Wednesday, 12 August 2020

Vaksin Kedua Snow The Kucing dan Update Si Boo!


Vaksin Kedua Snow The Kucing dan Update Si Boo! | Assalamualaikum & hi. Macam yang Miraa cakap sebelum ni, Miraa akan update second vaccine si Snow ni. Hehe. Ahad yang lalu which is 9th Aug Miraa bawa Snow pergi ke iVet Kinrara lagi sekali untuk his second vaccine. Dues supposed to be on 11th tapi husband kerja, jadi tukar date. Macam biasa la, Snow dengan drama dia merengek bila dah mula kena bawa turun dari tingkat atas haha. Jadi sepanjang perjalanan Snow memang bising je lah. Padahal dia yang sendiri masuk dalam carrier dia.

Jadi bila sampai je kat sana, bagitau lah datang untuk vaksin kedua. Masa pertama kali datang, berat Snow 4.5kg sahaja. Kali kedua datang pula 4.7kg dan kali ketiga ni berat Snow 4.9kg weh. Takkan untuk third vaccine nanti berat kau 5kg Snow! Dasar budak gendut hahaha. Part timbang berat okay tak mengada. Tapi part cucuk bontot nak cek suhu tu mula lah dia tak nak duk diam menggeliat sana sini haha. 


Setel je , Dr Maizatul bagi makan ubat cacing dan juga cucuk vaccine. Since Snow ni more to indoor cats, duduk sangkar pun time malam je, Alhamdulillah tiada masalah kutu. Jadi tak perlu lah letak ubat kutu untuk kali ni. Siap je, dia sendiri masuk dalam carrier dia tau! Hahaha.

Second vaccine ni Miraa tak ambil yg combo. Ambil yg ala carte gittew hahaha. Vaccine RM40 dan  ubat cacing RM5. Jadi jumlah keseluruhan RM45 untuk seketul Snow punya second vaccine. Snow sekarang ada port baru dah untuk tidur, dia akan menyelit dekat meja dan baring atas lengan jadikan bantal. Kwanghasam betul perangai dia ni hahaha.


Untuk vaccine ke tiga bulan depan, date sepatutnya 9hb, tapi Miraa request untuk lonjakkan ke 12hb sebab tu hujung minggu, terus buat appointment awal-awal untuk si Snow. Vaksin bulanan terakhir, lepas ni setahun sekali dah. Hehek. Btw, genap sebulan dah Boo pindah rumah baru, Alhamdulillah makin gemok dia dan manja dengan family baru dia. Okay until next update guys! Boleh baca entry pasal kucing dekat bahagian Snow kat menu atas ya. Have a nice day!



Love,

Share:

2 comments:

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini