Monday, 18 June 2012

Maksud gelak ketawa saya ketika di sekolah ...

اَلسَّلَامُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَا تُهُ ♥
Datang awal ke sekolah terus ke koperasi beli bubur . Makan separuh sebelum perhimpunan di dalam dewan bermula . ustz memberi ucapan selamat hari bapa seterusnya guru-guru lain menyampaikan dan di akhiri dengan ucapan pengetua serta nyanyian lagu sekolah . Tibanya di dalam kelas .. .


Masa matematik tambahan tinggal sedikit dan cikgu tidak ada masuk pun ke kelas . Semasa tuan pengetua masuk , masing-masing menyiapkan kerja sekolah . Mujurlah jembalang tak de main dart harini . kelas kami tidak akan terlibat dengan aktviti pendidikan jasmani sebab cikgu pjk telah pun berpindah dan tiada guru ganti .

Masa berlalu dan saya berasa sungguh gembira dengan kawan-kawan saya . ada beberapa org yg perasan harini saya banyak sangat gelak . terutamanya dengan jia . setakat ini saya merasa bahawa dialah sahabat saya . semasa bahasa melayu , cikgu ada menerangkan tentang sahabat untuk karangan kali ini . saya berasa gembira saya mempunyai sahabat baik yg boleh buat saya gembira .
Berbalik tentang maksud gelak tawa saya harini , memang betul . orang tanya knp saya banyak gelak dan saya menjawap "Sebab nanti saya mungkin akan menangis". mulut saya memang masin . dari pagi lagi say dapat tekanan . bila pulang dapat text sebegitu lagi menyakitkan hati . saya tanya baik-baik dan saya puas mintak maaf tapi ? :')

Saya dah tak tahu apa lagi yg nak di buat untuk mengubah diri saya ni . Saya dah cuba dan sedang mencuba lebih lagi untuk buat dia gembira .tidak dinafikan yg saya semakin hari semakin boros membelanjakan duit kepada prepaid . saya tidak mahu berhenti walau untuk beberapa jam daripada sms dia . macam-macam saya dah buat .

Saya mengaku yg saya mmg bukan seorang perempuan yg baik dan saya mengaku saya selalu tertidur ketika sms . saya tahu itu kelemahan saya dan saya tak tahu cara untuk berhenti . saya tidak mahu menipu dengan mengatakan bahawa saya nak tidur walhal saya sedang sibuk online . saya betul-betul dah tak nak menipu kat dia walaupun benda tu kecil . saya dah tak tahu nak buat apa . nak kata saya seorang yg penyabar tidak . dia lah yg banyak bersabar selama ini . dia lah bertungkus lumus menahan perangai saya yg teruk ini . dia lah sorang yg paling faham akan perangai saya .

Saya mengaku semua kesalahan saya . tapi .. kenapa saya menangis ? dan kenapa saya tak boleh berhenti menangis skg ni ? start dari jam 4 , saya tidak keluar dari bilik . saya penat menunggu panggilan dijawap . saya rasa saya tak layak utk kenal dia . saya rasa sangat sakit kat hati ni . bermacam-macam yg bermain di minda bila dia mcall sekali dan hilang terus .. ya Allah , berilah kekuatan kepada hamba mu yg lemah ini :'C spm nak dekat , dan saya masih belum dapat mengawal emosi saya T^T gais . miraa takde mood so please jangan bagi miraa menyampah . miraa pohon sangat :'( kay bai

Share:

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi membaca , jangan lupa tinggalkan komen :)
Fikir semula sekiranya korang ingin meninggalkan komen lucah, ugutan, mengancam, identiti palsu, dan menyakitkan hati. Baca AKTA 588, AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA 1998. Oh, sebelum tu, tengok lah site awesome
ini