Monday, 13 July 2020

Snow The Cat. My Cat


Snow The Cat. My Cat | Assalamualaikum & hi semua. So entry kali ni Miraa decided untuk tulis pasal Snow the cat lah. Dari mana Miraa ambil, bila, mak dia, adik beradik dia semua. Gittew.
Puteh yang dah selesa siap tidur dalam selimut
Sebelum Miraa kahwin dan pindah pi Selangor, Miraa ada banyak kucing. Memang dari kecil ada jaa kucing. Jadi bila mula-mula pindah rumah husband, Miraa menung selalu tunggu dia pulang dari kerja. So one day, ada kucing betina ni selalu datang dekat balcony belakang rumah Miraa. Dulu malu-malu nak masuk. Takat depan pintu ja selalu lepak. Hari-hari Miraa pujuk dia masuk. Salu jugak beli dryfood untuk dia. Lepas tu lama-lama manja giler! Kitorang bagi nama dia Puteh. Walaupun dia tak putih pun. Hahaha.
Puteh dah beranak
11 April 2019, masa ni kitorang belum pasang aircond lagi dekat bilik. Jam 6 pagi tu dia mengiau-ngiau tak berenti. Padahal tingkap dah bukak pun. Dia selalu kalau nak pee atau poo dia keluar, dia tak pee poo dalam rumah ni sebab dia ni memang asalnya stray cat pun. Jadi Miraa pun bagi la dia masuk dalam kotak dia. Miraa jalan, dia ikut keluar. Jam 8.12 pagi macam tu, dia beranakkan Snow. Masa ni dia lari pi bawah iron board sebab terkejut haha maybe her first time giving birth kot. Lepas tu Cloud lahir 8.35am , Ash lahir 9.19am dan Boo lahir 9.31am. Miraa ingat sangat masa-masa dia ni sebab time ni husband nak bersiap pi kerja. Hehehe.

Look at how cute they are!

Snow yang DIVA sangat masa kecik cenonet dulu


Ini catio diorang yang pertama. Tutorial asal sebenarnya pakai dua rak Hejne yang boleh korang beli dekat IKEA. Tapi masa ni beli 1 ja sebab tak tahu nak letak mana. Dan diorang kecik lagi masa ni. Banyak jugak lah dapat kecaman dari cat lover sebab catio diorang kecik sangat. Tapi diorang time tidur / malam ja dalam ni. Siang diorang main kejar-kejar dalam bilik Miraa.


Litter box tertutup ni Miraa beli dekat Shopee RM43.90 dan yang tempat makanan & minuman diorang tu RM28.90 dekat Shopee jugak. Nak share link masa beli tu tapi bila cek, dah sold out. Tapi korang boleh ja cari dekat Shopee. Banyak tu yg jual.

Snow yang suka sangat bermain dengan cable sampai balik-balik rosak dan putus sebab dia gigit!


Ni gambar Snow dengan adik-adik perempuan dia, Cloud & Ash sebelum Miraa dengan husband hantar diorang dua dekat PAWS. Kenapa hantar? Sebab Miraa tak mampu nak spays diorang dua & ada lah sebab-sebab tertentu. Sedih sangat sampai sebulan lebih jugak masih nangis bila rindu dekat diorang. FIL Miraa pun kesian jugak dekat diorang masa nak hantar haritu. "Kesian laa dah jaga dari kecik" Abah cakap hahahaha.

Snow suka jadi bos duduk atas kerusi ni


Btw, Snow ni kesayangan husband Miraa. Tatau lah kenapa. Sebab perangai Snow ni macam dia kot. Eh? HAHAHA. Tiap kali husband pulang dari kerja, mesti dia akan setia duduk depan pintu. Lepas tu suka main kejar-kejar dengan husband Miraa. Tengok lah tu perangai dia!

Muka Snow mengamuk sebab kena bagi mandi hahahaha


Ni gambar lepas balik dari Penang. Masa ni diorang gebus giler!


Dulu masa pergi Langkawi, diorang pernah terlepas dari catio diorang. Nasib baik diorang pergi rumah nenek sebelah je. Lepas kejadian tu, Miraa ada order name tag untuk diorang. Masa Miraa beli ni ada sale. RM3.80 ja untuk 1 pcss termasuk tulisan tu. Tapi sekarang dah normal price RM6.99. boleh klik sini kalau korang berminat nak beli jugak.


26 Jan haritu bawak diorang pergi jumpa vet untuk pertama kalinya. Masa ni Snow okay ja. Tapi Boo yang garang sikit ahahaha. Sepatutnya kali kedua nak vaksin is on 26 Feb tapi masa ni dekat Sabah dan masa balik dari Sabah pula, PKP start. Jadi delay. 

12 April 2020 at Boboy Pet Station
April haritu Miraa ambil promo package dekat Boboy Pet Station untuk neuter dan post-neuter Snow dengan Boo. RM160 untuk seekor yg bawah ni untuk kucing male. Korang cuba tengok IG @boboypetstation punya update untuk promo-promo yang diorang buat. Diorang pun ada buat cat taxi untuk pickup kucing korang. Dari rumah Miraa untuk 2 way, pickup dan hantar haritu RM50. Nanti korang bagi je medical card kucing korang dekat diorang untuk  bawak pergi sunat nanti. Service diorang memang terbaik. Diorang akan whatsapp kita untuk daily update pasal kucing kita selama 4 hari tu. Jadi korang tak perlu risau hehe. Ada video update sekali selain gambar.


Tapi macam yg korang tau, dalam entry Miraa sebelum ni, Boo dah di adopt oleh orang dekat Damansara. Hehe. Boleh klik dekat menu atas bahagian My Pet untuk baca entry Miraa pasal kucing-kucing Miraa tau hehehe.  

Snow makan dry food brand Glory. Kadang-kadang Purina. Wet food pula brand Smart Heart.
Okay lah. That is all from me today about Snow the cat. Our current one and onlehhh baby cat gumuks. Lain kali Miraa update lagi pasal Snow yang terlebih manja dan diva ni. Ahahha. Ttfn.

Love,

Share:

2 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini