Friday, 11 September 2020

Bento #5 : Sweet & Sour Chicken


Bento #5 : Sweet & Sour Chicken | Assalamualaikum & hi. Menu untuk hari ni Miraa masak Ayam Masak Sweet & Sour versi paling simple. Asalkan ada rasa masam manis dia haha. Lepas tu Miraa buat telur gulung yg dalam dia ada seaweed & also kuih bakwan.

Ayam Masak Sweet and Sour
Miraa guna dada ayam lepas tu potong kecik-kecik & letak garam secukup rasa sekali dengan lada sulah. Lepas tu goreng. Kuah dia pula tumis bawang merah dan bawang putih. Tapi part ni Miraa tumis sekali dengan capsicum, baru masukkan sos cili dan juga sos tomato. Tambah air sikit supaya kuah banyak. Request dari husband ler tu. Haha. Letak gula dan garam secukupnya. Bila dah siap, masukkan ayam yang dah digoreng tadi.


Telur Gulung Seaweed
Yang ni senang saja, masak telur dadar cuma kena letak seaweed lepas tu gulung sikit-sikit. Yang ni mungkin first and last lah kot buat. Tak ngam betul dengan tekak iolls hahaha. Rupa dah macam wow sikit tapi... Ekkkkk! Tamau dah hahahaha. Harap husband makan la wakakaka.

Bakwan (Vegetable Fritters)
Takkan asyik nugget sosej je kan. Hari ni terlebih rajin pi buat bakwan. Tapi rasa mungkin kurang lah daripada selalu sebab kurang bahan. Dah lah terhangus sikit dan terlebih tepung. Ish! Versi Miraa tadi cuma guna kubis, carrot, bawang, tepung, garlic salt, lada sulah. Ahaha. More to bak(negative)wan.


Nasi tu tiada extra seasoning or flavoring. Cuma letak black sesame seeds sebagai garnish. Miraa masukkan sekali daun salad dan tu je lah untuk bento ke lima ni. Hari ni guna bekas makanan hadiah kahwin. Muahaha. Thank you yang bagi haritu. Hihi memang suruh Miraa buat bekal untuk husband HAHAHA. Okay lah. Esok sampai minggu depan off bento sebab... Jeng jeng jeng! Nanti Miraa update. Until next bento and post! Bye-bye and have a nice day.

Love,

Share:

4 comments:

  1. Thanks for sharing such a great post. If you are looking for
    DOT OSP License
    , Copyright a song in india, Infrastructure Sharing. You can contact our experts.

    ReplyDelete
  2. You write so well, Your each post have something new and clear point. If you are interested in Digital Marketing related services and On Page SEO, how to create backlinks,how to increase blog traffic ,boost your ctr . Do visit on my website.

    ReplyDelete
  3. Masyaallah sedapnyaaa.. huuhu. menarik matakuu melihat gambar itu. Gambar pon terang. Makanan pon sedapp. Yumsss

    ReplyDelete
  4. alamkk..terliur om tengok. btw om follow sini #3814, jemput singgah blog om..

    www.ombakbergigi.com

    ReplyDelete

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini