Saturday, 5 September 2020

Resepi Makaroni Salad Buah Senang dan Sedap



Assalamualaikum dan hi uoolls. Hari ni Miraa nak re-update entry sebelum ni pasal salad makaroni hehe. Sebelum ni Miraa buat entry tanpa video. Haaa kali ni siap ada video ya. 

Bahan-bahan;
- Makaroni 2 cup
- Mayonis 1/2 cup
- Susu manis 2/3 cup 
- Buah koktel 1 cup


Cara-cara penyediaan;
1. Rebus air dan masukkan makaroni bila air dah mendidih. Gaul supaya tak melekat.
2. Miraa suka biarkan makaroni al dente, ada keras sikit. Tos dan buang air rebusan tadi.
3. Gaul makaroni bersama mayonis, susu manis dan buah koktel.
4. Masukkan dalam bekas dan simpan di peti sejuk.
5. Bila dah sejuk, boleh lah dihidang.

Sukatan yang Miraa guna ni muat untuk simpan dalam bekas 750ml tau. Hehe. Kalau cair jangan risau, nanti air tu akan meresap ke dalam makaroni korang. Masukkan susu manis sedikit demi sedikit. Boleh kurangkan sukatan kalau manis sangat. Selamat mencuba!

Love,

Share:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini