Pengertian Korban menyembelih binatang ternakan (Al-an’am) yang dilakukan pada hari Aidiladha atau hari Tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah
hukumnya sunat muakkad bagi yang mampu dan wajib bagi yang bernazar
waktu menyembelih adalah lepas naik matahari pada pada hari raya korban dan berakhir apabila terbenam matahari pada hari 13 Zulhijah.
• Sunat-Sunat Korban membaca basmalah atau bertakbir.
Membaca selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w.
Menghadap binatang ke arah kiblat.
memilih binatang yang gemuk.
menyembelih sendiri bagi lelaki
• Syarat-Syarat Sah Korban mengorbankan binatang yang cukup umur
melakukan sembelihan pada waktu korban
sembelihan oleh orang Islam
mengorbankan binatang yang sihat dan tidak cacat
niat korban kerana Allah
binatang ternakan halal dimakan
• Binatang Yang Dijadikan Korban biri2 atau kibas berumur 1 tahun atau lebih
kambing, sapi, lembu, kerbau berumur 2 tahun atau lebih
unta berumur 5 tahun atau lebih
• Pengagihan Daging Korban daging hendaklah dibahagikan kepada orang Islam terutamanya fakir miskin setempat
sebahagiannya boleh dimakan oleh orang yang berkorban
daging korban haram diberikan pada orang kafir
• Cara Pengagihan Daging Korban Yang Sebaik-Baiknya: 1/3 disedekah kepada fakir miskin
1/3 untuk orang ramai
1/3 dimakan oleh orang yang berkorban
• Hikmah Berkorban mengingati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail
menimbulkan rasa kesyukuran atas nikmat Allah
memupuk perasaan muhibbah dan silaturahim
fakir miskin berpeluang bersama-sama menikmati daging korban
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini