Sunday, 9 August 2020

Big Platter di Soru Station Kota Damansara

Source: Facebook Soru Station

Makan-makan Big Platter di Soru Station Kota Damansara | Assalamualaikum & hi semua. Throwback our dinner di Soru Station Kota Damansara. Tak tahu lah kenapa dulu asyik keluar jalan-jalan cari makan time malam. Lepas tu dulu tak update pun dalam blog. Kah!

Anyway, Soru Station dekat Kota Damansara ni korang boleh makan dekat kawasan dalam atau pun luar restoran. Depends on table availability. Masa kitorang datang haritu meja memang penuh luar dalam. Tapi nasib baik tak lama menunggu sebab ada orang on the way siap dah. Panjang barisan nak beratur order tu takde ampun lah. Memang panjang woo sampai luar ahaha TAPI the serving time surprisingly cepat masa tu. Tak sempat pun habis satu game MLBB waiter dah serve makanan. Haa gelabah memasing nak teruskan main game ataupun makan.


Miraa dan husband beli Big Platter. Time ni RM37 kot untuk satu set. Dihidang atas talam gais. Banyak makanan. Mula-mula OMG MACAM MANA NAK HABISKAN! Tapi habis juga dek kelaparan perut laki bini ni hahaha. Kalau korang jenis makan sikit, boleh ambil yang Mini Platter. 


Tapi sebenarnya dah lupa ni Mini Platter ke... Big platter haha sebab member ambil platter yang satu lagi ada kebab. Tapi yang kitorang makan ni ada Chicken parmigiana, grilled chicken, lamb grill, meatballs, pasta, fries & cheezy wedges. Ada dua sauce. Black pepper & mushroom sauce. Tower drinks tu kitorang kongsi semua. Harga RM15 kalau tak silap.


Selera ikut tekak masing-masing lah kot. Sebab bagi kitorang platter dekat Soru Station ni memang sedap. Termasuk sauces yang disediakan pun sedap. Tapi ada juga beberapa orang yang kata rasa biasa-biasa. Mungkin kitorang kelaparan kot masa tu HAHAHA. Apa pun, kena try juga sendiri sebab pandangan atau pun feedback orang semua tak sama kan. Kalau korang nak pergi, boleh tengok lokasi diorang ni.

Soru Station Kota Damansara
40, Jalan PJU 5/20b, 28 Residency Sunway Damansara, 
47810 Petaling Jaya, Selangor
011-6493 7077

Soru Station Cheras
C-16 Medan Selera Bdr Sri Permaisuri, Jalan Sri Permaisuri 6, 
Cheras, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
010-554 7701

Update 10/8/2020, nampak dekat Instagram Soru yg diorang beroperasi 12PM hingga 10PM semasa PKP ni dan Isnin tetap cuti.

Love,

Share:
Location: Soru Station Kota Damansara

2 comments:

  1. Sekarang soru bukak kol bape eh time pendemic nie?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dalam Insta diorang ada update 12PM-10PM (PKP Time)

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini