Thursday, 25 April 2019

Vinyl Flooring : Deco sendiri


Ini rupa lantai bilik Miraa selepas siap pemasangan vinyl sticker ni. Boleh beli dekat Shopee. Miraa beli 1 kotak ni ada 36 keping pada harga RM84.90 (ada sale). Tu pun belum masuk harga postage lagi. Berat 1 box ni 16kg kau... Patah pinggang masa bawa naik tingkat atas. Hahaha.


Macam biasa lah, Puteh yg paling excited tiap kali ada parcel sampai mesti dia duduk depan tu tunggu Miraa unbox hahaha. So ini lantai Miraa sebelum pasang. Cara nak pasang pun memang sangat-sangat mudah. Buka ja lepas tu tampal macam sticker. 

Tengok lah siapa yg suka menyelit buat kerja
Bersihkan lantai sebelum tampal
Miraa pakai shovel kecil tu untuk buka kesan cat yg berbonggol 
Untuk 1 kotak ni ngam-ngam 1/2 ja lantai bilik Miraa dapat cover. Tapi apa pun, tetap puas hati dapat pasang sendiri. Lama sudah sebenarnya mau pasang lantai macam ni tapi tengok ja tak beli-beli. Eh terbeli jugak akhirnya hahaha. Buat apa panggil tukang kalau boleh buat sendiri haha.
Share:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini