Thursday, 20 August 2020

Nasi Dagang Terengganu di Kuantan?


Assalamualaikum & hi. Just a short entry today. Sabtu lepas sebelum kitorang check in ke resort untuk family day, kitorang singgah makan dekat kedai makan tepi jalan. Tak pasti nama kedai apa tapi ada banner tulis Nasi Dagang Terengganu. Haha. Dekat kaunter pula ada sticker Sinar Mama Master Soup. Sebab bila nak cari semula dalam Google Earth, tapak tu masih kosong hehek.


Kitorang makan sini sebab masing-masing dah kebulur ni dan malas dah nak cari parking lagi tempat lain. Lauk-lauk tinggal korang pilih lagi. Kecuali yang dalam kawah tu korang bagitau je dekat staff diorang nanti diorang akan kautkan. Miraa pilih Daging Kunyit dan Kari Kambing. Husband pulak tatau lah apa dia ambil semua dah bercampur-campur kuah haha. Yang pasti ada Daging Kunyit juga.
Untuk Daging Kunyit Miraa bagi husband, sebab kenyal sikit. 


Kari kambing memang Miraa makan sorang je lah. Kuah pekat gilos! Mula-mula kecewa lah akak tu kautkan semua yg banyak tulang. Dalam hati, alaa susah ni nak makan. Tapi turned out to be so easy gila untuk buka daging tu dari tulang sebab daging kambing yang diorang masak ni lembut gila. 


Air pula husband order Limau Ais, Miraa pilih Neslo. Tapi agak mengecewakan sedikit sebab Neslo manis nak potong kaki hahaha. Minum sikit ja lepas tu rembat Limau Ais husband. Total makan-makan kitorang laki bini RM24.80 which is kira okay lah untuk kitorang sebab Miraa siap ambil lauk kambing kan. Hehe.

Love,

Share:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini