• Pengertian Dosa
Dosa ialah balasan buruk kerana melakukan larangan Allah S.W.T. dan
meninggalkan suruhan-Nya.
Orang yang akil baligh yang melanggar hukum Allah digelar ‘Asi.
• Dua Jenis Dosa:
Dosa besar:kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan di
akhirat seperti minum arak, berzina, membunuh
dosa kecil: kesalahan yang tidak diberikan peruntukan hukuman tertentu
di dunia atau amaran azab di akhirat seperti bercakap yang sia-sia
• Faktor Manusia Melakukan Dosa
terpengaruh dengan perangai kawan yang jahat
ingin kehidupan bebas tanpa batasan agama
angkuh dan saombong kerana harta dan pangkat yang dimiliki
memandang ringan dengan peringatan azab di akhirat
• Dosa-Dosa Besar Yang Mesti Dihindari
Menghina Dan Menderhaka Ibu Bapa
Antara Perbuatan Menderhaka Kepada Ibu Bapa
melawan percakapan mereka
meniggikan suara ketika bercakap
tidak dengar nasihat dan teguran mereka
melayan mereka dengan kasar
• Menipu Dan Berbohong
menipu ialah melakukan helah untuk kepentingan diri sendiri dan
memudaratkan orang lain
berbohong ialah tidak jujur atau memalsukan sesuatu maklumat
menipu boleh terjadi melalui kata-kata dan perbuatan seperti
memalsukan dokumen
• Mencuri Dan Merompak
mencuri ialah mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan
di tempat simpanan tanpa izin. Hukuman hududnya dipotong tangan
merompak ialah mengambil hak orang lain secara kekerasan yang
disimpan di tempat simpanannya tanpa izin
• Kesan Perbuatan Mencuri Dan Merompak
masyarakat hidup tidak aman dan tenteram
dipandang hina oleh orang
dipulau dan disisihkan masyarakat
timbul pergaduhan dan permusuhan
negara tidak aman dan tenteram
• Riba
riba ialah faedah, lebihan atau pertambahan bayaran dalam proses
pertukaran barang, wang, hutang-piutang dan sebagainya
Jenis2 Riba
riba Al-fadl: pertambahan berlaku kerana pertukaran barang yang
sama jenis seperti pertukaran beras dengan beras
riba an-nasiah: pertambahan yang berlaku kerana menangguhkan
tempoh bayaran
Hikmah Pengharaman Riba
membanteras kezaliman dan penindasan sesama manusia
mewujudkan kestabilan ekonomi
melahirkan sikap bantu-membantu dan tolong menolong
mencegah sifat pentingkan diri sendiri
• Makan Harta Anak Yatim
anak yatim ialah kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh
menjaga harta anak yatim adalah amanah dari Allah
Sebab Dilarang Makan Harta Anak Yatim
anak yatim akan kehilangan punca pendapatan apabila dewasa
mengelakkan anak yatim hidup terbiar kerana tiada harta
mengelakkan berlakunya permusuhan yang memeutuskan
silaturahim
mencabuli hak anak yatim sebagai pewaris harta
• Lari Dari Medan Perang
perang jihad ialah peperangan antara orang Islam dengan kafir bagi
mempertahankan kesucian agama Islam
setiap rakyat yang baligh dan berakalserta berkeupayaan menyertai jihad
wajib mempertahankan kesucian Islam
orang yang lari dari medan perang adalah berdosa besar
Akibat Lari Dari Medan Perang
dipandang hina
umat Islam ditindas
balasan neraka
merendah martabat agama dan umat
• Mengumpat Dan Memfitnah
mengumpat bererti mengata atau menceritakan keburukan seseorang
semasa ketiadaannya dan boleh menimbulkan kemarahan apabila dia
mendengarnya
memfitnah ialah melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti
Sebab Mengumpat Dan Memfitnah
ingin lihat orang menderita dan susah
tidak mahu mengakui kelebihan orang takut persaingan hidup
sikap buruk sangka terhadap orang
Akibat Mengumpat Dan Memfitnah
dibenci dan dipandang hina
berlaku pergaduhan dan permusuhan
masyarakat Islam mundur
hidup menderita dunia dan akhirat
Cara Mengatasinya
menyemai kasih sayang sesama Islam
reda dengan ketentuan Allah
sentiasa muhasabah diri
meningkatkan diri dengan ilmu pengetahuan dan beramal soleh
Dosa-Dosa Besar Yang Membawa Kehancuran Umat
Minum Arak Dan Menagih Dadah arak ialah minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada buah yang
diperam
• Faktor Minum Arak
arak mudah didapati
terpengaruh dengan rakan yang liar
. tiada penguatkuasaan undang-undang
• dadah pula ialah sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya
fikir seseorang
• hukuman hudud terhadap peminum arak ialah disebat 40X
• Hikmah Pengharaman Arak Dan Dadah
menjaga kewarasan akal fikiran
elak berlaku pergaduhan dan permusuhan
kekalkan kesihatan fizikal dan mental
mengelak penyakit berbahaya seperti AIDS dan sebagainya
• Langkah Pencegahan
menagmbil tindakan undang-undang terhadap pihak terlibat
iba bapa hendaklah prihatin dengan kehidupan anak-anak
kempen tentang bahaya arak dan dadah
amal gaya hidup sihat dengan adakan aktiviti kemasyarakatan, riadah dan
sebagainya
• Kesan Minum Arak Dan Menagih Dadah Terhadap Individu
membazir wang, masa, harta
menjatuhkan maruah diri dan keluarga
terdedah kepada jenayah
lalai daripada mengingati allah
Terhadap Negara Dan Masyarakat
menjadi mundur dan tidak tenteram
banyak wang negara dihabiskan bagi sediakan pusat pemulihan
hilang tenaga kerja yang boleh membangunkan masyarakat
terdedah kepada penjajahan dan penindasan kuasa asing
Zina• zina ialah melakukan persetubuhan haram antara lelaki dengan perempuan
tanpa ikatan yang sah
• Faktor Zina
kurang pendidikan agama
pergaulan bebas lelaki dan perempuan
mengunjungi tempat maksiat
membaca dan menonton bahan lucah
• Kesan Zina
menjatuhkan maruah diri dan keluarga
mendapat kemurkaan Allah dan mengundang bala
penyakit berbahaya seperti AIDS, siflis dan sebagainya
lahir generasi keluarga yang tidak jelas keturunannya
• Hukuman Penzina
penzina yang berkahwin dengan cara sah (muhsin) direjam hingga mati
penzina yang belum berkahwin disebat 100X sebatan
• Menuduh Zina (Qazaf)
menuduh seseorang yang baik berzina tanpa 4 orang saksi yang adil
hukumannya 80X sebatan
• Syarat Dikenakan Hukuman Kepada Penuduh Zina:
berakal
baligh
atas kemahuan sendiri (tidak dipaksa)
mengetahui haramnya qazaf
bukan bapa atau datuk kepada yang dituduh
Liwat Dan Musahaqah• liwat ialah hubungan sejenis antara lelaki dengan lelaki (homoseks/gay)
• musahaqah ialah hubungan antara perempuan dengan perempuan (lesbian)
• Faktor Berlakunya Liwat Dan Musahaqah
terpengaruh dengan budaya liar
membaca dan melihat bahan lucah
tiada undang-undang tegas kurang didikan dan pengetahuan agama
• Akibat Liwat Dan Musahaqah
institusi perkahwinan runtuh
dijangkiti penyakit seperti AIDS dan siflis
dapat balsan azab di akhirat
maruah diri, masyarakat, agama tercemar
Membunuh Diri• melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri
• Punca Bunuh Diri
kecewa dengan rahmat Allah
anggap bahawa bunuh diri jalan penyelesaian terhadap masalah
tidak sanggup menghadapi kegagalan hidup
• Cara Mengatasi Bunuh Diri
hendaklah yakin dengan rahmat Allah
berusaha memajukan diri dengan syariat Islam
memberi pendidikan agama sejak kecil
mengingati bahawa dunia adalah sementara, akhirat adalah kekal abadi
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini