Wednesday, 27 March 2019

Cendawan Tiram | Garden Amiraah

Wazzaa. Assalamualaikum wbt semua. Lamanyaaaaaa tidak buat entri di blog ni. Siap bersarang spider lagi sana sini penjuru blog ni. Ahaha. I've been busy doing nothing actually buat masa ni melainkan duk rumah update homestay, online shop and melayan kucing (si Puteh *nanti buat entri pasal dia pula). Most of the time scroll insta and facebook and repeat.

Masa scroll tu ada juga lah terintai pasal cendawan tiram ni. Dulu uncle Miraa pernah lah juga buat rumah cendawan untuk dia jaga tuai dan hantar kat pasar. Mula dari haritu lah jadi pencinta cendawan tiram. Selama mula tinggal di sini (PJ) baru 1 kali beli & buat sup hahaha. So masa scroll tu ada nampak orang jual dalam betuk yg ada kotak, bongkah macam biasa saja pun ada. Tapi masa tu belum ada niat mau beli. Ni bila kita scroll-scroll nampak lagi ada jual. Eh murah jaa. RM3 ja untuk 1 bongkah. Kita pun usulkan lah permohanan sama cik somi kita mau beli. Alhamdulillah lulus. Haha. Miraa beli dari Nadiya Agrofarm Enterprise


Apa yang ada dalam gambar ni lah yg Miraa order dari Nadiya Agrofarm Enterprise . Untuk fasa percubaan ni Miraa beli 5 bongkah sahaja. Bukan apa. Miraa ni orang kata tangan panas. Susah tanaman nak hidup kalau Miraa yg tanam hahaha. Ada juga manual penjagaan diorang sertakan. Bukan tu ja. Seller pun selalu respon bila kita mesej tanya pasal cendawan ni. 

Kalau dah berjaya tumbuh, tuai dan lain-lain nanti Miraa share. Ni kalau tumbuh ni memang sah-sah lah beli lagi banyak hahaha. Okay itu saja untuk entri kali ni. Info pasal Nadiya Agrofarm Enterprise  Miraa share kat bawah ni ya. Boleh direct PM beli atau beli melalui Shopee pun boleh.  Good luck kepada yg otw order bongkah cendawan ni hehe.

Facebook: Nadiya Agrofarm Enterprise
Shopee: Nadiya Agrofarm
Phone/WhatsApp: 01110676348
Alamat: No. 281, Jalan Ros, Felcra Bukit Kepong 84030 Muar, Johor


Cendawan tiram, cendawan tiram murah, bongkah cendawan tiram
Share:

6 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini