Thursday, 13 August 2020

Fatty Burger 46 Kg Lindungan, Petaling Jaya


Fatty Burger 46 Kg Lindungan, Petaling Jaya | Assalamualaikum & hi uolls. Semalam tiba-tiba craving Roti John yang selalu kitorang beli dekat bazaar Kg Lindungan, tapi bila cek dalam foodpanda stall diorang tiada jual lah pulak. Tapi takpe, kitorang try menu diorang yang lain kali ni. 

Miraa order Burger Ayam Goreng Spicy, Fatty Wrapy Beef & Fatty Wrapy Lamb (cus I love lamb!). Harga dalam app foodpanda dan harga kalau korang nak COD atau pun self collect tak sama tau. Burger Ayam Goreng Spicy ni kalau dalam app RM6 tapi kalau beli direct dengan diorang RM4. Untuk Fatty Wrapy Beef harga RM8 dan RM10.50 untuk Fatty Wrapy Lamb. Dalam katalog whatsapp diorang tiada disenaraikan. TAPI, sebab order melebih RM20, dapat lah diskaun 25% ahaha plus free delivery sebab kawasan dekat kot.


Dulu beli Roti John diorang masa puasa memang sedap sangat layan bila dah berbuka. Sos tak kedekut langsung. Ngam-ngam orang bilang. Lepas tu semalam first time rasa Burger Ayam Goreng Spicy diorang. Memang betul-betul jenis tak kedekut sos. Bun disapu planta lepas tu grill. Ayam goreng dia jenis boneless dan memang spicy. Kalau time tu korang craving Spicy Chicken McDeluxe tapi dalam masa yg sama on tight budget, boleh lah cuba Burger Ayam Goreng Spicy ni.


Untuk Fatty Wrappy Lamb pula, dia gunakan daging oblong tu. Tapi tak pakai bun, dia pakai tortilla wrap ala-ala yang dekat KFC tu paling senang nak describe. Sos memang ngam. Miraa dah dua kali repeat yang ni. Kalau tak silap stall diorang ada dekat depan Masjid Al-Islamiah Kg Lindungan. For more info korang boleh lah ke Facebook rasmi diorang FattyBurger46 . Have a nice day!

Love,

Share:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini