Thursday, 11 April 2019

Cendawan Tiram 2 | Garden Amiraah

Assalamualaikum. Okay ini entry part 2 untuk cendawan tiram. Part 1 boleh baca kat sini . Miraa ada taip kat sana mana nak beli dan harga berapa. Entry kalini sekadar update apa yg berlaku dengan bongkah yg Miraa beli haritu. Sebenarnya nak update awal. Tapi sesuatu berlaku dengan cendawan Miraa sebab tu postpone HAHAHA tangan panas sangatt..

27 March - Ni tarikh Miraa beli bongkah cendawan tu dan masa sampai tu baru suku yg matang. 

1 April - Masa ni pula 1 bongkah dah matang sepenuhnya. Yg lain pula bahagian tapak lagi belum matang.

4 April - Okay masa ni pula bongkah yg lain pun dah matang semua. Miraa just ikut panduan yg disertakan masa beli tu sambil msg Kak Nadiya tu untuk info-info pasal cendawan ni.

 
7 April - Bongkah pertama yg matang tu dah ada anak pokok! Gila tak happy? Terus msg Kak Nadiya lagi hahaha. Tapi lepas beberapa hari macam tak nak besar pulak anak pokok tu. Masa tu dah mula fed-up lah HAHA dan memang terima kenyataan lah tangan ni panas dan memang semua tumbuhan taknak hidup.

9 April - Geram sebab anak pokok tu tak keluar ikut muncung bongkah tu. Miraa pi buat X kat kawasan yg ada anak pokok. Esok pagi terus berdiri semua anak pokok tu haha.

11 April - Hari ni, ini lah muka anak pokok yg keluar. 2 Miraa toreh. Lepas tu 2 lagi tak sebab keluar ikut muncung bongkah. Yg 1 pula Miraa baru toreh tadi sebab sama juga dia tak nak keluar ikut muncung bongkah.

Mungkin sebab panas sangat kot tu lah yg anak pokok tu terus merajuk haha. Then baru tadi Miraa buat rak kecil untuk letak bongkah ni. Guna bahan yg ada ja. Kalau nak beli pun murah.

   
Yang pallet tu Miraa guna bekas dulang hantaran Miraa haritu. Lepas tu untuk tiang Miraa guna yg Miraa beli kat Shopee RM4 kot untuk saiz 1''x1''x4ft. Lepas tu jadi lah mini rak hahaha. Nanti Miraa update lagi kejadian cendawan tiram Miraa di part 3. InshaAllah kalau cendawan Miraa tak mati HAHAHA. TTFN.
Share:

2 comments:

  1. Akak baru beli bongkah ni...blom sampai lagi kat rumah...x sabar nak tunggu hasil jadi cendawan

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini