Tuesday, 11 August 2020

Kambing Bakar Kontena (Setia Alam)


Kambing Bakar Kontena (Setia Alam) | Assalamualaikum & hi. Kembali lagi dengan throwback makan-makan tahun lepas. Kah! Ni la bila tak buat entry dulu sekarang baru sibuk nak masukkan dalam blog. Misi jjcm kitorang haritu is Kambing Bakar Kontena. Husband dalam dua dah masa ni sebab dia bukan penggemar atau pemakan kambing. 


Menu yang kitorang pilih is Nasi Kerabu Kambing Bakar RM16.90 satu set dan husband pula pilih Nasi Kerabu Daging Bakar RM15.90 beza RM1 sahaja dengan kambing bakar. Portion bagi Miraa okay la. Tapi memang bukan penggemar nasi kerabu. Entah apo mood masa ni pi cuba. Hahaha. Rasa kambing bakar pun boleh tahan lah. Bau kambing tu kurang, sampai husband pun boleh lalu pulak tekak bila makan kambing tu. Hmm something to be amused.


Miraa pilih air milo RM3.50 dan husband pilih Mango Rock RM7.90 which is mangga yg di blend dan tambah ice cream vanilla dan tabur chocolate chips kat atas. 

Lokasi Kambing Bakar Kontena ni senang jumpa, waze terus sampai. Kawasan letak kereta pun banyak. TAPI, nak beratur tunggu meja kosong tu lama sangat lepas tu kena beratur panjang lagi untuk order makanan. Bila dah dapat meja dan dah order makan, serving time pun lambat. Mungkin diorang berperang dengan kambing lagi kot. HAHAHA. Tapi ini semua based on my experience lah. Lain orang lain pengalaman dia lebih-lebih lagi kitorang pi time bukan zaman covid19. Kalau korang tengah kelaparan, Miraa tak suggest sangat kot pergi sebab takut korang akan menunggu lama dan mood akan kelaut silap-silap bertukar jadi hulk ahaha. Anyway, ini lokasi Kambing Bakar Kontena.

Kambing Bakar Kontena (Setia Alam)
No.1-GF, Seria 88 Business Centre, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
Waktu operasi: 11pagi-11malam setiap hari kecuali Isnin
03-3358 7917

Untuk kawasan berdekatan, korang boleh cuba order dekat apps FoodPanda. Apa-apa pun, kena try dulu dengan sendiri baru boleh tahu sedap ke tak sedap. Hehek. Okay that's all for today's throwback. Until next entry lagi. Bye-bye!

Love,

Monday, 10 August 2020

Marinated Lamb / Kambing Perap dari Chemilan


Marinated Lamb / Kambing Perap dari Chemilan | Assalamualaikum & hi semua. Kali ni Miraa nak share pasal Kambing Perap dari Chemilan ni. Miraa beli dari kawan Miraa dekat Instagram. Dia salah sorang agent untuk Chemilan. Harga untuk 500gm kambing perap ni RM38. 


Daging kambing ni di pack dalam kontena, sekali dengan sos lada hitam dan sos cili pedas mereka. Miraa masak guna pan sahaja haritu. Memang sedap gilos lebih-lebih lagi bila korang tambah sos cili pedas tu. Nasik memang bertambah masa ni. HAHA. Korang boleh makan dengan nasi atau side dish yang lain juga. Memang ngam.


Korang yang ada di sekitar Petaling Jaya boleh lah cuba untuk contact kawan Miraa dekat Instagram dia, @masieyta atau terus whatsapp dia. Untuk area lain, korang boleh contact Chemilan dekat Facebook dan Instagram rasmi diorang atau cari mana-mana agent di kawasan berdekatan.

Love,

Sunday, 9 August 2020

Big Platter di Soru Station Kota Damansara

Source: Facebook Soru Station

Makan-makan Big Platter di Soru Station Kota Damansara | Assalamualaikum & hi semua. Throwback our dinner di Soru Station Kota Damansara. Tak tahu lah kenapa dulu asyik keluar jalan-jalan cari makan time malam. Lepas tu dulu tak update pun dalam blog. Kah!

Anyway, Soru Station dekat Kota Damansara ni korang boleh makan dekat kawasan dalam atau pun luar restoran. Depends on table availability. Masa kitorang datang haritu meja memang penuh luar dalam. Tapi nasib baik tak lama menunggu sebab ada orang on the way siap dah. Panjang barisan nak beratur order tu takde ampun lah. Memang panjang woo sampai luar ahaha TAPI the serving time surprisingly cepat masa tu. Tak sempat pun habis satu game MLBB waiter dah serve makanan. Haa gelabah memasing nak teruskan main game ataupun makan.


Miraa dan husband beli Big Platter. Time ni RM37 kot untuk satu set. Dihidang atas talam gais. Banyak makanan. Mula-mula OMG MACAM MANA NAK HABISKAN! Tapi habis juga dek kelaparan perut laki bini ni hahaha. Kalau korang jenis makan sikit, boleh ambil yang Mini Platter. 


Tapi sebenarnya dah lupa ni Mini Platter ke... Big platter haha sebab member ambil platter yang satu lagi ada kebab. Tapi yang kitorang makan ni ada Chicken parmigiana, grilled chicken, lamb grill, meatballs, pasta, fries & cheezy wedges. Ada dua sauce. Black pepper & mushroom sauce. Tower drinks tu kitorang kongsi semua. Harga RM15 kalau tak silap.


Selera ikut tekak masing-masing lah kot. Sebab bagi kitorang platter dekat Soru Station ni memang sedap. Termasuk sauces yang disediakan pun sedap. Tapi ada juga beberapa orang yang kata rasa biasa-biasa. Mungkin kitorang kelaparan kot masa tu HAHAHA. Apa pun, kena try juga sendiri sebab pandangan atau pun feedback orang semua tak sama kan. Kalau korang nak pergi, boleh tengok lokasi diorang ni.

Soru Station Kota Damansara
40, Jalan PJU 5/20b, 28 Residency Sunway Damansara, 
47810 Petaling Jaya, Selangor
011-6493 7077

Soru Station Cheras
C-16 Medan Selera Bdr Sri Permaisuri, Jalan Sri Permaisuri 6, 
Cheras, 56000 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
010-554 7701

Update 10/8/2020, nampak dekat Instagram Soru yg diorang beroperasi 12PM hingga 10PM semasa PKP ni dan Isnin tetap cuti.

Love,

Saturday, 8 August 2020

Makan Malam Di Lucy's Kitchen, Imago Kota Kinabalu


Makan Malam Di Lucy's Kitchen, Imago Kota Kinabalu | Assalamualaikum & hi semua. Awal bulan Mac haritu Miraa ada bali Sabah. Jadi sempat lah makan-makan dengan family. Ni first time kitorang makan dekat mana-mana cawangan Lucy's Kitchen. Adik & kawan adik Miraa dah pernah lah makan hehek. Jadi kalau korang tak tahu nak makan dekat mana bila pergi Imago Mall, boleh lah try sini sekali sekala.

Mixed Grill RM39.90
Tak tahu nak pilih daging atau ayam, Miraa pilih Mixed Grill ni. Ada ayam & daging yang sudah dipanggang. Side dish ; coleslaw, mashed potatoes dan juga jagung bakar. Okay lah, boleh tahan rasa dia. Mau cakap telampau sedap nanti kena cakap biased pulak. Hahaha tapi kenyang lah. Would I repeat this menu again? Yes.

Grilled Chicken RM22.00
Adik Miraa, Khai pilih Grilled Chicken ni. Tengok laaa black pepper sauce dia tu gais. Melimpah! Hahaha.

Spaghetti Carbonara RM18.50
Hazwan, kawan adik Miraa pula pilih Spaghetti Carbonara. Sebab masa kitorang buat BBQ makan-makan kecil-kecilan haritu dia asyik cakap pasal spaghetti. Akhirnya dia dapat juga tapi di Lucy's Kitchen. Hahaha.
Chicken Burger RM18.50
Believe it or not, ini menu ke 2 adik Miraa, Khai. Haha. Tadi Grilled Chicken kan? Kali ni Chicken Burger. Sebenarnya ada lagi dia order. Chicken Chop haha tapi tak sempat gambar dah kena makan. Chicken Chop harga dia RM22.00 sama macam Grilled Chicken.

Hokkien Mee RM15.00
Hokkien Mee ni pula pilihan makan malam adik Miraa, Meer. Terus teringat mee kacang hitam yang selalu dalam kdrama makan atau pun dalam runningman. Tapi rasa lain la. Rupa ja hampir sama sebab guna mee yang gemoks!

Asian Pasta RM22.00
My mom pula order lain sikit. Asian Pasta. Yang sebelum ni tak suka makan pasta tiba-tiba tukar mood dan order pasta. Hahaha.

Chocolate Brownies RM12.50
Last but not least, chocolate brownies with vanilla icecream for dessert. Adik Miraa tak makan sangat, my mom pun tak suka sangat, jadi kiter lah yang tukang habiskan. Dah lah kita memang peminat brownies ahaha.

Will we repeat our makan-makan at Lucy's Kitchen again? Yes. Suasana dalam restoran so warm lepas tu feeling-feeling lavish HAHAHA. Meja, tempat duduk dalam restoran pun bersih ja. Satu lagi, staff diorang punya layanan dekat customer is sho gewd tho. Harga pun kira ngam dengan rasa makanan. Masa menunggu makanan sampai  ke meja selepas diorder pun tak lama sangat. 

Kitorang pergi haritu sebelum PKP bermula dan juga cawangan yang kitorang pi, dekat Imago Mall. Ada juga dekat cawangan yang lain. Ini semua cawangan Lucy's Kitchen di Sabah;

Lucy's Kitchen Kepayan
88 Marketplace
Jalan Lintas/ Kepayan (2.59 mi)
Kota Kinabalu 88200​ 
Tel: 088-259866

Lucy's Kitchen MetroTown
Block I, Unit 6 & 7, Metro Town, Jalan Bunga Ulam Raja, 
Lorong Metro 3, 88300 Kota Kinabalu, Sabah.  
Tel: 088-382866

Lucy's Kitchen Imago Mall
B-42, Phase 2, Imago Shopping Mall, Coastal Highway, 
KK Times Square, 88100 Kota Kinabalu, Sabah.  
Tel: 088-382866

Lucy's Kitchen Tanjung Aru
Kinabalu Golf Club, 8597, Jalan Aru, Tanjung Aru, 
88100, Kota Kinabalu. Sabah.
Tel: 088-201866

Okay lah, that's all from me. Korang boleh visit site diorang juga ada menu-menu yang korang boleh add to list nanti hehek. Klik ja sini untuk ke site diorang. Bye-bye!

Love,