Tuesday, 16 July 2019

Jalan-jalan: Langkawi 3 hari 2 malam

Assalamualaikum. Halu. Last week Miraa and my husband went to Langkawi for a short trip. Belated honeymoon la kot HAHAHA. Kitorang bertolak dari rumah dalam jam 2 petang gitu. Lagi pun flight kitorang petang. Tapi sedar tak sedar masa begitu cepat berlalu padahal duduk lepak kat mcd ja minum iced blended mocha.










Dalam jam 6.29pm macam tu kitorang selamat mendarat kat Langkawi. Alhamdulillah. Kejap ja flightnya. Sempat lelap mata dalam 15 minit juga la. Eh eh sedar-sedar dah nak landing. Sampai ja kat airport, kitorang terus ws Uncle B. Orang yg kitorang sewa kereta. Kitorang book Axia masa ws, tapi dapat Myvi. Uncle B kata same rates sahaja. Dapat Myvi yg sedap pula tu.


Dalam 30 minit drive, kitorang sampai dekat hotel. Kitorang ambil Greenish Hotel dekat Kuah. Lepas tu mandi dan rehat kejap baru kitorang teruskan perjalanan ke Pantai Cenang cari makanan. Lepas jalan-jalan tu akhirnya decide untuk makan kat D'Khas Cafe. Miraa order nasi goreng amerika, husband pula order sweet&sour chicken dan tambah sate ayam. Minum dua-dua ambil limau asam boi. Overall biasa saja. Sate ayam tu tengok macam biashe-bisahe tapi okay lah sedap. Total makan malam kitorang kat sini RM44. Lepas melantak, ada lah terbeli 1 backpack. Sebab tiba-tiba beg husband tak dapat nak zip. Lepas tu singgah kedai serbaneka beli mineral water & maggi (wajib kot2 lapar) HAHAHA . Hari pertama selesai. Balik hotel & sambung tidur.

 


Hari ke-dua. Bangun pagi, mandi dan bersiap bersarapan. Termasuk dalam pakej penginapan kat Greenish Hotel. Siap ja makan terus pecut ke jeti untuk Island Hopping. Sikit lagi kena tinggal boat HAHAHA.Untuk Island Hopping ni Miraa dah book awal-awal. Masa tu deposit RM50 dan baki RM10 lagi bayar masa dekat jeti. Dalam jam 9.30pagi bertolak dan tamat dalam jam 1.30petang jugak kot. Untuk Island Hopping ni, kitorang ke Pulau Dayang Bunting, Eagle Feeding & juga Pulau Beras Basah. 



Selesai ja Island Hopping, kitorang balik hotel. Mandi dan rehat. Masyem kot sebab hiking pi Tasik Dayang Bunting. Terus kaki pun sakit HAHAH. Mungkin tanak dah pi sana lain kali. Tobat dah hahahaha.


Dalam jam 4.00pm terus shoot pergi naik cable car. Tapi ini pun sumpah tak nak dah naik lepas ni. Gila-gila ketaq lutut haha. Memang Miraa spesis tak boleh naik tempat tinggi lah ni nampaknya. Sepanjang kat atas tu mood tadak hahaha. Lepas turun ja ada mood sikit.


Untuk dua orang tiket masuk sekali pakej RM70. Basic package. Skycab, Skyrex &3D Art Langkawi. Okay siap ja semua, balik hotel. Rehat dan mandi. Lepas tu keluar pergi cari makan malam. Dan kitorang pi yg dekat area Kuah saja, Desa Permata Ikan Bakar.



Makanan yg kami pilih pari bakar, tomyam ayam, kailan ikan masin, nasi putih x2, sirap ais dan limau air. Miraa nampak ada lamb grill dekat stall kecil depan restoran ni. RM10 saja sepinggan. Lepas tu sedapnyaaaaaaa. Rasa nak beli lagi tapi cukup lah. Hahaha. Jumlah makan malam kami RM47 (termasuk lamb grill tadi). Hari ke-dua, tamat. Tiduuuuuur.




Hari ke-tiga, hari terakhir kat Langkawi. Macam biasa. Breakfast dulu. Lepas tu bersiap untuk bertolak cari pasal. Hahaha. Lokasi pertama kami ke Dataran Lang. Sebab orang kata wajib datang selfie dengan statue helang kalau datang Langkawi. Okay kami pi. Hahaha. Lepas tu Taman Lagenda. Tapi disebabkan tertalu panas, kitorang ambil gambar sikit saja dan tak sempat pun round sampai hujung taman tu. Terus bergerak ke lokasi seterusnya.

 

Pantai Cenang. Haji Ismail Group. Dan terus ke airport. Flight delay lagi sejam hehe. Sampai kat KLIA2 jam 12 tengah malam. AAAAaaannd that is the end of our 3D2N in Langkawi. Jumlah perbelanjaan....


  • Air Asia RM347.84
  • Grab to KLIA2 RM75
  • Greenish Hotel RM250
  • Car Rental RM140
  • Fuels RM40
  • Iced Blended Mocha RM23.85
  • D'Khas Cafe RM44
  • Thai Bbq Seafood RM13.50
  • Desa Permata Ikan Bakar RM47
  • Nasi Campur Suria RM22.50
  • Mint Choco Chip RM18+
  • Lain-lain RM14
  • Island Hopping RM60
  • Tasik Dayng Bunting RM10
  • Skycab + Skyrex + 3D Art Langkawi RM70
  • Souvenir RM35
  • Chocolates RM65.90
  • Mineral water RM13
Jumlah perbelanjaan kami dua orang untuk 3 hari dan 2 malam di Langkawi ialah RM1289.59. Kami tiada ambil mana-mana pakej dari sesiapa. Semua ikut sukati pergi sebab kami tidak punctual dengan masa. Hahaha. Lagi pun tiket beli masa ni bukan on sale, jadi mahal disitu satu. Tapi apa yg best, kami pergi masa ni bukan peak season jadi tak ramai orang sangat. Tidak crowded hehe. 
InshaAllah will vlog again bila dapat pergi Langkawi lagi. Vlog haritu semua terpadam sebab channel youtube dah kena suspend hehe. Thanks for reading. 
Share:

3 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini