Pengenalan Ringkas Khulafa Ar-Rasyidin• khalifah ialah orang yang memegang jawatan sebagai ketua negara Islam
• tempoh pemerintahan 29 tahun (11-41 H)
• Khulafa Ar-Rasyidin ialah gelaran kepada 4 sahabat yang memegang jawatan dalam negara selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. iaitu:
khalifah Abu Bakar
khalifah Umar Al-khattab
khalifah Usman bin Affan
khalifah Ali bin Abi Talib
Khalifah Abu Bakar (11-13H/ 632-634M)• Riwayat Hidup
nama sebenar Abdullah bin Abi Quhafah
lahir 2 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
keturunan Bani Tamim
digelar As-Siddiq kerana mengakui kebenaran Nabi Muhammad s.a.w. dalam peristiwa Israk dan Mikraj
orang pertama memeluk Islam
seseorang yang jujur, pekerti baik dan perangai yang terpuji
wafat 23 jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan dimakamkan di Madinah berhampiran dengan makam Rasulullah
• Pelantikan Menjadi Khalifah
Rasulullah s.a.w. tidak menetapkan seseorang sebagai pengganti selepas kewafatan baginda. Oleh itu, berlaku perselisihan antara golongan Ansar dengan Muhajirin di Saqifah Bani Saidah
Abu Bakar mencadangkan Umar Al-Khattab atau Ubaidah sebagai pengganti selepasnya
kedua-duanya membantah lalu mereka berjabat tangan dengan Abu Bakar dan terus memberi bai’ah melantik Abu Bakar sebagai khalifah
Khalifah Umar Bin Al-Khattab (13-23H/ 634-644M)• Riwayat Hidup
nama sebenar Umar bin Al-Khattab bin Naufal
lahir 13 tahun selepas kelahiran Rasulullah s.a.w.
berketurunan Bani A’dy
digelar Al-faruk bermaksud “Pemisah antara kebenaran dengan kebatilan”
terkenal sebagai seorang yang berani, tegas dan berterus-terang
memeluk Islam tahun ke6 selepas kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
wafat akhir bulan Zulhijah tahun 23 Hijrah ketika berusia 63 tahun setelah memerintah selama lebih kurang 10 tahun
• Pelantikan Menjadi Khalifah
Umar menjadi khalifah melalui wasiat yang dibuat oleh Abu Bakar bagi mengelakkan perpecahan umat Islam
wasiat tersebut ditulis oleh Usman bin Affan
pelantikan Umar dipersetujui oleh seluruh umat Islam
Khalifah Usman Bin Affan• Riwayat Hidup
dilahirkan 5 tahun selepas kelahiran Rasulullah
berketurunan Bani Umaiyah
sejak kecil terkenal dengan peribadi mulia, lemah lembut, hartawan, dermawan dan memiliki semangat jihad yang tinggi
digelar Zunnurain kerana mengahwini 2 orang puteri Rasulullah
wafat pada 18 Zulhijah tahun 35 Hijrah ketika berumur 80 tahun kerana dibunuh oleh pemberontak
• Pelantikan Sebagai Khalifah
semasa khalifah Umar sakit, beliau mencadangkan 6 orang sahabat sebagai pengganti beliau iaitu Usman, Ali bin Abi Talib, Talhah bin Ubaidillah, Zubair bin Awwam, Saad bin Abi Waqqas dan Abdul Rahman bin Auf
Talhah, Zubair, Saad dan Abdul Rahman menarik diri
berdasarkan pendapat para sahabat dan orang ramai, Abdul Rahman bin Auf mengisytiharkan Usman bin Affan sebagai khalifah
Khalifah Ali Bin Abi Talib• Riwayat Hidup
nama penuh: Ali bin Abi Talib bin Abdul Mutalib bin Hasyim
lahir tahun ke10 sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.
bersifat berani, tegas dan menguasai pelbagai ilmu dengan mendalam
kanak-kanak pertama peluk Islam
wafat 40 Hijrah setelah memerintah kira-kira 5 tahun
• Pelantikan Sebagai Khalifah
beliau menerima jawatan khalifah atas desakan orang ramai bagi mententeramkan pergolakan akibat pembunuhan khalifah Usman
keluarga Umaiyah tidak setuju dengan pelantikan tersebut termasuk Muawiyah bin Abi Sufian
Dasar Pentadbiran Khulafa Ar-Rasyidin• undang-undang dan perlembagaan negara berasaskan al-Quran dan sunnah
• khalifah berkuasa membuat keputusan berdasarkan pandangan ahli syura dan ijtihad
• khalifah bertanggungjawab menegakkan kebenaran dan memerintah dengan adil
• khalifah adalah ketua negara
• gabenor dan pegawai dilantik berdasarkan kecekapan dan kewibawaan
• pemimpin dan rakyat bertanggungjawab membangun dan memajukan negara• rakyat wajib taat pemerintah yang taat perintah Allah
Pembaharuan Dalam Pentadbiran Negara• Majlis Syura
ahli syura dikenal sebagai ahli ‘Al-Hallu Wal-Aqdu” yang bermaksud pandai menghurai dan membuat keputusan
fungsi Majlis Syura pada zaman Rasulullah s.a.w. amat terhad kerana keputusan yang dibuat Rasulullah s.a.w. adalah daripada wahyu kecuali beberapa perkara yang memerlukan pandangan sahabat
pada zaman khalifah Umar, satu Majlis Syura khas ditubuhkan yang bertanggungjawab menentukan pelantikan khalifah. Majlis ini terdiri daripada sahabat Rasulullah s.a.w.
• Pentadbiran Wilayah
Umar telah mewujudkan jawatan gabenor bagi setiap wilayah Islam yang baru dibuka
gabenor bertanggungjawab memerintah dengan adil
jawatan baru diperkenalkan bagi memantapkan pentadbiran negara seperti ketua setiausaha, pegawai polis, ketua hakim, dan pegawai cukai
Polisi Pentadbiran Khulafa Ar-Rasyidin• Polisi Khalifah Abu Bakar
memerangi golongan murtad iaitu golongan yang terpengaruh dengan nabi palsu dan golongan yang enggan membayar zakat
menggerakkan tentera Usamah bin Zaid untuk memerangi penduduk Ghassan yang membunuh utusan Rasulullah s.a.w.
melantik khalifah selepasnya bagi memelihara perpaduan supaya tidak timbul perselisihan untuk melantik khalifah selepas beliau meninggal dunia
• Polisi Khalifah Umar
beliau menyusun semula pentadbiran tanah yang dikuasai oleh tentera Islam
tidak membenarkan sahabat keluar atau meninggalkan kota Madinah kecuali mendapat keizinan khalifah
• Polisi Khalifah Usman
memberi peluang terbuka kepada sesiapa yang ingin berjihad demi menyebarkan agama dan memperluas pengaruh Islam
para sahabat tidak dilarang meninggalkan kota Madinah
melonggarkan syarat penggunaan harta Baitulmal
menetapkan al-Quran dibaca menggunakan lahjah Quraisy
melantik gabenor dalam kalangan Bani Umaiyah tapi masih mengira kelayakan dan kepimpinan
• Polisi Khalifah Ali
menukarkan pegawai yang berketurunan Umaiyah yang dilantik pada zaman khalifah Usman
meneruskan Majlis Syura walaupun mendapat tentangan daripada golongan Khawarij
Sumbangan Dan Jasa Khulafa Ar-Rasyidin
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini