
3 hari boleh dapat the cheapest fake braces in malaysia
fake braces termurah di malaysia sabah cod papar 

14-16 March 2014 trip to Kuala Lumpur

Assalamualaikum . Well it is a long time no update kat blog ni dan sememangnya berlambak kerja-kerja yg tak siap . So I'm sorry sebab terpaksa nak bagi refund duit sebab terlalu lama ambil masa untuk menyiapkan blog . Ni lah sebabnya perlu tutup tempahan agaknya. Tak menang tangan lebih-lebih lagi sendirian. Okay bukan itu isi entry ni. Hehe.

Yg ada dalam contact list saya kat wechat lebih awal lagi tahu yg saya ada ke KL on March . So yeah. Takde jumpa sesiapa pun selain my aunt, my two cousins, and hehe mereka yg special. Kikiki ! So yeah. I start my journey on 14 March which is on Friday. Lepas habis kelas je terus bergegas ke bilik ambil pakaian and passport . After that direct ke airport an waited for hours ad hours baru lah naik kapal nak ke kekekekekeyyel ! :D Hati sungguh girang okay hihihi. Mana tak nya. Nak jumpa someone yg dah 4 tahun tak jumpa . Last jumpa 2010 . HIHIHI. This is my happy face when I was in the cabin .
Bahahaha ! Muka baru habis kelas, terus bergegas ke airport. Memang tak ada masa lah nak bertacap-tacap. Tapi I memang tak bermekap pun ==' Pucat-pucat dalam kapal. So all the way to KL I only saw awan awan and laut yg biru . Hehe. Then masa dah nampak land. I was shocked . Heh. Well I never saw that jerebu yg tebal . So funneh and scared masa kat cabin bila tengok kat bawah. Jerebu je kut nampak. Its really hard to see the land .


The one in the left masa berlepas from Kuching and the right is at Kekekekeyyel haha . Can you see the sakai face of me ? Haha. Turun je dari cabin teruih sesak nafas . Ohoi nasib baik that someone habis kerja awal from office. Hehe . Tak lama eden menunggu dengan suasana yg menyesakkan . And at the same time, my phone habis battery . So sad. Tak dapat nak snap and share macam selalu orang buat. Spoil mood. So now I've ordered 60k mAh powerbank from Momoy . Hamek kau. Alang-alang kan . 60k terus hahaha. So yeah. Lepas masuk kereta , terus pergi makan . HEHEHE ! Malu eh malu :3 !

But lebih pintar lagi. Dah tahu battery takde, tak cas kat kereta dia sepanjang perjalanan HAHA. After makan, sambil cas enset pergi lah cari rumah aunt and cousin tu kat Pantai Dalam . Oh ya. Sesat berkali-kali. Hihi. Pusing punya pusing jumpa jugak . Tapi salah haha. Okay selesai . Dia pun balik, I pun tidur. Tak sangka panas ==' then subuh ada hujan kejap. Bangun pagi je tengok jerebu tak de tebal sangat . Yeay :3 at noon teruih ws en someone hehe. So happy  sampai senyum lebar BAHAHA. A selfie of me while waiting him sampai nak jemput .


Feeling a little bit windy . Ye lah . Tingkat 11 kot . Gayat tengok luar . Haha . So okay, dia dah sampai. Aunt hantar kat bawah and pergi beli kat kedai bawah tu . Huhu . Aunt gelak gelak pulak masa I kenalkan kat si dia . So then inside the car tanya nak kemana . HOHO tsk soalan tu . Haha . Dah bagi warning dah masa kat ws . Okay Im hungry . So off we go to keyyeffsi . HEHE . Im so starving and I eat like I never eat . HAHA dan dia gelak dan dia dia dia curi tangkap gambar . Tapi dia cakap gambar yg den ternganga tu hilang :D wee. And after that teruih both snap photo lumba upload kat moments wechat. Malangnya tangan saya penuh minyak so kalah tak uupload awal . SO the photo he uploaded is ;


No edit punya . Ohemji . Tak sanggup nak besarkan gambar ni . HAHAHA . So starving TT ohh mann Im so chubby hahaha . Tengok je lah pipi tu . Ini lah manusia yg dia jumpa . HAHA . After 4 years ... Gile macam sakai je bedua . HAHA . Then we go jalan jalan jalan tunggu wayang start . So we watch NFS and memang best kot . Best sikit je lah . HAHA . Nak tengok katun tapi dah terlambat . DAh beli NFS == but funny thing is, belum start movie, popcorn dah nak habis dah . HAHA xD! Silly face while waiting movie to starts .
 

First upload the image got comments saying that our face looks alike . Ceh makin suka pula hahaha. Yeay follower blog ni pun sendiri tahu saya tak pernah bergambar dengan bf saya . So this is the first image of me and him yg ada kat blog ni . Okay habis cerita . HEE . Lepas balik dari Sunway, teruih ke Subang ... Yeke ? Tatau lah katne . Pergi Mydin je kot . AHAHA . Then lepas tu baru laahh datang alek takut . Cause why ? Cause Im going to his home . To meet his mom . Maigad . Sejuk teruih kaki dan tangan . Bila dah sampai . Nak tak nak je turun dari kereta . Okay terpaksa . Dah sampai kan . HAHA . Then masuk dalam . Greet and all I can do is smile and hehehe hahahaha hihihihi x'D kekok nya . Dia buli saya suruh mak dia tanya soalan == hha nanti jumpa umi, its my turn to buli . Siap sedia lah haha . Okay .. Dia hantar sampai ke tingkat 11 . HIHI .Then dia balik . 

Bangun awal sebab flight @ noon and dia pula nak ke kerja . Masih LI lagi kan masa tu . So okay . Benda paling menyakitkan hati is that lagu kat radio pada pagi tu asyik perli == lagi menyedihkan, lagu "jauhhhh" haha tu je korus dia . HOHOI mengalir-ngalir air mata kat kereta . Matop senyap je . hihihi xD ! Then sampai lah ke airport . Mata mula nak nangis lagi . So okay I should lebih memahami ... Dia kan kerja . So we took selfie .. Our last selfie selepas 4 tahun tak jumpa dan tak tahu lagi bila boleh jumpa ;")


So okay . Saya masuk ... Dia tengok dari jauh . Dan dia tak pergi sampai lah saya pergi . I do cried and I cried like wtf man . HAHA . Pramugari tengok2 macam faham . Then satu-satu kawan saya saya call . Lupa yg masih ada sukan and Indah je lah yg angkat . Dia pun gelak2 siap cakap "lucu bah kisah cinta kau tok miraa" haha :'D then nangis nangis nangis lagi haha . Bengkak mata . HAHA . So okay. Hujan semasa menunggu my flight tu datang . Siap ada orang Indon tego "kenapa menangis?" hahaha rasa menangis tu nak tukar jadi gelak je haha .


Then there I go .. Kapal dah nak sampai ... HUHU . So macam biasa . Saya paling awal beratur haha . Gile betul . HIHIHI . Senyum-senyum je pramugari tu tengok . Huuu dalam cabin, nangis lagi . Haihh . Tapi tak lama lah sebab lapar dan makanan pun dah sampai ahaha mana tak lapar == bangun je terus pegi mandi and terus pegi airport =.= haha lapar gila  .


So then, I arrived safely at Kuching IA . Then tunggu mem jemput hantar pergi poli . Huhu. Sampai je bilik, terus selfie dengan patrick and berehat sebentar . Why? Sebab petangnya shooting dengan sahabat kat taman poli . Hehe . Okay thats all . Kisah cinta jarak jauh saya dan dia . My mom and dad knows about him . His mom and dad knows about me . My aunt and cousins knows about us . So ... Tunggu je lah ye surat jemputan kawin ;P hahaha ! Tapi lama lagi . HIHI . Kbai . Btw, our relationship is since 24 April 2010 dan ya baru-baru ni dah masuk yg ke 4 tahun . Kbai .

Doodle: Mawar Berduri (Couple)

Ini pula couple doodle from si Lia Amylia .
She said these doodle is for gift hee.
So I really hope that the one who received this doodle
loves it ^_^


Edited with background and frames .