Wednesday, 19 August 2020

Bambangan, Tuhau dan Makanan Borneo di Puchong!


Bambangan, Tuhau dan Makanan Borneo di Puchong! | Assalamualaikum & hi guys. Miraa lama dah sebenarnya craving nak makan buah bambangan. Sepatutnya balik Sabah memang plan nak pi makan. Tapi tak balik kan apa boleh buat. Lepas tu banyak kedai-kedai yang kawan-kawan suggest. Cuma masalahnya kedai jauh & tiada masa pula nak pi beli ahaha. 

Tapi ada satu kedai ni kawan Miraa suggest. Ada dekat area Puchong. Tak jauh sangat tapi liat betul lah nak pergi. Then ternampak posting diorang dekat Instagram. Boleh pos? Hmm terus Miraa whatsapp dan diorang suggest pakai rider je cepat sikit hehe.

Alhamdulillah akhirnya dengan bantuan rider LalaMove, dapat lah Miraa buah bambangan ni haha. Tapi ada terselit juga lada putih & tuhau. Lama gila tak makan! Lada putih ni RM6 untuk berat 50 gram. Jeruk tuhau ni pula RM15 untuk satu bekas. Buah bambangan yang Miraa dapat ni RM10 sebiji dan Miraa dapat yang dah masak. Pergh wanginya menusuk lubang hidung yang dah lama gila tak makan hahahahaha. Caj rider dari kedai diorang untuk ke rumah Miraa RM13.

Orang-orang Borneo yang tinggal di area Selangor kalau nak beli buah bambangan , tuhau, lada putih, losun dan banyak lagi produk-produk Borneo boleh lah pergi ke Facebook Solo Borneo Mart atau pun Instagram diorang @solo_borneo_mart . Boleh direct whatsapp diorang untuk sebarang pertanyaan.


Ini laa buah bambangan yang Miraa dah kupas. Nyummy! Layan dengan belacan Papar ahaha yg ni stok dari bulan 3 lagi tak habis-habis. 

Cara menyediakan Bambangan & Belacan:
1. Kupas kulit buah bambangan dan potong kecil-kecil isi bambangan.
2. Letak garam & ajinomoto.
3. Boleh masukkan cili padi kalau suka pedas.
4. Masukkan belacan dan gaul semua.
5. Siap untuk dimakan bersama nasi panas.

Wahaha. Okay lah. Until my next entry guys. Have a nice day.

Love,

Share:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini