Tuesday, 11 August 2020

Kambing Bakar Kontena (Setia Alam)


Kambing Bakar Kontena (Setia Alam) | Assalamualaikum & hi. Kembali lagi dengan throwback makan-makan tahun lepas. Kah! Ni la bila tak buat entry dulu sekarang baru sibuk nak masukkan dalam blog. Misi jjcm kitorang haritu is Kambing Bakar Kontena. Husband dalam dua dah masa ni sebab dia bukan penggemar atau pemakan kambing. 


Menu yang kitorang pilih is Nasi Kerabu Kambing Bakar RM16.90 satu set dan husband pula pilih Nasi Kerabu Daging Bakar RM15.90 beza RM1 sahaja dengan kambing bakar. Portion bagi Miraa okay la. Tapi memang bukan penggemar nasi kerabu. Entah apo mood masa ni pi cuba. Hahaha. Rasa kambing bakar pun boleh tahan lah. Bau kambing tu kurang, sampai husband pun boleh lalu pulak tekak bila makan kambing tu. Hmm something to be amused.


Miraa pilih air milo RM3.50 dan husband pilih Mango Rock RM7.90 which is mangga yg di blend dan tambah ice cream vanilla dan tabur chocolate chips kat atas. 

Lokasi Kambing Bakar Kontena ni senang jumpa, waze terus sampai. Kawasan letak kereta pun banyak. TAPI, nak beratur tunggu meja kosong tu lama sangat lepas tu kena beratur panjang lagi untuk order makanan. Bila dah dapat meja dan dah order makan, serving time pun lambat. Mungkin diorang berperang dengan kambing lagi kot. HAHAHA. Tapi ini semua based on my experience lah. Lain orang lain pengalaman dia lebih-lebih lagi kitorang pi time bukan zaman covid19. Kalau korang tengah kelaparan, Miraa tak suggest sangat kot pergi sebab takut korang akan menunggu lama dan mood akan kelaut silap-silap bertukar jadi hulk ahaha. Anyway, ini lokasi Kambing Bakar Kontena.

Kambing Bakar Kontena (Setia Alam)
No.1-GF, Seria 88 Business Centre, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 11pagi-11malam setiap hari kecuali Isnin
03-3358 7917

Untuk kawasan berdekatan, korang boleh cuba order dekat apps FoodPanda. Apa-apa pun, kena try dulu dengan sendiri baru boleh tahu sedap ke tak sedap. Hehek. Okay that's all for today's throwback. Until next entry lagi. Bye-bye!

Love,

Share:
Location: Kambing Bakar Kontena (Setia Alam)

2 comments:

  1. Allahuuuu lapar terus dibuatnyaa... Okay, next tempat foodhunting ena pula... thanks share mira

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tapi kalau tengah lapar teroks tak suggest hahaha. Welcome ena.

      Delete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini