Saturday, 8 August 2020

Makan Malam Di Lucy's Kitchen, Imago Kota Kinabalu


Makan Malam Di Lucy's Kitchen, Imago Kota Kinabalu | Assalamualaikum & hi semua. Awal bulan Mac haritu Miraa ada bali Sabah. Jadi sempat lah makan-makan dengan family. Ni first time kitorang makan dekat mana-mana cawangan Lucy's Kitchen. Adik & kawan adik Miraa dah pernah lah makan hehek. Jadi kalau korang tak tahu nak makan dekat mana bila pergi Imago Mall, boleh lah try sini sekali sekala.

Mixed Grill RM39.90
Tak tahu nak pilih daging atau ayam, Miraa pilih Mixed Grill ni. Ada ayam & daging yang sudah dipanggang. Side dish ; coleslaw, mashed potatoes dan juga jagung bakar. Okay lah, boleh tahan rasa dia. Mau cakap telampau sedap nanti kena cakap biased pulak. Hahaha tapi kenyang lah. Would I repeat this menu again? Yes.

Grilled Chicken RM22.00
Adik Miraa, Khai pilih Grilled Chicken ni. Tengok laaa black pepper sauce dia tu gais. Melimpah! Hahaha.

Spaghetti Carbonara RM18.50
Hazwan, kawan adik Miraa pula pilih Spaghetti Carbonara. Sebab masa kitorang buat BBQ makan-makan kecil-kecilan haritu dia asyik cakap pasal spaghetti. Akhirnya dia dapat juga tapi di Lucy's Kitchen. Hahaha.
Chicken Burger RM18.50
Believe it or not, ini menu ke 2 adik Miraa, Khai. Haha. Tadi Grilled Chicken kan? Kali ni Chicken Burger. Sebenarnya ada lagi dia order. Chicken Chop haha tapi tak sempat gambar dah kena makan. Chicken Chop harga dia RM22.00 sama macam Grilled Chicken.

Hokkien Mee RM15.00
Hokkien Mee ni pula pilihan makan malam adik Miraa, Meer. Terus teringat mee kacang hitam yang selalu dalam kdrama makan atau pun dalam runningman. Tapi rasa lain la. Rupa ja hampir sama sebab guna mee yang gemoks!

Asian Pasta RM22.00
My mom pula order lain sikit. Asian Pasta. Yang sebelum ni tak suka makan pasta tiba-tiba tukar mood dan order pasta. Hahaha.

Chocolate Brownies RM12.50
Last but not least, chocolate brownies with vanilla icecream for dessert. Adik Miraa tak makan sangat, my mom pun tak suka sangat, jadi kiter lah yang tukang habiskan. Dah lah kita memang peminat brownies ahaha.

Will we repeat our makan-makan at Lucy's Kitchen again? Yes. Suasana dalam restoran so warm lepas tu feeling-feeling lavish HAHAHA. Meja, tempat duduk dalam restoran pun bersih ja. Satu lagi, staff diorang punya layanan dekat customer is sho gewd tho. Harga pun kira ngam dengan rasa makanan. Masa menunggu makanan sampai  ke meja selepas diorder pun tak lama sangat. 

Kitorang pergi haritu sebelum PKP bermula dan juga cawangan yang kitorang pi, dekat Imago Mall. Ada juga dekat cawangan yang lain. Ini semua cawangan Lucy's Kitchen di Sabah;

Lucy's Kitchen Kepayan
88 Marketplace
Jalan Lintas/ Kepayan (2.59 mi)
Kota Kinabalu 88200​ 
Tel: 088-259866

Lucy's Kitchen MetroTown
Block I, Unit 6 & 7, Metro Town, Jalan Bunga Ulam Raja, 
Lorong Metro 3, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.  
Tel: 088-382866

Lucy's Kitchen Imago Mall
B-42, Phase 2, Imago Shopping Mall, Coastal Highway, 
KK Times Square, 88100 Kota Kinabalu, Sabah.  
Tel: 088-382866

Lucy's Kitchen Tanjung Aru
Kinabalu Golf Club, 8597, Jalan Aru, Tanjung Aru, 
88100, Kota Kinabalu. Sabah.
Tel: 088-201866

Okay lah, that's all from me. Korang boleh visit site diorang juga ada menu-menu yang korang boleh add to list nanti hehek. Klik ja sini untuk ke site diorang. Bye-bye!

Love,

Share:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini