Wajib Haji Dan Umrah• Wajib Haji
Wajib haji ialah amalan yang wajib dilakukan oleh jemaah haji. Jika
tertinggal salah satu, haji tetap sah tetapi dikenakan dam/denda
perkara wajib haji :
Berniat Di Mikat
Mikat ialah sempadan tempat atau masa yang ditentukan
untuk berniat ihram atau umrah
Mikat terbahagi kepada 2
-Mikat Zamani: sempadan masa bagi jemaah haji memulakan niat ihram. Mikat ini
bermula dari bulan Syawal hingga sebelum terbit fajar kedua pada hari ke10 bulan
Zulhijah
-Mikat Makani: sempadan tempat bagi jemaah haji memulakan niat
Bermalam Di Muzdalifah
Muzdalifah ialah tempat antara Arafah dengan Mina. Jemaah
haji mesti berada di Muzdalifah selepas separuh mlm ke10
Zulhijah Melontar Jamratul Aqabah
waktu melontar ialah selepas tengah mlm pada 10 Zulhijah
dan berlanjutan sehingga terbenam matahari 13 Zulhijah
Bermalam Di Mina
bermalam di Mina pada hari Tasyrik 11, 12, 13 Zulhijah
Melontar Ketiga-3 Jamrah
melontar di Jamratul Ula, Jamratul wusta dan jamratul
Aqabah guna 7 biji anak batu setiap jamrah
Meninggalkan Perkara-Perkara Yang Dilarang Semasa
Ihram
Sunat Haji• mandi sunat ketika hendak niat ihram
• solat 2 rakaat sebelum niat ihram
• memakai pakaian ihram berwarna putih
• memotong kuku
• memperbanyak ucapan talbiah
• bermalam di Mina pada malam hari
• berturut-turut 7 pusingan tawaf
• memperbanyak bacaan tahmid, zikir dan doa
• keluar ke tempat sai melalui pintu Safa
Perkara Yang Dilarang Ketika Ihram• memakai pakaian berjahit bagi lelaki
• memakai wangi-wangian
• memotong kuku
• memotong rambut atau menghilangkan bulu pada anggota badan
• menutup kepala bagi lelaki
• menutup muka dan 2 tapak tangan bagi wanita
• memakai minyak rambut
• bernikah atau menikahkan
Hikmah Larangan Haji
• manusia adalah sama sahaja di sisi Allah
• menguji keimanan dan kesabaran manusia dalam melakukan ibadat kepada Allah
• jemaah haji dapat memberikan tumpuan dan perhatian kepada ibadat yang
dilakukan
• jemaah haji dapat melupakan perkara dunia semasa beribadat
• melatih umat Islam supaya lebih berdisiplin
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini