Monday, 27 July 2020

POLAROID/LOMO CARD & INSTAX MINI ALBUM READY STOCK MURAH!


POLAROID/LOMO CARD & INSTAX MINI ALBUM MURAH! | Assalamualaikum & hi. Jumaat yg lalu Miraa ada order/print gambar polaroid & beli sekali mini album untuk simpan gambar-gambar yang dah siap tu nanti. Dalam socmed dah upload, tapi nak jugak hardcopy. Just in case socmed kena hijack kan. 


Untuk lomo card/polaroid ni Miraa ambil yang 200 pcs punya options. Nanti bila dah buat checkout, seller akan tanya korang nak print type A atau B. Lepas tu dia akan bagi order ID korang dan juga korang pilih lah nak send gambar macam mana, melalui email, whatsapp atau beberapa lagi option yang admin tu akan bagi. Lepas tu korang hantar je semua gambar yang korang nak cuci tu sekali dengan ID yg dah kena bagi. Bila setel, admin akan bagitau dalam 2-3 hari receive parcel. Order 24/7 harini 27/7 dah sampai. Untuk 200 pcs ni harga RM36 sahaja. Siap dapat free gift fairy light USB hehe.


Instax mini album pula Miraa beli dari seller lain. So far the cheapest ready stock mini album for polaroid yang ada. Miraa ambil yang ada 64 slot / tempat selit gambar. Beli pula 4 album ja tanpa berfikir berapa yang cukup hahaha. Order hari yg sama macam gambar tu, sampai pun hari yang sama juga. Album yang sampai so kiyot! Tapi tu lah tak kira awal-awal yg album nak diasingkan. Dah tak cukup album. Harga untuk 1 album yg ada 64 slot RM5.30 sahaja.


1 album untuk kucing-kucing Miraa dekat Sabah, Johor & kucing yang sebelum ni Miraa jaga (sekarang dah kena adopt). 1 album untuk si Snow, 1 album family & my wedding (tapi tak print semua gambar wedding la hehe) lepas tu album yg ke 4 tu Miraa buat album dengan husband pergi jalan-jalan. 


Dan disitu la punca tak cukup album hahahaha. Tapi takpe. Kita order lagi lepas ni 3-4 album siap-siap sebab seller N42U punya service so good! Korang boleh tengok website diorang dekat N4 Camera Store atau pun pergi terus Facebook N4 Camera Store. Ni pula link Shopee diorang.  Diorang ada beberapa cawangan kalau tak silap. Untuk print polaroid/lomocard pula korang boleh search dekat Shopee @starticephoto. Banyak feedback diorang kat situ. 

Lepas ni Miraa memang akan kumpul dan print lah gambar dalam bentuk hardcopy walaupun dah upload dekat socmed. Semua ni sebab sebelum ni Miraa punya travelogue dekat Youtube dah hilang. Berhuhu je lah sebab copy dalam laptop lama pun dah takde. Nak jadi macam dulu-dulu semula. Cuci gambar dan simpan hehe. Okay lah. That's all for now. Untul next entry! TTFN.

Love,

Share:

4 comments:

  1. zaman dulu2 semua gambar dicuci sbb tngkp gmbr guna filem, itu yg lagi nostalgia tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul. Dulu-dulu selalu tak sabar tunggu gambar siap cuci hehe.

      Delete
  2. Dah jarang2 orang cuci gambar macam dulu2.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini